Selain dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat jolokan "Serambi Mekah".
Jolokan dan gelaran itu diperolehi kerana dipercayai rakyat dan kerajaannya mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya dan negeri ini juga telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama, ulama serta wali tersohor.
Namun yang kurang enak didengar, bila sebut sahaja negeri Kelantan pasti akan timbul pelbagai persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia.
Gambar sekadar hiasan
Negeri yang mundur dari segi pembangunan, rakyatnya kuat sentimen (kenegerian), masalah sosial dan jenayah yang semakin menjadi-jadi dan macam-macam lagi. Itulah antara kata-kata yang seringkali dihamburkan oleh segelintir masyarakat luar kepada rakyat-rakyat kelantan.
Merasa tersentap dengan tanggapan negatif sesetengah orang terhadap rakyat Kelantan, seorang wanita meluahkan rasa pelik dan tertanya-tanya mengapakah sentimen anti Kelantan masih menebal hingga ke hari ini.
Luahan hati beliau di IIUM Confession mula tular dan menjadi perbincangan hangat sejak mula dikongsikan di halaman sesawang berkenaan.
Penulis turut bersetuju dengan pandangan wanita ini, tak kira lah negeri mana pun tetap akan ada masalah yang sama seperti di Kelantan. Jadi buka minda dan janganlah ada perasaan benci sesama kita kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. - CARI
|