|
sumber : Berita Harian
Susulan seramai 14 penduduk Kampung Paris 1, dekat Kinabantangan yang dilaporkan hilang di hutan simpan Ulu Segama, Lahad Datu, akhirnya semua berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Memetik laporan Berita Harian, semua mangsa dikatakan berada dalam keadaan sihat ketika ditemui pada petang kelmarin kira-kira 1.20 petang.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini dalam proses membawa keluar semua mangsa dari kawasan hutan simpan itu. "Semua mangsa selamat.
Sebelum ini, Berita Harian melaporkan, lima penduduk dilaporkan pergi ke Sungai Bilong di hutan berkenaan untuk mencari ikan pada 21 Jun kira-kira jam 2.30 petang, tapi selepas lebih dua hari tidak pulang dan gagal dihubungi.
sumber : Berita Harian
Setelah kelima-lima penduduk diddapti hilang tanpa berita, sekumpulan sembilan penduduk lagi pergi ke hutan itu untuk mencari mangsa, namun dipercayai turut hilang.
Penduduk kampung yang lain mendapati keadaan agak serious, maka bertindak membuat laporan polis untuk bantuan.
Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari yang membabitkan 80 anggota polis, bomba, Jabatan Hidupan Liar dan penduduk kampung untuk masuk ke dalam hutan mencari mangsa.
Lingkungan usia buat kesemua 14 mangsa adalah antara 20 tahun dan 58 tahun. - CARI |
|