CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2666|Reply: 9

Denda kerana zalimi udang karang

[Copy link]
Post time 18-6-2017 02:56 PM | Show all posts |Read mode

IMEJ  hidangan udang karang.- AGENSI

ROM – Mahkamah atasan Itali kelmarin memutuskan bahawa udang karang tidak harus diletakkan di atas ais di dapur restoran kerana tindakan itu mengakibatkan penderitaan yang tidak boleh dibenarkan sebelum ia dijadikan suatu hidangan lazat.

Sekumpulan hakim membenarkan aduan daripada kumpulan hak asasi manusia ke atas pemilik sebuah restoran berhampiran bandar Florence, Itali yang menyimpan haiwan krustasia secara hidup-hidup di atas ais. Pemilik restoran berkenaan didenda sebanyak 2,000 Euro (RM9,600) dan tambahan 3,000 Euro (RM14,400) bagi yuran guaman.

Sambil mengekalkan keputusan terdahulu oleh mahkamah bawahan, mahkamah rayuan memutuskan bahawa udang karang lazimnya dimasak ketika ia masih hidup tidak bermaksud hidupan laut itu boleh dizalimi terlebih dulu.

“Walaupun kaedah memasak tertentu boleh dibenarkan undang-undang kerana ia menjadi kebiasaan, namun menyiksa haiwan sementara menunggu untuk dimasak adalah tidak wajar,” kata barisan hakim tersebut.

Mahkamah menyatakan sudah menjadi kelaziman restoran-restoran mewah dan pasar raya untuk menyimpan hidupan laut di dalam tangki air dengan gas oksigen pada suhu bilik. – Reuters

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr... Masak hidup-hidup tu tak seksa dia jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Udang kara mmg duduk kt laut sejuk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 09:10 PM | Show all posts
seumur hidup akak tak pernah makan lobster.. ketam pernah.. teringin makan .. sekali rasa nya sama je cm ketam.. bazir duit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 12:49 AM | Show all posts
so kill it right way more humane?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 01:18 AM | Show all posts
Orang cucuk pisau belah antara mata dia tu rasanya. Tapi I kalau lobster yang tak marinade apa-apa, campak dalam periuk terus je buat macam takde apa-apa. Tak selalu makan pun benda ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Manakal di Afrika.. kumpulan hak asasi  di negara tersebut memohon kepada hakim supaya mengeluarkan rang undang2 tidak membenarkan singa, harimau dan cheetah mengejar mangsanya. Ini kerana mangsa penat untuk berlari. Tambahan pula cuaca panas dan hujan dah lama tak turun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 01:47 PM | Show all posts
fazamania replied at 19-6-2017 01:21 PM
Manakal di Afrika.. kumpulan hak asasi  di negara tersebut memohon kepada hakim supaya mengeluarkan  ...

amboii....macam betul ajerr.... heheehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 02:55 PM | Show all posts
fazamania replied at 19-6-2017 01:21 PM
Manakal di Afrika.. kumpulan hak asasi  di negara tersebut memohon kepada hakim supaya mengeluarkan  ...

hampir hampir nk percaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 03:48 PM | Show all posts
fazamania replied at 19-6-2017 01:21 PM
Manakal di Afrika.. kumpulan hak asasi  di negara tersebut memohon kepada hakim supaya mengeluarkan  ...

dubuk boleh kejar tak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070936 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list