CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4450|Reply: 46

[Tempatan] Aman Central minta maaf, MB UMNO dikecam rakyat

[Copy link]
Post time 25-5-2017 09:22 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Beberapa gambar persembahan bertemakan Sayap Emas & Gelombang Sahara yang memeriahkan majlis pelancaran Raya Eleganza Jumaat lalu, di Aman Central dikecam banyak apabila tular di media sosial.
Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu dikecam netizen yang menyifatkan gerak tarian dan pakaian tidak bersesuaian dengan norma masyarakat Melayu.
Beberapa pemilik Facebook berkongsi gambar yang disifatkan mencolok mata, menyatakan tidak puas hati dengan pemakaian penari dan jenis tarian disajikan, memandangkan ia tidak bertepatan dengan tema Ramadan mahupun Aidilfitri.
Beberapa penari wanita dikatakan memakai pakaian mendedahkan bahagian pusat termasuk pakaian ala coli, yang tidak sesuai dipertonton secara terbuka.
Insiden itu menyebabkan Ahmad Bashah turut menjadi mangsa kecaman netizen kerana membenarkan persembahan seksi diadakan secara terbuka di khalayak ramai.
Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Wendy Wong berkata, acara yang bermula sekitar 6.30 petang itu dianjurkan sepenuhnya oleh pengurusan Aman Central dan menjemput Ahmad Bashah sebagai tetamu kehormat.













“Sewaktu pelancaran, kami menyediakan beberapa persembahan seiring dengan konsep dekorasi kami termasuklah persembahan 'Sayap Emas & Gelombang Sahara’, serta persembahan api eksotik bagi mewujudkan suasana sebenar resort mewah Mediterranean,” katanya.
Menurutnya, penari berkenaan dibawakan khas daripada kumpulan sarkas Rusia, di mana mereka mengenakan stokin berwarna coklat muda seakan warna kulit bagi menutup bahagian badan yang terdedah.
“Saya difahamkan, fabrik itu terlalu cerah dan nipis menampakkan bayangan seolah mereka tidak mengenakan pakaian. Kami kesal kerana ada pihak mengambil kesempatan memviralkan perkara ini,” katanya.
Wendy berkata, pengurusan Aman Central memohon maaf terutama terhadap Ahmad Bashah atas insiden terbabit.
“Pihak pengurusan akan meneliti dengan lebih terperinci garis panduan persembahan terutamanya apabila menerima kunjungan mana-mana tetamu kehormat pada masa akan datang,” katanya.
Menurutnya, sepanjang acara itu, turut disediakan kepada penonton persembahan lain termasuklah tarian tradisional Saloma, bengkel mencanting batik, bengkel pembuatan Tarbus dan Lentera serta pelbagai aktiviti lain bagi memeriahkan acara membeli belah sepanjang bulan Ramadan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 09:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:19 AM | Show all posts
Memang patut dikecam, tak menepati situasi terutama menjelang bulan Ramadhan ini. Kat Kedah pulak tu.

PA Menteri Besar atau pegawai yg bertanggungjawab utk reki acara2 yg akan dihadiri MB "terlepas pandang" agaknya.

Agaknya penganjur tak arif kot, janji ada sebut persembahan ala2 Timur Tengah, terus ingat persembahan ala2 islamik. Tengok2 persembahan ala2 zaman jahiliyah, drp Timur Tengah jugaklah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:25 AM | Show all posts
tudiennnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
free show
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:33 AM | Show all posts
auntieagony replied at 25-5-2017 10:19 AM
Memang patut dikecam, tak menepati situasi terutama menjelang bulan Ramadhan ini. Kat Kedah pulak tu ...

kembali ke zaman jahiliyah kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2017 10:34 AM | Show all posts
butoh la.

kalu dah namany persembahan api eksotik, upah plak stok2 uzbekistan or go head gostan, takkan le nak litup kot.


bangang punya ekskius
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:34 AM | Show all posts
btw, more pics plsssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
HAHAHAHAHA adoiii Wendy.. buat kelakar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:39 AM | Show all posts
Aman Central ni projek arwah MB PAS dulu tu kan?..UMNO bantah gila2 porjek ni..tup tup dorang plak hadap rasmikan




Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:40 AM | Show all posts
ni kalau yg hadir ahli pembangkang PAS, dap ka pkr
mau kene ratib dlm tv, siap panggil mufti bagai komen , pstu temuramah org
ulang2 tyg smpai seminggu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:45 AM | Show all posts

amik semula ayat kau kat atas tu wak kabi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:00 AM | Show all posts
mb kedah ni la ada org pas kedah citer kt aku, die masuk hospital psl ape ntah tp ada jadual dia serah bantuan kt rakyat miskin, masuk tv, time tu tetiba dia sihat pulak. sbb nk masuk tv kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:05 AM | Show all posts
klu pkai model yg berkerak dan kulit hitam... mgkin xperasan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Penganjur biasa la nak sabotaj pemimpin.ape nak buat.lain kali takyah ambik penganjur begini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan2 salahkan penganjur. Pegawai2 MB makan gaji buta ka tak pi check?

MB pun dah disajikan tarian gitu tak reti protes angkat kaki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 11:48 AM | Show all posts

Astaga sis...bawak mengucap...

btw ini antara gambar lain...




Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:58 AM | Show all posts
For sure MB tak ngantuk masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-5-2017 11:00 AM
mb kedah ni la ada org pas kedah citer kt aku, die masuk hospital psl ape ntah tp ada jadual dia ser ...

dlm fb penduduk aloq staq  dicerita rumah dia renovate sampai guna reserve land sebelah...dah tau diri tu dibenci oleh rakyat kedah dia buat perangai mcm tu lagi. Baru ni waktu final bola kena boo...mula tmj ingat dia yg kena boo sampai.puak kedah ni terpaksa bgtau...kami.bukan boo kat tmj as presiden fam...kami boo kat mb kami
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 12:12 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 25-5-2017 12:04 PM
dlm fb penduduk aloq staq  dicerita rumah dia renovate sampai guna reserve land sebelah...dah tau  ...

aah tu yg die ngumpat tu mb kedah time nk masuk tv aik sihat plak. diorg lg suke mukhriz sbb org kedah teringin nk epot kulim. xyah dah gi alor setar,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.247003 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list