CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2638|Reply: 7

Kurus rupanya makan rambut sendiri

[Copy link]
Post time 18-7-2017 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Gumpulan yang berjaya dikeluarkan. - Foto SWNS - Bristol

DEHRADUN - INDIA. Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan dua kilogram (kg) gumpalan rambut dalam perut sorang remaja perempuan.

Ankasha Kumari, 16, makan rambutnya sendiri secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Ibu bapanya pada mulanya tidak mengetahui punca mengapa anaknya kehilangan berat badan lebih 12kg sehinggalah mereka mendapatkan rawatan untuk remaja itu.

Remaja itu hilang selera makan dan kerap muntah dan hasil imbasan X-ray mendapati gumpalan tersebut memenuhi 80 peratus perutnya.

Sekumpulan doktor yang diketuai Dr Abhay Kumar mengeluarkan gumpalan rambut berkenaan dalam satu pembedahan di Hospital Perubatan Doon di Dehradun, India.

Menurut Dr Abhay, gumpalan rambut berkenaan memenuhi 250ml ke 300ml ruang di dalam perut menyebabkan pesakit hilang selera makan.

"Pembedahan ini sangat mencabar kerana kami perlu mengeluarkan kesemua rambut itu sekaligus.

"Kami tidak boleh mengeluarkan satu persatu helaian rambut kerana ia akan memberikan komplikasi lain kepada pesakit," katanya dipetik Mirror.uk

Remaja berkenaan kini sedang mengalami proses pemulihan dan menurut bapanya, Satish Chandra, anaknya itu kelihatan lebih sihat dan gembira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh tetiba nak termuntah pulak tengok n baca artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:41 PM | Show all posts
da pandai makan rambut, x pandai muntahkan balik macam kucing ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 08:36 AM | Show all posts
s@s@ replied at 18-7-2017 04:41 PM
da pandai makan rambut, x pandai muntahkan balik macam kucing ke?

kenan kucing ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:31 AM | Show all posts
kembang tekak hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 01:55 PM | Show all posts
Errr..nak muntah tengok..

Patut la kucing aku selalu muntah2..hairball dia tu la ye..kesian anak bulus aku kat umah tu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2017 08:13 AM | Show all posts
ape rase makan rambut tu. aku sehelai rambut masuk mulut pon dah x selesa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 12:40 PM | Show all posts
nak muntah tgk rambut tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.201147 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list