Aku ada tertengok Kias Kias Ramadhan tu. aku rasa tu drama lama dah. ada la mamat dalam drama tu dia ni jenis
kedekut. orang nak gi solat jumaat pakai kereta dia x bagi. adik dia nak duit sikit tak bagi. tapi dia sendiri kira idop ok la xde masalah
Ada la satu hari tu scene nak gi solat jumaat. masa tu dia tengah duduk di dalam masjid dngar khutbah jumaat.
Lalu la satu tabung masjid (yang jenis pass pass ke satu sama lain tu) dia seluk poket dia. keluarkan duit RM 5
tetiba ada pakcik duduk saf belakang yang kelihatan miskin dan hina mencuit belakang dia dan menghulurkan duit
note RM 50 pada dia. So dia pun macam terkesima la. Masukkan juga Note RM 50 tu....
lepas habis solat. ketika nak pergi ke kenderaan pakcik yang kelihatan miskin dan hina tu pergi kat mamat tu
minta derma utk madrasah yang dia akan bina. tetiba mamat tu sound balik :
"eh tadikan pakcik banyak duit derma RM 50 kat tabung masjid "
pakcik tu start ketawa . Siap cakap
" Nak(Pakcik tu panggil mamat tu Anak) ..sebenarnya duit tu pakcik nak berikan pada Anak balik. Duit Note RM 50 tu jatuh tercicir ketika
kamu di masjid tadi" ----------------> terus berubah muka mamat tu.
Part yang kelakar aku yang tengok cerita tu dengan mamat yang berlakon dalam cerita tu dua dua tepok dahi.