CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33215|Reply: 566

[Tempatan] HAPDET di post#321! Ummah boleh start prektis merangkak! Kes Zulfarhan: Dr kena

   Close [Copy link]
Post time 21-6-2017 07:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dodolgemok at 21-6-2017 10:14 PM

Zulfarhan tidak mahu surat rujukan hospital, bantuan ambulans

KUALA LUMPUR – Doktor swasta yang pernah merawat Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain didakwa pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.


Surat rujukan itu ditawarkan apabila penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu datang kali pertama dan membuat rawatan cuci luka kali kedua lima hari kemudian di klinik berkenaan.


Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.


Sumber memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.


Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan.


Allahyarham meminta doktor berkenaan mencuci lukannya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.


“Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.


Mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.


Doktor di klinik berkenaan tidak ada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.


Sumber berkata, doktor yang merawat Zulfarhan juga menawar untuk menghubungi keluarganya tetapi ditegah pesakit atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.


Beliau tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.


Mangsa meminta doktor berkenaan mencuci luka-luka pada tubuhnya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Sumber berkata, bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh kawan-kawannya. – MalaysiaGazette


Sos: malaysiagazette.com/v2/blog/2017/06/20/zulfarhan-tidak-mahu-surat-rujukan-hospital-bantuan-ambulans/

P/s: laknat2 yg kecam doktor klinik haritu boleh la start beli kneepad utk persiapan merangkak kelak. Dr tu xdiberi peluang utk bela diri tpi laknat2 dah terus bagi hukuman.

P/s 2: thread busuk kaka @Modngengade humban dalam jamban



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2017 07:31 AM | Show all posts
Edited by dodolgemok at 21-6-2017 07:40 AM

Doktor tidak boleh sembarangan lapor penderaan orang dewasa

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) kesal tindakan Menteri Kesihatan yang membuat kenyataan umum untuk memanggil doktor yang merawat mangsa dera, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Presidennya, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, sepatutnya sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan perkara itu wajar disiasat daripada kedua-dua belah pihak demi keadilan.


“Kenyataan-kenyataan umum seperti ini sepatutnya dielakkan kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kelmarin yang memaklumkan Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang merawat Zulfarhan dalam tempoh terdekat.


Menteri Kesihatan itu berkata, doktor berkenaan akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasan berikutan kegagalannya melaporkan kecederaan yang dialami Zulfarhan kepada pihak polis.


Subramaniam mempersoalkan tindakan doktor berkenaan yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak melaporkan kepada polis jika pesakit mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau dipercayai mempunyai unsur jenayah.


Doktor yang tidak membuat laporan adalah salah kerana ia merupakan tanggungjawab dan amalan yang seharusnya dilakukan mereka yang merawat pesakit berkenaan, kata Menteri Kesihatan itu.


Bagaimanapun, Ahmad Shukri berkata, memang dalam akta penderaan kanak-kanak, seseorang doktor perlu membuat laporan jika punca kemalangan pesakit ada unsur jenayah tetapi ia tidak berlaku pada penderaan pesakit dewasa.


“Dalam akta penderaan kanak-kanak, doktor boleh buat laporan tapi tidak ada akta bagi penderaan orang dewasa. Kita tak boleh buat laporan sembarangan kerana jika mangsa tak mahu mereka boleh saman doktor yang membuat laporan itu,” ujarnya.


Zulfarhan, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun lalu dengan kesan lebam dan melecur di badan.


Semalam, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut berharap doktor yang didakwa gagal melaporkan kecederaan dialami Zulfarhan diberi pendengaran adil oleh Kementerian Kesihatan.


Presidennya Dr Ravindran R Naidu berkata, apa yang dilihat doktor terbabit ketika dikunjungi pesakit berkenaan mungkin jauh berbeza daripada apa yang dilihat semasa bedah siasat. – MalaysiaGazette


Sos: http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/06/20/doktor-tidak-boleh-sembarangan-lapor-penderaan-orang-dewasa/


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rase mcm X munasabah doktor tu kate luke semakin pulih:zz
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor India ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:36 AM | Show all posts
bukan ke ada forumer kata kalau ada kes yg mencurigakan doktor boleh rujuk pada polis or pbt lain atas kapasiti dia as a doctor? berbalut satu badan mcm mumia takkan la tak mencurigakan lg?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor tu tidak profesional langsung.
Ko yg doktor.. knapa nak dgr ckp pesakit?
Kita bercakap psl tanggungjawab profesion kedoktoran tu sendiri.
Cukup ke sekadar merawat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 07:38 AM | Show all posts
“Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.


come on la doktor, as a doctor takkan takleh fikir logik kot? accident ms latihan ketenteraan tp pegi klinik swasta? pastu takde superintendent yg teman, setakat kawan2 je? takde surat rujukan dr pihak u? eh frust plak aku ngan alasan doc ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor ni.aku yakin akan bg sejuta alasan untuk X dipersalahkan :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2017 07:42 AM | Show all posts
sebu1 replied at 21-6-2017 07:34 AM
Aku rase mcm X munasabah doktor tu kate luke semakin pulih:zz

Xboleh sesukahati cakap tanpa sebarang fakta. Sebabtu perlu siasat secara adil semua pihak,bukan semberono jah tudu macam 2. Perlu tgok dokumentation doktor tu dan segala bukti rawatam yg telah dilakukan. Follow up treatment dekat klinik kesihatan kerajaan pon ada dan perlu disemak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 21-6-2017 07:38 AM
come on la doktor, as a doctor takkan takleh fikir logik kot? accident ms latihan ketenteraan tp ...

Tggu je lah siasatan pihak kkm. Xperlu nak drama sgat. Doktor pon ada sop dan protokol sendiri. Dah kalau pesakit sendiri xmau surat rujukan. Xkan nak paksa jugak? Sebabtu ada surat AOR(at own risk) yg akan disign oleh pesakit kalau pesamit taknak dgar nasihat doktor. So apa2 jadi bawah tanggungjawab pesakit sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 07:42 AM
Xboleh sesukahati cakap tanpa sebarang fakta. Sebabtu perlu siasat secara adil semua pihak,bukan s ...

Aku rase post kamu yg ke 2 tu negare kite kena tukar akta untuk report dera atas org dewase. Kes jenayah negare kite pun makin berleluase jd byk akta kena ubah untuk bendung jenayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 21-6-2017 07:38 AM
Doktor tu tidak profesional langsung.
Ko yg doktor.. knapa nak dgr ckp pesakit?
Kita bercakap psl  ...

Kalau dekat hospital gomen byk je pesakit xnak dgar nasihat doktor, siap maki2 lagi doktor punya nasihat. Kena sign AOR( AT OWN RISK) utk keluar sepital. Kalau doktor buat jugak xpasal2 kena saman. Tggu je lah kkm punya siasatan. Org luar xperlu  nak memandai2 bagi hukuman. Semua benda ada sop dan protokol sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelatih kadet.. belum jd tentera pun lagi. Yg presiden Perdim ni sokong pulak kenyataan doktor tu.. dia tak fikir ke kalo ada empati doktor tu.. satu nyawa dpt diselamatkan?
Kalo ketua pun ckp mcm tu.. memalukan satu organisasi yg tak profesional.
Sbb klinik swasta.. asal org bayar duit.. ko pun terima je lah.

Notis: puan hawa.. tolong masukkn klinik ni dlm list pihak yg puan nak saman. Saman juta2.. biar tutup terus klinik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:52 AM | Show all posts
Better guna detector penipu masa interview doktor tue.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:52 AM | Show all posts
akhirnya doc pun bersuara..tapi boleh expect mesti lah doc akan bagi statement yg tak menampakkan ketidakprofesionalisme dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 07:48 AM
Kalau dekat hospital gomen byk je pesakit xnak dgar nasihat doktor, siap maki2 lagi doktor punya n ...

Tengok ler kecederaan nya...
Tak kan ler kalo cedera sbb bom meletop.. doc suruh balik rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 07:54 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 07:31 AM
Doktor tidak boleh sembarangan lapor penderaan orang dewasaKUALA LUMPUR – Pertubuhan Doktor-Doktor  ...

Kalau kena letupan masa latihan ketenteraan, dia berjalan sendiri ke klinik swasta ke? Mesti uni atau pasukan tentera hantar ke hospital dan kalau perlu rawatan lanjut di klinik swasta tersebut, takkan takde surat rujukan atau nota rawatan dsb sebelum itu? Bil pulak dibayar oleh rakan2 kata doktor. Kalau letupan masa latihan tentu covered by some kind of insurance or other covers by the govt?

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
btul ke arwah yg ckap macam tu..biasanya orang yg mengiringi pesakit la yg akan beri keterangan pd doc
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
eLiaD replied at 21-6-2017 07:57 AM
btul ke arwah yg ckap macam tu..biasanya orang yg mengiringi pesakit la yg akan beri keterangan pd d ...

Malangnya pesakot dah xde nak bekap diri sendiri   .. mcm mana ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 21-6-2017 07:35 AM
Doktor India ke ni

kalo kt klinik yg diorg kecoh2 kat skesyen 7 tu..rasanya semua Dr melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.967496 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list