Telefon dalam perut, dubur
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/238063/telefon-dalam-perut-dubur
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 6:45 AM
Daily Mail
IMBASAN x-ray menunjukkan telefon bimbit di dalam perut seorang banduan terbabit. - Daily Mail
Brasilia: Tiga banduan ditangkap dengan 19 telefon bimbit di dalam badan mereka selepas dikesan alat pengesan logam di penjara mereka.
Mereka diarahkan menjalani X-ray selepas penggera alat pengesan itu berbunyi ketika pemeriksaan di penjara di Presidente Bernardes, Sao Paulo.
Seorang banduan ditemui dengan lima telefon bimbit kecil di dalam duburnya manakala rakannya menyembunyikan empat.
Banduan ketiga mempunyai 10 alat berkenaan di dalam perutnya malah turut ditemui fon kepala dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan semuanya.
Dua banduan yang menyorokkan telefon bimbit di dalam dubur tidak memerlukan sebarang rawatan.
|