|
Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental mengamuk dengan menggunakan dua bilah parang panjang di rumahnya di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh, semalam.
Foto: BH Online
Memetik BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Abdul Rani Alias berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, ibu suspek, 56, turut berada di rumah itu.
"Bimbang dengan keselamatan diri, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Daerah Ipoh sebelum anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya.
Tambah Abdul Rani, anggota polis yang tiba di lokasi mendapati suspek, 36, sedang memegang parang sepanjang 70 sentimeter (cm) dan 72 cm di kedua-dua tangannya.
"Anggota polis cuba memujuk suspek untuk meletakkan senjata dipegangnya namun lelaki itu lari menuju ke Sungai Pari sambil diekori polis.
"olis mengambil masa kira-kira satu jam setengah memujuk dan berlaku sedikit pergelutan ketika cuba menahannya," katanya.
Suspek kemudiannya dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.
Tambah Abdul Rani, siasatan awal mendapati suspek sebelum ini terbabit tiga kes jenayah lampau iaitu satu kes jenayah dan dua kes dadah.
"Suspek pernah dua kali ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan dekat sini kerana masalah mental.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
X makan ubat penenang ke ni... 2x msk hospital dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan parang jolok buah sawit ni parang gangster sawit kepala orang ni teringat dulu naik kereta kat bonet ada chainsaw kapak cangkul parang, depan polis roadblock berhenti mesti kena mark. tawakal alhamdulillah lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mental bukan boleh bawak kira nasib keluarga minta bantuan polis segera |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la mental, pnjenayah plk tu. Buatnya tgh lakukn jnyah, dtg mental dia n bunuh org, jgn trlepas plk knonnya sbb mental. Baik mampos cepat2 makhluk ni |
|
|
|
|
|
|
|
apalah yang hendak di amukan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tak siuman bukan kira mak ke bapak ke adik beradik ke, habis semua kena penggal uuuu takut ! |
|
|
|
|
|
|
|
bisikan apa pula org tu dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah ahli keluarga kena baca thread sis bip |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kalau dah admit masuk hospital bahagia tu boleh keluar pula? Ingatkan pesakit mental ni akan stay dalam tu sampai bila2 mcm dlm movie.. |
|
|
|
|
|
|
|
pohon sister tidak mengamuk spt ini iya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi, panjangnya parang tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 12-7-2017 05:54 PM
Amboi, panjangnya parang tuh....
dah namanya pun parang panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 12-7-2017 05:19 PM
pohon sister tidak mengamuk spt ini iya....
Sis ngamuk ala intelectual u ol
Doktor pun nganga |
|
|
|
|
|
|
|
kakiselit replied at 12-7-2017 06:25 PM
dah namanya pun parang panjang
Hadooi..!tergelak aku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|