CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 5

Pelancaran dan Penjualan Tiket : G-Dragon 2017 World Tour <ACT III M.O.T.T.E&

[Copy link]
Post time 21-7-2017 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by runaway_dida at 21-7-2017 12:14 AM

Annyeong Yeorobun especially to V.I.P Malaysia and V.I.P worldwide generally,

#MOTTEEINKL #VIPMY #GDRAGON

Ketua kumpulan Bigbang yang juga dikenali sebagai ikon fesyen, G-Dragon akan mengadakan konsert jelajah solonya G-Dragon 2017 World Tour <Act III, M.O.T.T.E> In Kuala Lumpur pada 17 September depan. Ini merupakan konsert solo kedua beliau di Malaysia selepas G-Dragon 2013 1st World Tour: One of a Kind in Malaysia.


Sedikit informasi mengenai G-Dragon:

Setelah 6 tahun menjadi pelatih di YG Entertainment, akhirnya G-Dragon bersama 4 lagi ahli BigBang (T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri) debut pada tahun 2006. Tiga tahun kemudian, G-Dragon memulakan aktiviti solo yang akhirnya membawa tuah kepada beliau apabila beliau berjaya merangkul pelbagai anugerah. G-Dragon yang juga dikenali sebagai idol yang berbakat telah menulis lebih 23 buah lagu hits termasuk lagu yang dinyanyikan oleh BigBang sendiri seperti Loser, Lies, Bang Bang Bang dan banyak lagi. EP pertama beliau (One Of A Kind, 2012)  telah memenangi Record of the Year di 22nd Seoul Music Awards dan telah berjaya mengatasi rekod terdahulu penjualan album terlaris  menerusi Heartbreaker.

G-Dragon juga adalah artis solo Korea pertama yang telah mengadakan konsert jelajah duniapada tahun 2013. Beliau juga dikenali sebagai ikon fesyen yang terkenal dengan  keunikan, menawan dan juga stailista. G-Dragon juga telah bekerjasama dengan beberapa pereka, malah menjadi duta jenama Chanel di Korea. G-Dragon juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti peragaan.


Konsert anjuran IME Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Merdeka bermula pada pukul 7.30 malam. Untuk konsert beliau kali ini, G-Dragon akan bekerjasama dengan Pengarah Kreatif tersohor,  Willo Perron bagi memastikan perjalanan konsertnya kelak berjalan lancar. Willo Perron yang memiliki pengalaman selama dua puluh tahun telahpun bekerjasama dengan beberapa artis terkenal seperti Rihanna, Kanye West, dan Drake. Selain Malaysia, G-Dragon juga akan mengadakan konsert yang sama di 29 bandar di Asia, Amerika Utara dan juga Eropah selepas kejayaan konsert pertama beliau di Seoul.

Tiket untuk menonton persembahan G-Dragon akan mula dijual pada 29 Julai ini di Pusat Beli-Belah Cheras Sunway Velocity, bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja dan anda berpeluang untuk memiliki sekeping poster (bilangan terhad).

#MOTTEEINKL #VIPMY #GDRAGON


Belian tiket atas talian juga mula dijual pada hari yang sama dengan melayari laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my). Manakala kaunter tiket terpilih akan mula menjual tiket berkenaan pada 31 Julai ni. Antara kaunter tiket terpilih yang boleh dikunjungi pembeli adalah di pusat Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin. Kaunter tiket turut dibuka pada warga Pahang dan Penang di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-92228811.

Harga Tiket :

  • Rock zone – RM690 (free standing)
  • I.P – RM710 (numbered seat)
  • Cat 1 – RM590 (numbered seat)
  • Cat 2 – RM490 (numbered seating)
  • Cat 3 – RM390 (numbered seating)
  • Cat 4 – RM298 (free seating)
  • Cat 5 – RM210 (free seating)
** Kesemua harga tiket termasuk 6% GST dan tidak termasuk RM4.00 bayaran pemprosesan.

Keistimewaan Peminat /V.I.P :

Peminat yang membeli  ROCK ZONE atau VIP ticket adalah berpeluang untuk memenangi sound check passes melalui tiket barcode yang akan dipilih secara cabutan bertuah.

Jadi, rancang awal jika anda tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan konsert G-Dragon.

Untuk informasi terkini, sila dapatkannya melalui IME Asia (Facebook), @IME_Asia (IG), @IMEProduction(Twitter), atau @IMEProductions (WeChat).



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Menangis tgk harga tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila ah harga tiket.. Boleh makan sebulan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 04:36 PM | Show all posts
i dah beli dh tix, hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 10:45 PM | Show all posts
awwww..see you soon ji yong!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 12:25 PM | Show all posts
konsert dia best gilaaaa!!!!!!!!!!!!!! anyone ada pegi konsert taeyang 15 oct ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.072392 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list