CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2594|Reply: 8

Usia 81 tahun bukan halangan terus belajar

[Copy link]
Post time 1-7-2017 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Abdel Qader Abu Ajameyah

HEBRON - TEBING BARAT. Walaupun usinya menjangkau 81 tahun, warga Palestin Abdel Qader Abu Ajameyah masih bertungkus lumus belajar dan berharap keputusan terbaik bagi peperiksaan sekolah tinggi yang diambilnya.

Bekas peniaga makanan dari Hebron mengambil ujian buat pertama kalinya tahun lalu namun gagal dan dia tidak berputus asa menduduki ujian yang sama tahun ini sekali lagi.

Bapa kepada 14 orang anak itu berkata, dia mengulang kaji pelajaran lima jam sehari dan menumpukan perhatian sepenuhnya walapun ada antara cucunya yang seramai 36 orang sering mengajaknya bermain bersama.

"Saya suka pendidikan. Tiada had bagi seseorang untuk belajar dan ia tidak akan terhenti pada usia tertentu," katanya ketika ditembual wartawan Reuters.

"Saya mahu menjadi contoh kepada generasi muda, dan tidak akan pernah berhenti belajar,"katanya.

Abu Ajameyah mengambil peperiksaan di bilik yang dikhususkan untuknya di sebuah sekolah tempatan.

Dia yang mengalami strok baru-baru ini sehingga menghadkan pergerakan tangannya sehingga sukar untuknya menulis terpaksa dibantu seorang pembantu wanita untuk mengisi jawapan pada kertas soalan peperiksaan.

Angka dari Biro Statistik Palestin menunjukkan buta huruf di kalangan rakyat Palestin yang berumur 15 tahun ke atas hanyalah 3.3 peratus, salah satu kadar paling rendah di negara Arab.

Abu Ajameyah mendapat sokongan daripada keluarga terutama isterinya yang sentiasa cuba menjaga cucu daripada menganggunya ketika dia belajar.

"Ibu saya menjaga semua keperluan ayah saya seolah-olah dia adalah seorang pelajar sekolah tinggi berusia 18 tahun," kata Zakaria berusia 43 tahun, salah seorang anak Abu Ajameyah.

"Kita semua memberi galakan kepadanya dan kami semua sangat berbangga dengannya."

Zakaria berkata, bapanya mula bersekolah di sebuah kampung berhampiran Ramla yang kini adalah Israel, sebelum dirampas pada tahun 1948.

Ketika perang Arab-Israel pada tahun 1948, keluarga Abu Ajameyah terpaksa melarikan diri, menjadi pelarian di Tebing Barat.

Abu Ajameyah tidak lama kemudian berhenti sekolah untuk bekerja menjual makanan, dan hanya mula berfikir untuk menyambung pelajarannya apabila dia bersara satu dekad kemudian.

Katanya, matlamat sekarang adalah untuk menjadi setanding dengan anak dan cucu-cucunya.

Keputusan peperiksaan akan diketahui pada pertengahan bulan Julai dan lelaki itu bagaimanapun dia tidak merancang untuk pergi ke universiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu tu luas. Sampai umur berapa pun boleh belajar, takde limit. Lagi banyak kita belajar, baru kita tau yg kita sebenarnya taktau banyak benda lagi. Menuntut ilmu kan ibadah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ilmu sepanjang hayat..teruskan usaha murni tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2017 11:30 PM | Show all posts
go atuk go! salute la
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 06:48 PM | Show all posts
bagus. not giving up
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2018 10:41 AM | Show all posts
Sokong dan tabik spring kepada pakcik ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 01:33 PM | Show all posts
cayalah atuk...   boleh jd peringatan tiap kali malas study ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2018 03:11 PM | Show all posts
Foxey replied at 30-7-2018 01:33 PM
cayalah atuk...   boleh jd peringatan tiap kali malas study ni...

bagus lah tu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.479742 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list