Siapa tak kenal dengan Celine Dion yang cukup terkenal dengan lagu My Heart Will Go On. Penyanyi itu membuktikan kecantikan dan fesyen tidak mengenal usia apabila dia tampil tanpa seurat benang untuk majalah Vogue.
Walaupun usia sudah mencecah separuh abad, Celine, 49, dengan bersahaja bergambar di atas sebuah kerusi hanya menggunakan kaki dan tangan untuk menutupi bahagian intim tubuhnya.
Vogue menerusi laman Instgaramnya (IG) menulis beberapa fakta pemilihan busana Celine Dion untuk persembahannya selama ini.
Antaranya, Celine memilih dan mengubah suai sendiri busananya mengikut kesesuaian tema persembahannya seperti menambah pelekat velkro bagi memudahkan dia mengganti busana dengan pantas dan efisyen.
Malah, dia sering mengenakan busana daripada pereka fesyen seperti Armani Prive, Schiaparelli, Giambattista Valli dan Versace.
Celine juga dikatakan hanya akan mengenakan kasut tumit tinggi ketika membuat persembahan.
"akaian yang akan mengikut gaya saya, bukan sebaliknya," kata Celine pada kapsyen foto yang dimuat naik IG majalah berkenaan.
Foto: IG Vogue Magazine
Berani betul Celine membuat penampilan sedemikian ya? - CARI
Bagi omputih 49 lum tua sangat lagi hanya kat Malaysia je ramai suka beranggapan sebegitu meklum le ramai suka menuakan diri. Lagi pun dia dah solo semula dan dah nak buat come back mesti le mula bagi gimmik untuk attract fan. Lama juga dia tak buat promo selepas kematian husband dia tu.