CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7443|Reply: 68

[Tempatan] Mat Salleh Pandai Loghat Kedah Disegani Bangsa Kedah

[Copy link]
Post time 9-7-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sabbath_shalom at 9-7-2017 05:33 PM

UTARA
Mat saleh fasih loghat Kedah
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 JUN 2017
Mat saleh fasih loghat Kedah
Giula (dua, kanan) bersama ahli keluarga angkatnya.
ALOR SETAR - Sekali imbas, seorang remaja berusia 16 tahun tidak ubah seperti lelaki Melayu dengan berbaju Melayu berwarna keemasan lengkap songkok dan sampin.

Lebih mengelirukan apabila mendengar Tommy McCarty dari Amerika Syarikat berbual dengan adik beradik angkat mahupun rakannya.

Manakan tidak terkejut apabila melihat remaja bermata biru dan berkulit cerah bak pelakon Hollywood itu bercakap dalam loghat Kedah pekat.

Walaupun baharu setahun tinggal di Bandar Alor Setar, Kedah, pelajar tingkatan empat Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC) fasih bercakap Melayu loghat Utara.

Tommy berkata, dia mampu bertutur loghat Kedah dengan baik kerana tinggal dengan keluarga Melayu dan belajar di kelas dipenuhi rakan berbangsa Melayu.

"Ramai rakan sekelas segan cakap bahasa Inggeris dengan saya. Jadi saya makin mahir bertutur dalam loghat Kedah sebab selalu berbual dengan mereka.

         
Tommy (kiri) sedondon memakai baju Melayu berwarna keemasan bersama ahli keluarga angkatnya.
"Memang seronok tinggal di Kedah. Selain belajar bahasa Melayu, saya juga dapat makan pelbagai makanan dan budaya," katanya.

Menurutnya, dia teruja tinggal dan belajar budaya Malaysia kerana amat berbeza dengan situasi di negaranya sendiri, malah sedih untuk meninggalkan keluarga angkat dan rakannya.

"Saya dapat belajar cara berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga sebelum puasa ramai-ramai dengan ahli keluarga.

"Seronok, setiap hari saya bangkit soq bersama keluarga. Bila petang, saya dibawa pergi ke bazar Ramadan untuk beli makanan atau ke pusat membeli-belah melihat baju raya," katanya.

Selain Tommy, seorang remaja perempuan dari Amerika Syarikat, Kara Thimrik, 17, dan Giula Vigano, 17, dari Itali turut mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Kedah sejak setahun lepas.

Mereka bertiga ditemui Sinar Harian di Lorong Masjid, Hutan Kampung, di sini, ketika mengadakan aktiviti menganyam ketupat daun palas.


Belajar anyam ketupat

Kara berkata, dia menganggap aktiviti menganyam ketupat satu pengalaman berharga dan tidak boleh dilupakan dirinya sampai bila-bila.

"Sebelum ini saya pernah makan ketupat ketika sambut raya korban dengan keluarga angkat.

"Jadi saya bertuah bila dapat belajar buat salah satu makanan tradisional ketika musim perayaan ini," katanya.

Pelajar tingkatan lima SMK Syed Al-Bulkary yang juga fasih bertutur dalam loghat Kedah berkata, dia sedih kerana perlu pulang ke Amerika Syarikat semula selepas ini.


Dari kiri: Tommy, Kara dan Giula belajar anyam ketupat daun palas.
Bagaimanapun katanya, perasaan sedikit terubat apabila mengenangkan pelbagai ilmu dan pengalaman baharu diperolehnya sepanjang berada di Kedah.

“Mama dah ajar saya cara buat nasi lemak. Jadi, saya boleh masak dan makan bersama rakan-rakan senegara nanti setiap kali Aidilfitri.

"Saya teruja dapat berpuasa kerana terasa lebih dekat dengan ahli keluarga angkatnya, walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk sahur," katanya.

Pelajar asing dalami budaya tempatan

Sementara itu, Presiden Yayasan Antarabudaya Malaysia (AFS) Kedah Chapter, Rohaya Md Yusoff berkata, mereka merupakan tiga orang yang mengikuti program pertukaran pelajar sejak Ogos tahun lepas.

“Mereka bertiga tinggal bersama keluarga angkat Melayu selama setahun. Malah, mereka akan belajar di sekolah dipilih ibu bapa angkat,” katanya.

Menurutnya, Giula ditempatkan di SMK Mergong, manakala Kara belajar di SMK Syed Al Bukhary dan Tommy pula di Kolej Sultan Adul Hamid (SAHC).

"Aktiviti sedemikian bermanfaat kerana memberi peluang kepada pelajar asing mengenali dan memahami budaya tempatan di Kedah.

"Tiga pelajar ini didedahkan kepelbagaian budaya dan adat resam masyarakat di Malaysia, seperti Melayu, Cina dan Kristian," katanya.

Rohaya berkata, mereka juga diberi peluang meraikan dan merasai suasana sambutan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

Malah katanya, masing-masing tidak melepaskan peluang belajar berpuasa dan memakai baju kurung serta baju Melayu yang dibeli keluarga angkat kerana ia tidak ada di tempat asal mereka.

“Kini, mereka sudah biasa dengan budaya tempatan, misalnya makan menggunakan tangan, malah antara di antara tiga pelajar bertutur loghat Kedah pekat.

"Kami menyambut baik kedatangan pelajar asing baru pada Ogos setiap tahun yang ingin mengenali keunikan budaya masyarakat berbeza bangsa dan agama di negara ini," katanya kepada Sinar Harian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau salah sikit2 pon rasa sayang nak lempang kannn...comey depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
beh lawan mat dan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 9-7-2017 05:36 PM
beh lawan mat dan

Mat dan dah lamaa...tak boleh ler lawan.

Nanti kalau salah cakap mesti berebut orang Kedah nak ajaq kannnn.

Kokusennn katekannn.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 05:41 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 9-7-2017 05:37 PM
Mat dan dah lamaa...tak boleh ler lawan.

Nanti kalau salah cakap mesti berebut orang Kedah nak  ...

kalau bangla, harus kena hencap 7 keturunan kan sis
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
itulah lumrah sistem kasta ni sis....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
...dan amerika pon bkn kafir lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kedah pprt ini tak meroyan kah?
Kena ke logha Kedah nya nant tertekan pula.acik acik kedah felda pprt ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2017 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 9-7-2017 05:36 PM
beh lawan mat dan

Ganu ada Matdan,  Kedah ada Matdon..... tp Matdon x reti cakap kedah laaa mcm Mckp ganu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:08 PM | Show all posts
kokusen yang tak berapa siap lah ni.. so i pass lah gitu konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:08 PM | Show all posts
kokusen bapak dhuha sophea tu baru sedap.. tapi heols tak pandai cakap gannung pulok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 9-7-2017 05:41 PM
kalau bangla, harus kena hencap 7 keturunan kan sis



    
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
So mana video adik gula ini meloghat utagha?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:19 PM | Show all posts
mat dan lagi handsome bersunat. jadi akak vote ganu . sorry kedah bak hang
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:21 PM | Show all posts
persoalannya x meroyanlkhan ummah pprt kedah padi kalau adik2 kokeshen bunyi x semengah ?? dulu mampus emma fatima kena balun dek kantya menghina kesucian ummah kedah yang maskum supreme bak sawah bendang
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sep mat dan dgn rhyss lah neh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-7-2017 06:19 PM
mat dan lagi handsome bersunat. jadi akak vote ganu . sorry kedah bak hang

Mat dan muka macam sergio ramos kan sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 9-7-2017 06:21 PM
persoalannya x meroyanlkhan ummah pprt kedah padi kalau adik2 kokeshen bunyi x semengah ?? dulu mamp ...

Kau nk bandingkn erma fatima yg kertu tu dgn bebudak ni pulak.....

Erma patima memang lahir kat sini...bebudak ni baru sethn dok sini bro....


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Who r yuss..???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bideo nyaa..bos aku cita kwn anak2 kt us makan roti canai dgn jem..depa takleh mkn pedas..rugi2  :zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list