CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2399|Reply: 22

Kepala Teruk Cedera Ditendang Rakan Sekelas, Empat Jam Dibedah

[Copy link]
Post time 25-5-2017 05:56 PM | Show all posts |Read mode





Seorang pelajar terpaksa dibedah kepalanya selepas ditendang rakan sekelasnya.


Memetik laporan Utusan Online, pelajar tingkatan tiga itu cedera selepas bergaduh dengan rakan sekelas 17 Mei lalu.


Mohammad Syafiq Haikal Mukhatar terpaksa dibedah empat jam bagi membuang darah beku di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


“Anak saya belum pulih sepenuhnya, doktor memberikan cuti sakit kepadanya selama 22 hari bagi memastikan luka yang dialaminya itu kembali pulih,”  kata bapanya.


Mukhatar Che Husin, 55, berkata laporan polis telah pun dibuat di IPD Pasir Mas Selasa lalu.


Difahamkan pelajar berkenaan terlibat dalam pergaduhan berikutan hilang sabar kerana dibuli.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Diiibulikah atau membuli
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganas la budak2 sklah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 06:37 PM | Show all posts
yes apa cerita sebelah lagi?

mana pulis report?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 06:51 PM | Show all posts
Takde details ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 07:14 PM | Show all posts
Sekolah sekarang dah jd fight club
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, ngeri tengok jahitan tu.
Nak tunggu cerita dari pihak satu lagi. Baru boleh komen lebih sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik x critical sgt dik..rasa ngeri pula tgk jahitan kat kepala tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 09:58 PM | Show all posts
[Welcome Bonus 20%, Buka 24Jam, Cuci Takde Limit!!]
Main Bila2 masa ,Mana mana je~
DAILY BONUS UP TO 10%
WEEKLY REBATE 0.5% for LIVE GAME
Buka 24 Jam
MIN DEPOSIT RM10
MIN Cuci RM10
Luckystar-118.-Online Casino, Slot Games, and Sports☜
https://www.facebook.com/luckystar118/
♚ 24JAM Online Service
♚ Best choice , Safety Trustworthy Company !
♚☞GAME LIST
*ROLLEX11
*JOKER
*PLAYBOY
*LUCKYPALACE
*SCR888
♚ ↓ Contact our customer service
↓ Whatapps : +016-7047797 / +016-7057797
Wechat: luckystar-1188
Sekarang Kita ade promotion lain!!
【【LUCKYSTAR118】】 50% BONUS UNTUK GAME JOKER SAJA!!
25 -27/05 Khamis hingga Sabtu
T & C Apply
-LIKE & SHARE FACEBOOK kami ( LUCKYSTAR118-ONLINE CASINO)
-Satu ID boleh CLAIM SATU kali saje
-Screenshot gambar like&share dan hantar ke whatsapp
016-704 7797 sahaje!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk2 skrg menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mkin mnjadi2 plak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 01:56 AM | Show all posts
kesian budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar sekolah PAS macam PASTI, SRITI dll.

InsyaAllah dijauhi dari buli membuli.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:51 AM | Show all posts
Harap wartawan Cari lebih rajin dalam memberi info lengkap bila melaporkan berita.

PASIR MAS - Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di daerah ini mungkin berdepan masalah pelupa seumur hidup selepas mengalami kecederaan serius akibat disepak rakan sekelas dalam insiden pergaduhan, 17 Mei lalu.

Mangsa, Mohammad Syafiq Haikal Mukhatar, 15, mengalami pendarahan di kepala terpaksa dibedah hampir empat jam setengah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Khamis lalu.

Bapanya, Mukhatar Che Husin, 55, berkata, doktor memberitahu anak bongsu daripada tiga beradik itu mungkin menjadi pelupa kesan insiden berkenaan.

"Saya berdoa dia tak apa-apa dan akan pulih serta dapat hidup seperti biasa lepas ni," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjal, Kangkong, semalam.

Tambahnya, kejadian itu hanya diketahui selepas mendapat panggilan telefon daripada isterinya.

"Masa tu saya di Langkawi kerana ada kerja dan bergegas balik lepas dapat berita tu.

"Setiap petang, Mohamad Shafiq akan tolong di kedai runcit tapi pada Rabu lalu, dia beritahu tak larat dan sakit kepala.

"Keesokannya dia rebah di sekolah ketika sedang solat hajat dan dirujuk ke Klinik Kangkong sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Mukhatar berkata, anaknya kemudian dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut selepas doktor mengesahkan ada ketulan darah beku di bahagian kepala.

Sementara itu, Mohammad Syafiq Haikal mengakui dia sudah hilang sabar apabila sering kali menjadi mangsa buli.

Katanya, rakan sekelasnya itu memukul kepalanya ketika sedang membuat latihan Matematik menyebabkan dia hilang sabar.

"Lepas tu kami bergaduh dan dia sepak kepala saya menyebabkan kepala saya sakit dan hilang selera makan.

"Saya masih lagi trauma dan berharap akan ditukarkan ke kelas lain," katanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan menerima laporan dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Termizi Musa berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan masih menunggu laporan lengkap daripada pihak sekolah.

*** kena tunggu penjelasan dari pihak satu lagi .. atau dari pihak sekolah.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:30 AM | Show all posts
suka2 hati korang sepak2 kepala anak org ye........manusia makin kejam sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi dengan budak budak sekarang ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:40 AM | Show all posts
tengok kepala budak tu pun dh tau jenis nakal jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni PT3.  Sempat ke siap folio sejarah?  Semoga x menjejaskan pembelajaran.

Nak Ramadhan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:48 AM | Show all posts
tak tahu lah siapa yang salah or betul
but budak-budak zaman sekarang so ganas..
masa anak mzz nanti tak tahu lah macam mana
i am seriously considering sending him to learn karate ke apa ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.152305 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list