CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25539|Reply: 320

[Tempatan] Perlanggaran besar di bandar sri jempul: 8 maut termasuk 6 orang rentung + Myvi;

[Copy link]
Post time 12-6-2017 04:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-6-2017 08:58 PM



KEADAAN kemalangan yang membabitkan 4 kenderaan.








BANDAR SERI JEMPOL: Lapan maut, manakala seorang budak lelaki berusia tiga tahun cedera parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, petang tadi.

Nahas kira-kira jam 2.20 petang itu, membabitkan tiga kereta iaitu Perodua Myvi; Proton Exora, Toyota Vios serta sebuah treler.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 44, dari arah Keratong, cuba memotong sebuah motosikal tetapi gagal, sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

"Pada masa sama, Perodua Myvi dinaiki Osman Mohd Taip, 31, bersama isteri, Rosniza Othman, 32, serta anak mereka, Muhammad Alifthaqif Osman, 3, dari arah bertentangan cuba mengelak treler yang terbabas itu.

"Bagaimanapun, Perodua Myvi itu berlanggar dengan Toyota Vios dipandu Mohd Radzi Rahman, 34, yang sebelum itu mengekori belakang treler terbabit.

"Pasangan suami isteri itu meninggal dunia di lokasi, manakala anak mereka cedera parah.

"Sebuah Proton Exora yang dinaiki enam individu yang mengekori Perodua Myvi, gagal mengelak menyebabkan ia bertembung dengan treler yang terbabas itu.

"Pertembungan menyebabkan treler menghempap Proton Exora berkenaan di parit kecil bersebelahan sebelum kebakaran tercetus menyebabkan enam sekeluarga rentung di lokasi kejadian," katanya di sini, malam tadi.

Norzainy berkata, anak pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Myvi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Katanya, identiti pemandu dan semua penumpang Proton Exora yang rentung dalam nahas itu sedang dikenal pasti.

"Pemandu treler dan Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata tiga pasukan masing-masing dari Jempol, Bahau dan Simpang Pertang, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 2.20 petang.

Beliau berkata, anggota pasukan itu terpaksa berusaha memadam kebakaran yang berlaku pada kenderaan terbabit terlebih dahulu sebelum mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

"Operasi mengeluarkan mangsa yang rentung dalam remukan Proton Exora itu berdepan kesukaran dan mengambil masa kira-kira lima jam kerana dihempap treler," katanya.

11/06/2017 TUJUH MAUT TERMASUK LIMA RENTUNG DALAM KENDERAAN TERBAKAR AKIBAT KEMALANGAN MELIBATKAN EMPAT Buah Kenderaan Di Jalan Ladang Risda Palong, Jempol, N.Sembilan 2.20 Petang Tadi. Kenderaan Terlibat Sebuah Lori Trelar, Sebuah Perodua Myvi, Proton Exora, Dan Toyota Vios. Dua Mangsa Dari Kereta Myvi Tercampak Keluar Dan Maut. Manakala Lima Mangsa Rentung Didalam MPV Proton Exora Tersepit Dihempap Lori Sebelum Terbakar. Kesemua Mayat Belum Dikenal.Pasti. Operasi Menyelamat Dan Mengeluarkan Mangsa Membabitkan BBDP Bandar Seri Jempol, BBDP Bahau Dan BBDP Simpang Pertang. link


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x719.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 719x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 719x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 719x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x719.




http://www.bharian.com.my/node/292005


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang motor ni dahle bawe slow lepas tu x bg org lain nk potong ::. Pemandu treler ni patut hon motor tu kuat2 suruh ketepi, kamu tu bukan bawe kerete tp treler :. Aku selalu berhadapan dengan penunggang motor yg bawe motor slow dahle bawe ditengah2  dan jln pule sempit x boleh nk potong :
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:34 AM | Show all posts
Allah! Da lah nak raya, seorang budak dah jadi yatim piatu...takziah dan alfatiha buat keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:36 AM | Show all posts
yg dalam kereta exora tu family kawan saya...kawan saya sorang je tak ikut...apa2 pun takziah kepada hazim..harap dia tabah dgn dugaan besar yang menimpa
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
azrain98 replied at 12-6-2017 04:36 AM
yg dalam kereta exora tu family kawan saya...kawan saya sorang je tak ikut...apa2 pun takziah kepada ...

Wife dia yg bawe ke   takziah. Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:40 AM | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:38 AM
Wife dia yg bawe ke   takziah. Alfatihah

tu tak pasti lagi tapi family arwah encik fauzi jiran saya...kalau bertembung selalu bertegur sebelum naik motor

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2017 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi punya treler! Ujong2 kau terselamat kan???:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:30 AM
Penunggang motor ni dahle bawe slow lepas tu x bg org lain nk potong ::. Pemandu treler  ...

Lepas moto tu ketepi, kejap nanti ketengah balik. Kadang dia cross je jalan macam tu tak toleh belakang. Memang orang bawa moto tak alert agaknya kereta kat belakang. Dia bawa moto macam jenjalan kat kampung. Stress.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:30 AM
Penunggang motor ni dahle bawe slow lepas tu x bg org lain nk potong ::. Pemandu treler  ...

Yang bawak moto tu patut mampos sekali kan  :
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:44 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun ....

moga adik Muhammad Alifthaqif Osman selamat dan cepat sembuh


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:46 AM | Show all posts
azrain98 replied at 12-6-2017 04:36 AM
yg dalam kereta exora tu family kawan saya...kawan saya sorang je tak ikut...apa2 pun takziah kepada ...
Takziah ..

moga dia tabah ....

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sebu1 at 12-6-2017 04:52 AM
pyropura replied at 12-6-2017 04:43 AM
Yang bawak moto tu patut mampos sekali kan  :


Aku boleh bygkan betape slownye trafik waktu sblm kemalangan tu  berdasarkan gambar trafik digambar kedue  Motor plg depan ,blkg dia treler, lepastu myvi dan belakang myvi exora. Dah le treler pun selow.  Treler X sesuai memotong dijln 2 hale mcm ni. Potong motor pun xkan lepas .  :
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ramainya yg pergi time ramadan ni.. al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 12-6-2017 04:43 AM
Lepas moto tu ketepi, kejap nanti ketengah balik. Kadang dia cross je jalan macam tu tak toleh bel ...

Ye Mary, penunggang motor ni mmg X jage keselamatan sendiri. Harap kite yg jage keselamatan dia selalu sgt dah.  :
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:14 AM | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:48 AM
Aku boleh bygkan betape slownye trafik waktu sblm kemalangan tu  berdasarkan gambar trafik digam ...

yup jalan tu walaupun lurus tapi agak kecil, mmg org yg bawa motor di situ I selalu perati suka bawa di tengah2.. kalau kereta lps la nk motong tapi ni treler bsr, and myvi yg nk elak treler tu pun kalau dia ke tepi pun ttp akan terbabas jugak. bg I driver treler tu hon la motor tu sruh ke tepi sikit, ade je lori bsr2 slalu wat gitu kt motor yg slow ni sbb diorg nk motong and motor tu ke tepi pun. ni yg slalu i perati la klu di jalan tu. anyway, mmg jln tu sibuk dgn lori bsr2. Kita pun x tahu mcm mana sebenarnya cite, i pun hanya cite based on pengalaman lalu jalan situ, atau mana2 jela. Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:50 AM
Ye Mary, penunggang motor ni mmg X jage keselamatan sendiri. Harap kite yg jage keselamatan dia se ...

iols biasanya hon saja bagi depa alert bahawa jalan tu bukan depa punya..
biasa kat kampung ni depa rasa jalan ni depa punya...tu pasai depa neh leka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah dah nak raya....semoga keluarga yang terlibat diberikan ketabahan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:30 AM
Penunggang motor ni dahle bawe slow lepas tu x bg org lain nk potong ::. Pemandu treler  ...

kan.... dah lah slow dok tgh... berlenggang kangkung  
menda yg hari2 kena hadap.... mentang2 jln kg  
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 04:48 AM
Aku boleh bygkan betape slownye trafik waktu sblm kemalangan tu  berdasarkan gambar trafik digam ...

treler pun gatai nak motong  
ko tu besar... tahu tak?
ngerinya.. since kejirana baru iols ni jln2 ala kg.... seiring sjln ngan lori.... yg bwk moto tak berhelmet.... yg bwk kete slow gile... org nak blk cepat nak bukak pose.... ko plak bwk kete layan view... panorama sgt  
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:42 AM | Show all posts
azrain98 replied at 12-6-2017 04:36 AM
yg dalam kereta exora tu family kawan saya...kawan saya sorang je tak ikut...apa2 pun takziah kepada ...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.079662 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list