CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1130|Reply: 2

Kes Pembunuhan Kim Jong-nam: 2 Oktober Ini Perbicaraan Dimulakan!

  [Copy link]
Post time 28-7-2017 11:27 AM | Show all posts |Read mode
sumber : mStar



Kompleks Mahkamah Shah Alam sekali lagi menjadi tumpuan media tempatan dan asing pada hari ini.


Seawal pukul 6 pagi tadi, lebih 20 pengamal media tempatan dan asing berkumpul di situ bagi mengikuti kes sebutan semula pertuduhan dua suspek iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.


Memetik laporan Bernama, perbicaraan kes pembunuhan itu akan mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 2 Oktober ini selama 23 hari yang telah ditetapkan oleh Hakim Datuk Azmi Ariffin.


Dijangkakan perbicaraan akan berlangsung sehingga penghujung November.


Pada prosiding hari ini, Hakim Azmi memutuskan untuk tidak merekodkan sebarang pengakuan sebaliknya memaklumkan pengakuan daripada kedua-dua suspek tersebut yang hanya akan diambil pada hari pertama perbicaraan.


Pada 1 Mac lalu, Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas membunuh Jong-nam yang ketika itu menggunakan nama Kim Chol di Balai Berlepas KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.


Pertuduhan ke atas kedua-dua wanita terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai2 la handle high profile case ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jdi mcm kes althantuya.. didapati bersalah tapi motif dgn master mind nguyup kemana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062356 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list