CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7640|Reply: 68

[Tempatan] Lelaki Dua Isteri Juara #gambarrareraya

[Copy link]
Post time 29-6-2017 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 29-6-2017 05:19 AM

Lelaki Dua Isteri Juara #gambarrareraya

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/28/pemenang-gambar-rare-raya/

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 3:06 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
[email protected]




Gambar Mohd Fhairul Azizzy Ramli mengangkat kedua-dua isterinya kini tular di media sosial selepas menyertai cabaran #gambarrareraya. Foto Facebook Mohd Fhairul Azizzy

PETALING JAYA: ‘Permainan’ yang mencabar pasangan suami isteri berkongsi gambar dengan gaya dan aksi umpama sedang berdansa akhirnya telah memilih pemenangnya.

Gambar seorang lelaki mengangkat kedua-dua isteri dengan masing-masing menggunakan sebelah tangan menjadi pilihan ‘juri’ dalam kalangan netizen.

Dengan hampir 10,000 tanda suka (like), pemilik gambar yang berasal dari Segamat, Johor, Mohd Fhairul Azizzy Ramli, 32, diisytiharkan sebagai pemenang.

Mohd Fhairul berkata, dia tidak menyangka gambarnya bersama isteri-isterinya menjadi pilihan netizen kerana ia diambil secara spontan pada hari raya kedua.

“Saya sedang berniaga bersama isteri-isteri semasa menerima mesej daripada seorang rakan yang menyarankan saya menyertai cabaran ini.

“Saya memang pantang dicabar, jadi tak sampai lima minit, saya mengambil gambar dan kongsikan di Facebook. Alhamdulillah kami menang, terima kasih kepada semua yang ‘like’ gambar saya,” katanya kepada mStar Online.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan satu ‘permainan’ yang dianjurkan pengguna Facebook 'Norman Danish' pada Ahad lalu bagi memperlihatkan keberanian dan ‘sporting’ pasangan suami isteri bagi menghargai pasangan masing-masing.



Gambar raya Mohd Fhairul bersama keluarga.

Disebabkan gelagat secara spontan mereka, pengusaha restoran ini tidak sempat bergambar dalam persalinan baju Melayu dan baju kurung bagi membangkitkan suasana sambutan Aidilfitri.

Menurut Mohd Fhairul, selepas gambarnya tersebar, ramai yang menghantar mesej di Facebook bertanyakan sama ada kedua-dua wanita di dalam gambar adalah isterinya kerana mereka dikatakan seiras, malahan ada segelintir lelaki meminta tips perkahwinan.

“Mereka memang isteri saya kebetulan muka hampir sama, itu pilihan dan citarasa saya. Kalau kita mahu dilayan isteri seperti raja, layanlah isteri kita seperti permaisuri.

“Macam mana saya boleh angkat mereka berdua, mungkin kerana saya amalkan minuman kesihatan untuk menguatkan tenaga batin,” katanya secara berseloroh.


Sebahagian daripada penyertaan bagi cabaran #gambarrareraya.

Sementara itu, penganjur ‘permainan’, Norman Daud berkata, sehingga kini lebih 100 gambar pasangan suami isteri dengan aksi seperti berdansa yang diterimanya.

Katanya, pemenang cabaran #gambarrareraya itu memenuhi kriteria gambar bersama isteri dengan gaya yang dikehendaki, selain mendapat undian tertinggi.

Ditanya mengenai ganjaran buat pemenang, Norman berkata, kemungkinan pemenang akan diberikan ‘hadiah raya’ daripada pihaknya.
“Bagaimanapun, saya mengalu-alukan kepada orang ramai yang sudi menaja hadiah buat pasangan ini,” katanya.

Menurut anak kelahiran Mukah, Sarawak ini, pada awalnya ia dibuat secara suka-suka tetapi tidak menyangka cabaran yang dibuat mendapat sambutan memberangsangkan.

“Ada yang memuji, ada juga mengecam kata gambar-gambar tersebut tak wajar dikongsi buat tatapan umum walaupun mereka suami isteri,” katanya sambil memohon maaf kepada pihak yang menyifatkan tindakannya itu keterlaluan.

Bagaimanapun kata Norman, dia tidak serik untuk menganjurkan permainan atau pertandingan seumpamanya tetapi perlu mencari kelainan pada masa akan datang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku stop baca lepas sampai part :

“Macam mana saya boleh angkat mereka berdua, mungkin kerana saya amalkan minuman kesihatan untuk menguatkan tenaga batin,” katanya secara berseloroh.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
baca komen fb ramai yg kutuk... bodo laa... open la sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 01:41 PM | Show all posts
angkat kiri kanan tu okey la jugak

tapi , ada yg smpai peluk, nk cium, bagi tonton semua org tu pehal?
tu cume stok2 laki dayus je yg buat

ptutla org kawin 2 ni mmg laki sejati, tau batas gmba laki bini cmne,
yg kawin satu lak dh serupa laki dayus, cmnela nk kwin dua
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 01:46 PM | Show all posts


saya pun nak kata dua dua bini dia nampak macam kembar ...  hehe ...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lorr baru umo 32 ke si fhairul tu?



nampak mcm 45 tahun.. ubahla tabiat minum "minuman kesihatan" tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2017 02:37 PM | Show all posts
kahwin serentak ka? umur baru 32 kot.... patut satu bini pun lom sempat bosan....

lagi satu apa masalah gambar mencium isteri?.... aku selalu tengok couple melayu kasi goodbye kiss bila husband antar bini pi kerja. Naik motor ja pun.... and I thought that was sweet....



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 02:52 PM | Show all posts
kalau boleh bergambar kat tengah 2 rumah bunglow bersebelahan - rumah pemberian kepada isteri isteri
kereta mewah kiri kanan - pemberian juga kepada isteri isteri
gambar bertiga kat tengah2 dan d tepi kiri kanan berderet pembantu rumah pakai pakaian seragam
baru best

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 02:57 PM | Show all posts
Tak macam umur 32 pun..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 02:59 PM | Show all posts
dukung membawa bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-6-2017 02:37 PM
kahwin serentak ka? umur baru 32 kot.... patut satu bini pun lom sempat bosan....

lagi satu apa m ...

melayu semua kena sorok,  malu katanya... dayus... tunjuk depan org.  jadi kalau depan org salam ajelahh...
lainla. kalu bf gf,  takpaa... org paham
nilah ajaran melayj...  
yg biawak hidup. tuntak. plak dikata dayus..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 03:07 PM | Show all posts
sekngucing replied at 29-6-2017 02:59 PM
melayu semua kena sorok,  malu katanya... dayus... tunjuk depan org.  jadi kalau depan org salam a ...
betul
betul
betul...

teringat pernah kena smash kat bang Aji pasal kes FC kata takde hal la kalo dah nama nya suami isteri bagi gambar romantik2 kat socmed
bukan nya sampai bogel gambar atas tilam pun

huh!!~ tak sangka
siap d kata nya nanti sebab tak apa tu .. boleh la buat kat tengah jalan apa semua

kejis sungguh. yang sah2 lom kawin takpa pula

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 29-6-2017 01:41 PM
angkat kiri kanan tu okey la jugak

tapi , ada yg smpai peluk, nk cium, bagi tonton semua org tu p ...

Gambar angkat 2 bini tuh cukup mencabar kejantanan acong yg sampai sekarang terus layan sabun dibilik mandi sabun...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-6-2017 02:37 PM
kahwin serentak ka? umur baru 32 kot.... patut satu bini pun lom sempat bosan....

lagi satu apa m ...

Kenapa I tgk muka bini2 dia macam nak sama? Adik beradik ka?  
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 04:19 PM | Show all posts
bini dua dua senyum tutup mulut. senyum kelat terpaksa ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 04:31 PM | Show all posts
indon ke bini bininya? muka jawa sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun nak jugakkkk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 04:38 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-6-2017 04:31 PM
indon ke bini bininya? muka jawa sangat

Hahahha... Kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-6-2017 04:31 PM
indon ke bini bininya? muka jawa sangat

Npk jelas sgt leluhur jawa indonnya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 29-6-2017 04:36 PM
Dia pun nak jugakkkk

Bukan dia ni berpurdah ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.082009 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list