View: 806|Reply: 3
|
[Tempatan]
beras cap rambutan tulen! analisa jabatan kimia!
[Copy link]
|
|
""PUTRAJAYA - Analisa Jabatan Kimia terhadap sampel beras jenama Rambutan yang diambil di sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan beras di Alor Setar mendapati ia tulen dan tiada kandungan plastik, kata Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Shamsuddin Ismail.
Menurutnya, sampel beras sumber utama dan sampel beras telah proses diambil dari Kilang OEL Sdn. Bhd., kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama Rambutan Super Special Tempatan 5% (SST5%), pada 18 Jun untuk dihantar kepada Jabatan Kimia.
"Keputusan Jabatan Kimia yang diterima Kementerian (Pertanian dan Industri Asas Tani) pada 20 Jun menunjukkan sampel-sampel tersebut adalah merupakan beras tulen dan tiada kandungan plastik atau apa-apa unsur lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsuddin berkata, sampel-sampel beras turut diambil dari beberapa lokasi lain termasuk kilang di Perak dan Pahang serta pasar raya di Selangor turut dihantar ke Jabatan Kimia.
"Kementerian pada masa ini masih menunggu keputusan analisis makmal bagi sampel-sampel tersebut," katanya. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 7.htm#ixzz4kiRkveJf
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
mohon syarikat beras cap rambutan saman kepada yg menyebarkan fitnah itu |
|
|
|
|
|
|
|
Kami sekeluarga memang selalu beli beras cap rambutan ni. Beras dia elok. |
|
|
|
|
|
|
|
sya coma makan beras sakura. |
|
|
|
|
|
|
| |
|