Dalam diam-diam, Nicki Minaj sebenarnya sudah lama memendam hasrat untuk mempunyai cahaya mata sendiri.
Walaupun mahu menjadi seorang ibu, namun Nicki masih belum ada calon untuk berkahwin.
Foto: IG Nicki Minaj
Penyelesaiannya, pelantun lagu Anaconda ini meminta pertolongan rakan baiknya yang dikenali sebagai Nas untuk menderma sperma kepadanya.
Sumber dari Hollywoodlife.com mengatakan, "Sudah tentu Nicki Minaj belum lagi hamil tapi dia memang mahu anak dengan cepat sementara masih muda.
Nas, Foto: Hollywoodlife.com
"Tapi mungkin dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Cuma dia tidak mahu perkara tersebut menghalang dia meneruskan impian untuk menjadi ibu.
"Baru-baru ini, Nicki berkesempatan memegang bayi rakannya dan sejak daripada itu dia rasa tidak sabar mendukung bayi sendiri."
Nicki Minaj hanya memikirkan Nas dan yakin bayi hasil dari gabungan mereka nanti pasti comel dan memiliki bakat yang besar. -CARI |