Edited by EJALTI at 21-6-2017 02:26 AM
Pak cik kejam!
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/239387/pak-cik-kejam
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 7:19 AM
Agensi
FRIDAY menerima rawatan di hospital selepas cedera di kepala akibat dipaku bapa saudaranya. -Agensi
Abuja, Nigeria: Seorang lelaki ditahan polis apabila dia memaku kepala anak saudaranya yang berusia lapan tahun, selepas mendakwa kanak-kanak itu mencuri wangnya.
Media tempatan melaporkan, mangsa yang juga anak yatim piatu tinggal bersama bapa saudaranya yang dikenali sebagai Paul di sebuah rumah di Odogunyan, Ikorodu.
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Friday tinggal bersama bapa saudaranya selepas ibu bapanya meninggal dunia, dua tahun lalu.
Baru-baru ini, Paul berang selepas mendapati wangnya yang berjumlah N500 (RM7) hilang dan menuduh Friday mencurinya.
Friday menafikan dia mencuri wang berkenaan menyebabkan Paul bertindak mendera dan memukul kanak-kanak itu bagi memaksa mangsa mengaku.
|