CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[DRAMA MELAYU] DENDAM AURORA [Astro Prima: Nabila Huda, Ungku Ismail]

  [Copy link]
Post time 26-7-2017 10:31 AM | Show all posts
melnanzz replied at 25-7-2017 02:41 PM
First episod hari ni, gais! Sebagai insentif nak promote bod TV ni, porumer yang bagi constructive r ...

Good morning mel

1st episod pun cerita ni dah .
Nampak promising dgn line up cast yg bagus2.
Rasa sedih, marah semua sampai ke hati.
Supporting role pun ok...so far.

Mael nampak blend as Harris.
Boleh rasa dendam dia pada Aurora & at the same time ada rasa rindu & cinta.
Abil pun bagus. Senang betul dia nak nangis.
Iols ada tengok bts Harris & Aurora gaduh depan pagar tu. Dlm bts abil siap ada lupa skrip .

Sinematografi cantik. Iols suka cara team ni tunjukkan keindahan ladang teh.
Nampak hijau & segar.

Setakat episod 1 ni cerita nampak pantas. Tak meleret.
Tapi cerita ni 100 episod. Harap iols tabah la tunggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 01:16 PM | Show all posts
credit to: malay tonton tube

SINOPSIS DENDAM AURORA
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca sinopsis mmg rasanya sanggup bertunggu tangga smpai 100 episod
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya ramai-ramai komen tred kat bod tv ni. Drama mcm ni mmg will be very soapy to stretch it up to 100 episod. Pastu akan ada byk sub plot yg berselirat. So setiap episod tu penting utk dptkan jawapan2 pd byk persoalan. Hehehe

Aku suka the premis n landscape drama ni, citer pasal business dan aktiviti ladang sayur dan teh di cameron highland. Selain drpd layan jalan ceritanya, kita pun boleh enjoy tgk shot yg cantik2...

Pengalaman iols tgk lara aishah yg dr pengarah n produksi yg sama dgn dendam aurora ni, iols yakin dgn skripnya best, watak2 nya kuat, insyaallah this will be binge worthy.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 03:59 PM | Show all posts
belum pernah lagi tengok drama panjangnya 100 episod ni.. lara aishah...2 3 episod celup-celup. Semalam gigih tgk 1st epi kul 12 malam tu.

Not bad.. not bad at all. harap2 berterusan ke 100 episod. UIA and nabila and the rest od the cast.. pls don't dissapoint us.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 05:49 PM | Show all posts
character posters from bambam studios.









Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nabila huda dalam.citer ni nampak tembam....
lepas kahwin, bam bam badan sheols...

& of coz, hero & heroin sangat best!

& semua pelakon pon mantap2....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols bakalan follow dendam aurora hingga ke 100 epi yach!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama kakak aurora maziah ke? Dgr aurora sebut nama nisa. Mgkin nisa adik badik dia juga. Biased betul nama heroin je cm unik rare gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam best...blm sempat nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya positif komen...sape yg dah tengok tu..komen2 le...nak tahu gak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Darajelita replied at 26-7-2017 01:47 PM
Semuanya positif komen...sape yg dah tengok tu..komen2 le...nak tahu gak ni...

So far utk 2 epi ni mmg best! I confirm akan hadap hingga 100 epi sebagaimana lara aishah dulu  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah tidur nti baru nk recap balik utk review
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
willow12 replied at 26-7-2017 03:48 PM
Bestnya ramai-ramai komen tred kat bod tv ni. Drama mcm ni mmg will be very soapy to stretch it up t ...


"So setiap episod tu penting utk dptkan jawapan2 pd byk persoalan..."

  Baru terfikir nak tengok 2-3 episod je seminggu. Terbayangkan jalan cerita meleret n slow ala-ala mexican telenevola.

Nway, antara dialog yang still teringat utk ep 2, dialog Harris, "Kau ni adab xda, kepala hotak pun xda."  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jap2..fezrul khan tu adik beradik jugak ke ngan haris n yg lain2 tu??
nama da ade rhyme da..haris,haikal,hakim..sori la tanya..aku tgk lompat2
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 26-7-2017 11:50 PM
jap2..fezrul khan tu adik beradik jugak ke ngan haris n yg lain2 tu??
nama da ade rhyme da..haris,h ...

Yup. Tu anak sulung Dato Hamzah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2017 07:55 AM | Show all posts
tak pernah ikuti drama 100 ep..
tapi sebab ada Abil,UI nak tgk arr

so far ceritanya padat dan kita excited nak tunggu ep seterusnya sebab banyak persoalan yg belum terungkai. kenapa Angela isteri kepada Polis tu dikatakan gila dan apa kaitan dgn hawa ibu pada aurora yang katanya merupakan kekasih pada dato' hamzah

hakim,haris,haikal dan hana sebagai adik beradik dah ok . cuma iols rasa kurang meyakinkan sebab nampak fezrul khan lagi muda dari UI. sdangkan dia abang. patut kasi kumis sket ke..
pandai jugak NIkki palikat berlakon jadi isteri gedik2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakefield replied at 26-7-2017 10:34 PM
"So setiap episod tu penting utk dptkan jawapan2 pd byk persoalan..."

   Baru terfikir nak  ...

Literally yes. Tp lagi best lah kalau ramai berporem kat sini... Kalau tertinggal episod, poremer lain blh tlg cover... Ahakssss...

Puas hati jahhhh dpt tgk ungku mael 5 kali seminggu..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 01:59 PM | Show all posts
buat masa ni 2 episod okay lagi..best jugak.. boleh layan dan banyak persoalan yg buat kita nk tengok next episode.

tp betul ke cerita ni 100 episod? sbb tengok kat kepala bergetar ada 28 episod je.. takut kalau panjang cerita ni jd xbest pulak..mcm memori cinta suraya n lara ecah..

tp overall for 2 episode ni okay la..bole layan n pelakon pun best
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Im in love with this drama.with the cast.terbaikla.haris 2 mrh2 pn nmpk die syg aurora.tp nape aku rs hakim n adik laki sorang lg 2 pn suka aurora gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.474482 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list