CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mrs.smith

Koleksi kisah Mrs. Smith (real experience)

  [Copy link]
 Author| Post time 31-7-2017 04:59 PM | Show all posts
KISAH 3: KAWAN DIGANGGU SIHIR

Salam korang, so harini aku nak cerita pengalaman yang terjadi dkt kawan aku ni.Boring pulak nak cerita kisah yg jadi dkt aku sbb dah selalu cerita dkt kawan/family terdekat.Harini aku tukar angin sikit and story pasal kawan satu kolej waktu aku study di UiTM Merbok kedah circa 2009/2010 (sorry tak ingt exact time frame).

Kawan aku ni aku namakan dia Nona (bukan nama sebenar), dan tunang dia Saufi (nama sebenar ni sbb aku sakit hati perangai lahanat dia).Nona ni duduk selang 4 bilik dari bilik aku.Kitorg ni satu class dan agak rapat la dan selalu melepak cikcur dalam bilik.Nona ni selalu bercerita pasal tunang dia yg time tu tgh smbung belajar di UPSI.Awal2 bercerita yg romantik aje, lama kelamaan, hubungan diorg ni kira retak menanti belah.Nona ni mengadu yg Saufi ni panas baran orangnya, suka marah2 dan pernah naik tangan.Aku penah la tgk gmbar si Saufi ni, nmpk mcm normal dan alim gitu, tapi padahal sebaliknya.

Nona bgtau aku yg Saufi ni budak yg aktif silat, so mcm ada ilmu gitu.Ilmu baik mahupun yg tak baik.So oneday, Nona ni balik ke kolej from rumah nya di Perlis dan tak seceria selalu.Kalau tidak dia ni memg mulut pot pet pot pet aje.So setelah di CSI, rupa-rupanya dia gaduh besar dgn tunang nya dan katanya dia nekad nak putus tunang.Saufi tu dah cross the line, korang tau tak dia boleh berani lempang si Nona ni btol2 dkt depan bapak dan nenek si Nona ni!Kes apa aku pun dh lupa tp seingat aku kes tu tak la severe pun.How rude and nampak sgt bukan suami material si Saufi Jahanam ni.

Bila Nona ni nekad nak putus, Saufi ni lepas dapat balik otak waras dia tu bagi la kata pujuk rayu utk get back together, siap ugut ckp if nak putus jgk, pulangkan balik duit hantaran meminang!Nona discuss dgn abahnya (dia dah takde ibu), then diorg agreed, okay kita pulangkan aje duit tu semua.Ingatkan everything akn setel lepas tu, but then Saufi ni masih mendesak Nona ni utk terima dia balik, siap ugut akan hantar sihir pada Nona kalau masih reject cinta dia!And Nona start menderita lepas tu, dan aku saksi tgk betapa menderitanya Nona disebabkan sihir yg Saufi hantar.Lahabau punya Saufi!


Aku sambung nanti ye ada kerja sikit urgent pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I trauma dgn buaian
Apa2 jenis buaian lg2 yg jenis buat dri besi tu
Lg2 letak kt dinding2 dan jenis dah berkarat bunyik krekk keekkk
Takde angin xde ribut pun dia berhayun

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tngk la bumbung kat rumah arwah atuk i
Jenis ada yg lutsinar gitu kann
Malam2 slalu dga kucing lalu bunyi gedebak gedebukkk
Tp satu malam tu dga bnyi mcm beratt sngt
I speku kucing obes yg lalu ats bumbung
Tu pun kalau dia larat nk manjat untk ke bumbung
Time tu mmg x brani la tngk bmbung tu..
ada lagi sstu yg besar punya betul2 bwh katil kt salah satu bilik dlm umah ni tp skang dah tutuk dgn zink x lutsinar... cahaya bulan slalu masuk menerangi bilik.. i ni pulak jenis suka tido gelap2 so apa2 bayang boleh tersedar kalau bnde tu melintasi bumbung lutsinar tu.. i anggap kucing ja.. malas nk hadap bumbung tu walaupun mata gerak sikit je dah mmpk knn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 31-7-2017 03:59 PM
scarynya yg laptop berbunyi even takde bateri, dh mcm cerita omputeh tp yg tu selalu music box kan ...

Mmg scary gile.. sjak kjadian tu, meols cuba utk x beli benda yg ade bunyik2.. klu ade pun, xkn masuk dlm bilik tdo.. klu dolls ke apa ke, i restrict main kt play room saja.. cuma teddy bear jek bole bwk tdo..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 08:46 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 31-7-2017 10:09 AM
Iols penah nampak pontianak secara detail, so nampak perbezaan dia yg ponti iols tgk sblum ni sgt  ...

Oooo...ok. Mirip jugak pontianak kalau macam tu
Tq kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 10:40 PM | Show all posts
Edited by Mrs.smith at 31-7-2017 10:44 PM

KISAH 3: KAWAN DIGANGGU SIHIR (SAMBUNGAN)

Nona nekad nak putus jugak.Hati dia dah mati la kekdahnya after kes kena lempang oleh Saufi in front of ayah dan nenek dia tu.Sbb family nya pun dh bgi 100% sokongan utk putus.Memg takde masa depan dan bakalan jadi punching back je utk laki mcm tu.So selepas tu la Nona sering dikacau, sampai ke tahap paling teruk, terkena kayap!Aku tau kayap ni medical condition punya penyakit, tapi there is no explaination mcmana dia boleh terkena penyakit tu.Nona ni sgt la pembersih orangnya!Sgt2 pembersih, dan kayap tu start ada selepas mereka putus tunang.

Awalnya Nona rahsiakan.Cuma budak bilik dia je yg tau.Tapi lepas selalu MC, and boleh nampak yg dia tak sihat, bru la dia bgtau dan tunjuk dkt aku kayap dia.Waktu awal aku tgk tu kayap tu masih dalam suku je, masih tak besar sgt dan melarat teruk la.So aku memg simpati gila lah dan agak takut jgk berjangkit ke apa, but then Alhamdulillah takde siapa pun yg kene jangkitan ke apa.Menangis Nona masa tu, yela badan dia yg bebas parut tu boleh pulak tumbuh kayap, dan dia bgtau sgt la sakit dan sengal sampai ke dalam.Allah, beratnya dugaan dia.Belum lagi malu kalau org lain tahu nanti org tuduh pulak tak mandi or pengotor ke padahal dia ni sgt la pembersih orangnya.

Masalah kayap dia masih tak sembuh, waktu kitorg belajar sama2, memg sampai kesudah kayap dia still tak baik-baik, sampai dia tak sambung degree after grad mcm kami yang lain.Waktu awal permulaan kena kayap tu, dia ikhtiar macam-macam cara, sampai la berubat kampung.Selalu la dia balik ke perlis utk pergi berubat.So nak dijadikan cerita, satu hari tu dia macam biasa balik perlis hujung minggu (dia before sakit pun memg selalu balik tiap minggu).Dia macam tak sedap hati, so dia ajak la sorg member utk teman dia balik, dan dia balik ni pun memg utk tujuan berubat la.Diorg gerak from UiTM time tu dah malam , so dalam perjalanan, diorg cerita memg hati tak sedap sgt.Lagi satu paham2 ajela jalan keluar UiTM tu pun memg dh tersangkat angker, jalan ke Perlis aku tak pasti la pulak sbb tak pernah lagi sampai ke sana.Tgh bawak kereta, tiba-tiba diorg rasa ada benda hempap bumbung kereta!Bedebum!Kuat sampai terbrek la kekdahnya.

Dalam kereta tu dua2 perempuan, and dua2 pun bukan la jenis berani.Tapi nak tau jugak apa yg hempap tu, tapi belum keluar lagi Lia (kawan nona) baru nak jenguk, nampak dah rambut terurai dari atas.Allah menangis la diorg dalam kereta tu then terus tekan pedal minyak laju-laju.Sampai je dekat ada rumah yg berhampiran, diorg cepat-cepat berhenti and kluar mintak tlg.Apa yg diorg cerita, memg  nampak la yg benda tu terbang (ponti) bila diorg dh sampai dan berenti dkt rumah tu.Nona dan Lia dah tak mampu nak bawak kereta, kecoh la jgk time tu sbb orang yg tempat diorg tu pun kluar dari rumah dan bantu tenangkan diorg ni.So Nona amek keputusan utk call ayah dia utk pickup diorg, mujur la rumah nya dah tak jauh sgt.

Dia memg boleh agak angkara siapa.Takkan la kebetulan semua tu berlaku lepas mereka putus.Esoknya, Nona pergi la berubat, tapi aku tak pasti la dia pergi dgn bomoh ke or perawat Islam (sorry lupa), lepas tu org tu bgtau la yang ni semua angkara org tuju-tuju.Maksudnya kayap itu pun sebenanya dituju la gitu.Nona dah sakit hati sgt.Dia ni jenis org yg agak outspoken.So dia decide nak confront Saufi.Time tu Saufi masih di UPSI, so dia hanya call la dan korang tau tak, yg si Saufi ni memg secara terang-terangan mengaku yg memg dia yg hantar.Bukan nak rasa serba salah ke apa, siap mcm bongkak lagi.Dan hasil perawat tu punya Csi, dia ckp yg kayap tu kakak Saufi yg hantar.So kiranya mereka ni berteamwork la nak pedajal kawan aku.Mungkin sbb sakit hati majlis kahwin tak jadi la kot.Wallahualam.

So pergi la berubat apa yg patut.Tapi kayap tu masih teruk, siap makin merebak.Aku pernah tgk dan ya memg sgt teruk.Akhirnya pasal kayap member aku ni sampai lecturer pun tau.Nona sampai fikir yg dia boleh mati disebabkan kayap ni.Kesian Nona, disebabkan kayap tu, badan dia makin lama makin susut.Nampak sgt perbezaan badan dia.

Ada satu haritu, time tu aku dgn bestfriend and my kakak roomate tgh lepak dkt kawasan riadah dalam kolej which kolej aku ni memg tersusun secara petak, so bahagian tgh tu tempat sidai baju, ada court utk main badminton, dan ada kerusi batu2 tu.So masa kejadian tu, aku lepak di kerusi batu di penjuru kanan, while Nona, lia dan Rita  lepak di penjuru kiri.Kiranya jarak kitorg selang 4 tmpt penyidai baju tu.Tgh bergosip tu, tetiba aku nampak Nona macam terkejut dan menjerit sambil lari-lari sorg2, takde siapa kejar pun.So memg pelik la time tu.So kitorg yg jadi saksi kejadian waktu tu cepat-cepat la pergi dkt Nona and tanya what happen?Time tu Nona still menangis sambil ditenangkan member dia yang turut blur jgk.Kemudian perlahan-perlahan Nona ckp ada benda rambut pjg dan kuku pjg kejar dan cakar bahu dia.But seriously, waktu tgh lepak kat luar tu, takde siapa sorg pun yg nmpk benda yg dimaksudkan Nona, apa yg kitorg nmpk dia yg mcm org gila tetiba berlari sambil menjerit.

Disebabkan aku tau kisah Nona dan ex tunang dia ni, so senang la aku paham apa yg terjadi.Nona selak baju dia, and suprisingly memg ada kesan cakar dkt bahu.Aku sendiri nampak dgn mata kepala aku sendiri.So yg dia ckp ada benda kejar dan cakar bahu tu, memg aku percaya.Lepas tu Nona ni dia ambil cuti khas, dalam 2  bulan macam tu utk pergi berubat masalah kayap dan gangguan dia tu, time tu kitorg dah nk hujung-hujung sem dah.Dia bercuti tu pun takde bantahan dari management, mungkin sbb diorg sendiri tgk kayap dia tu kan plus ada medical report.

Time kitorg berpusu-pusu sambung belajar peringkat degree, dia dah tak nak sambung dah.Time tu kitorg masing-masing dah tak berjumpa, contact hanya melalui fb je, dan waktu aku sem 3 degree, dgr khabar yg dia dah kahwin.Masalah kena sihir dia tu pun aku dah tak pernah tanya samada dh sembuh atau belum, agaknya dah pulih la kot sampai dah boleh kahwin.Dan pasal ex tunang dia yg jahanam tu, xtau la apa yg jadi dgn dia skrg, tapi aku harap dia dapat la hukuman setimpal, InsyaAllah, kifarah itu pasti.

The End.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-7-2017 10:52 PM | Show all posts
WajibulGhunah replied at 31-7-2017 05:16 PM
Tngk la bumbung kat rumah arwah atuk i
Jenis ada yg lutsinar gitu kann
Malam2 slalu dga kucing lal ...

hihi.Nape tak tukar je dgn yg bukan lutsinar.Iols tahu bumbung tu yg mcmana sbb dkt garaj rumah mak iols pun ada yg dia letak lutsinar tu tpi idokla dalam rumah.Kalau tgh malam harus la scary entah apa yg merangkak or terbang dkt atas tu kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 10:54 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 31-7-2017 08:46 PM
Oooo...ok. Mirip jugak pontianak kalau macam tu
Tq kak

sama-sama dik .Aah yg kokosen punya tak serabai dan bersih sikit hantunya.Rambut pun lurus je tak gerbang mcm rebonding gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam shiyal eh si sopi dan kakak jembalang dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 09:39 AM | Show all posts
coyote_ugly0911 replied at 31-7-2017 03:45 PM
I plk jnis mesti tdo dlm keadaan yg sunyi... lmpu bilik air on sbb takut gelap.. there's one time  ...
Uhh.... scarynya citer ko... Motip tul berbunyi tiba2.. tingat citer patung chucky yg tiba2 leh bercakap.. tuan dia yg beli tue belek2 tgok tak ada bateri pun...huhu...


Tukar2 channel tue tk penah lagi la haku terkena..maybe sebab haku tak pasang Astro kat umah kot..haha..So diorang rasa mcm tak ada yang menarik la.. haha..haku tak pasang astro pun sbab siaran tv Singapore mmg dapat kat area umah haku....tue pun tak tertengok pun sbab haku dok men game ja n layan movie kat lappy... apo pun Channel 5 memang win la sebab Jumaat-Ahad.. dok tayang movie best2.. Cuma haku tak berkenan cerita hari Sabtu, jam 10 malam tue.. Incredible Tales... Citer2 seram dari seluruh pelusuk Asia gitu.. https://video.toggle.sg/en/video/series/incredible-tales-s8/ep1/491430  Hampeh seram tul..Momod MPS pun masih lagi manusia biasa gitu.. Takderlah secekal dan setabah mana pun.. Hahaha..


Tapii... pernah gak terjadi masa haku dok kemaruk tido depan tv tue... Haku bukak TV3 masa tue.. terlelap la.. tup2 terjaga pukul 3 pagi.. tgok2 kat TV3 masa tue, cerita ulangan detik 12 malam.. kan program tue citer pasal hantu2 dan mistik.. Ehhh... motipppp... seram sejuk dah haku aa.. tapi always think positive..sambung tido lik   
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 10:31 AM | Show all posts
rumah aku dah pasang rukyah pun selamba kebal main tarik perabot, ketuk2 dinding tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:49 PM | Show all posts
bestnye cite ko.
aku menunggu utk next cite.
x la tersiksa jiwa raga aku tunggu cite sambung2. haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by coyote_ugly0911 at 1-8-2017 01:59 PM
BabeYSHa replied at 1-8-2017 09:39 AM
Uhh.... scarynya citer ko... Motip tul berbunyi tiba2.. tingat citer patung chucky yg tiba2 leh ber ...


Untunglaaa dpt smbung tdo balk.. i am insomniac.. sgt2 susah nk dpt tdo.. kdg2 dlm sminggu, shari dua jek dpt tdo.. tu pun sbb mkn ubt.. mana nk larat klu asik x tdo.. nk drive, nk anta ank2 g skool, nk keje n all.. tp sbb kn my prob nih laa yg i mcm ade six sense.. i can feel sumthing is not right.. kdg2 tu kt tmpt mkn ke hotel ke, i nih mmg sllu baca ayt kursi, nnti akn tba2 ade angin kuat sgt kne muka i.. n after that ank2 akn start nanges.. haiiiissshhh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:12 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 30-7-2017 11:14 PM
KISAH 2: "JU ON" DI AUSTRALIA

Kali ni aku nak bercerita pasal hantu kokosen pulak, utk aku yang s ...

dolu aku duk sorang kt apartment kt Sydney selama beberapa bulan sbb kerja.

nasib baik ler sepanjang tu aku takde baca cerita seram kt forum

tapi ada masa-masa memang tak dapat tidur. ada rasa yg pelik2 tapi alhamdulillah takde penampakan atau gangguan.

tempat tu sunyi, malam je macam takde orang padahal apartment berpuluh tingkat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 03:43 PM | Show all posts
seramnya kisah tt... n kesian pada kawan tt yg kena pedajal dgn ex tunang dia... Alhamdulillah kawen dah dia... nak share pengalaman yg xseberapa yg terjadi beberapa bulan lepas (xingat).

Masa tu aku kena outstation berdua dgn kawanku di dalam sebuah tempat di Melaka. Memandangkan company policy sekarang, memana tempat yg sediakan guesthouse, kita tak boleh bermalam di hotel kecuali bayar sendiri dulu. Biasalah nak cut cost. Kawan aku yg sorang ni dah pernah duduk dalam guesthouse ni dan ada jugak le terkena kejadian angker di tempat ni... so dia sgt2 berdoa supaya xdapatlah rumah no. 1 ni.... kat tempat tu mmg ada 2 buah guesthouse. No. 1 dan No. 2.  Bila jumpa staff yg uruskan check in tu, tadaaa... dia bagi kunci rumah No. 1. Kawan aku ni dah buat muka panik. Bila aku cakap kalo xsuka tukarlah dgn rumah no. 2, dia kata xpelah... sama je....aku dah macam   . Aku first time datang sini tapi mmg aku pernah dgr dari senior2 yg lain kejadian aneh dalam rumah ni. Tapi dorang kata tak teruk pun... so aku oklah sebab kitorang stay 2 hari 1 malam je.

Urband legend rumah ni, kalo terdetik dalam hati kita nak buat ape, benda tu dah terbuat dulu.. contoh, panasnya hari ni, nak bukak kipaslah... belum sempat bangun nak bukak, kipas dah terbuka dgn sendirinya. Ada boss aku per nah kena. Dia rasa nak minum air panas. Baru nak melangkah ke dapur masak air, tetibe air panas dah masak dah dalam kettle. tapi aku xdelah percaya bulat2...sbb xde sapa yg tau detik hati kita kecuali Allah. so mungkin dah exaggerate la tu...kalau dia sebut dan jadi tu mungkinlah. tapi tak dapat dinafikan yg rumah tu mmg ada feel seram even nampak rumah cam rumah biasa je.

Rumah ada 4 bilik, kami occupy 1 bilik twin sharing. Bilik air kat luar bilik. kalau bukak pintu bilik boleh nampak terus ruang dapur dan pintu dapur. Pintu dapur ni grill di dalam rumah dan pintu diluar. Setakat ni semua nampak normal dan ok. Bhagian dapur ada pinggan dan kettle yg ditutup dgn kain putih. tak nak bagi habuk kot. Tu ok lagi. Yang tak bestnya bila dkt ruang tamu tu ada radio lama... Dah kenapa? Bilik air dia pulak luas dgn cermin muka yg tinggal bingkai je tergantung atas sinki!!! Dah tinggal bingkai apasal tak buang sekali????  lagilah menambah keseraman rumah ni.

1st aku masuk rumah ni, benda yg aku buat adalah aku pasang suis lampu dan kipas kat ruang tamu. suis kipas lampu kat ruang dapur aku biar tertutup. kemudian kitorg terus pergi ke bilik dan berkemas apa yg patut..kawan aku ni baring meniarap sambil tgk fon. dari katil dia leh nampak trus ruang dapur. bila dia toleh kedepan, suara dia panik panggil aku.dia tanya, sapa yg bukak pintu dapur? ermm....dah tentulah bukan aku... aku ckp angin kot... nak sedapkan hati memasing so xnak pikir lebih. xsampai sejam lagi ada kat sini. so kawan aku ni g la tutup pintu dapur yg menghadap ke kebun tu...

Aku keluar dari bilik air. berdepan dgn bilik air, betul2 terletak radio lama kat area ruang tamu. memang tiap kali keluar bilik air, kitorg mmg akan terpandang kat radio tu. aku dalam hati, tlglah jgn kau bunyi...tlglah jangan berbunyi...  Lepas bersiap aku join kawan aku tgk tv. Masa ni aku dah nampak kipas kat ruang dapur terbuka...so aku biarkan jelah... bila kitorg nak keluar makan malam, aku perasan lampu luar rumah menyala..bila pulak kawan aku ni keluar nyalakan lampu...aku tanya dia bila ko pasang lampu luar ni sbb bila kita cek in tu baru kul 4... Kawan aku pun cakap, "Aku xde sentuh apa2 suis sama ada dkt dalam atau luar rumah". Apelagi senyaplah aku...Cecepat kitorg masuk dalam kereta dan kami keluar makan sambil bercerita hal tadi...Malam tu tidur takde ape yg jadi.Kalo ada pn xtau sbb aku ngantuk sgt..  Esok pagi sebelum check out aku pun cek sekitar rumah, aku tutup suis kipas lampu ruang tamu dan dapur. Dan ketiga2 bilik air suis lampu dan suis air panasnya juga menyala.. Aku tutupkan... kawan aku tgkkan je aku...dan kitorang pun keluar dari rumah tu...

Sebaik je keluar tu kawan aku tanya, kenapa pergi kat area bilik and bilik air hujung sana? Aku cakaplah sbb suis lampu terbuka. aku tutupkan lah.. member aku ni tepuk dahi. kita kan berdua je dalam rumah tu, dan aku tau bkn aku dan ko yg bukak... lainkali biarkan je... aku cam... oooo bkn ko ke yg bukak? dia berkali ckp kat aku yg dia xusik pn segala suis kat rumah ni. cuma aku je yg bukak. Tapi seingat aku, aku cuma bukak suis lampu, kipas ruang tamu, lampu bilik dan  lampu bilik air yg kitorang guna je... yg lain tu, sapa yg bukak????

Alhamdulillah kitorg tak kena yg teruk...kawan aku cakap introduction dia kali ni lite2 je sebab mungkin aku ada..huhuhu... sbb dia kena lagi scary....tapi eloklah lite2 gitu je dan kalo xde gangguan tu lagi bagus..... Maaf tt sbb panjang tapi xseram...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2017 04:13 PM | Show all posts
Iols tgh menaip cerita baru dah nak habis dah dan kemudian tertekan button apa ntah dkt keyboard terus hilang.Stressnya!!!Mcmana nk retrieve balik or memg dah tak boleh.Spoil betul la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2017 04:24 PM | Show all posts
Edited by Mrs.smith at 1-8-2017 05:17 PM
ms.mango replied at 1-8-2017 03:43 PM
seramnya kisah tt... n kesian pada kawan tt yg kena pedajal dgn ex tunang dia... Alhamdulillah kawen ...

Wahh lain mcm hantunya siap tlg masakkan air, cuba nanti korg stay sana niat lapar nak ada makanan ke, tgk dia masakkan tak.Cuma masakan tu jgn merupakan ulat yg kelihatan mcm mee goreng yg menyelerakan je la .
Btw sorry semua cerita baru mungkin akn up lewat sikit hati masih kecewa takde mood dah nak menaip lepas dah menaip pjg2 and cerita dah nak abes boleh hilang pulak



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 1-8-2017 08:24 AM
Wahh lain mcm hantunya siap tlg masakkan air, cuba nanti korg stay sana niat lapar nak ada makanan ...

Ahahhaaha...  Setakat ni xde lagilah niat nak makan.. Dia tlg masakkan air pn da cukup takut..tu belum lagi penampakan encik bunjut kat luar rumah tu.. Kawan kena sampai dia ikut masuk bilik..next time i sanggup bayar hotel sdiri dr duk dalam tu.. Huhuhu...

Ok.. Menunggu cerita tt yg seterusnya.. Kalo jd cmtu xtau lah.. Rasanya xleh retrieve...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2017 05:19 PM | Show all posts
duri_durians replied at 1-8-2017 02:12 PM
dolu aku duk sorang kt apartment kt Sydney selama beberapa bulan sbb kerja.

nasib baik ler sepa ...

duduk sorang2 seramnya.Tapi tulah selalu kalau kita mcm rasa tu memg ada la, cuma dia nampakkan diri atau tak je kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 01:30 PM | Show all posts

Salam, setelah puas meroyan dek kerana post yg dh tulis nak siap tapi hilang, harini disebabkan cuaca sejuk so I'm back on writing mode.So here is my 4th Story guys.

KISAH 4:MISTERI RUMAH SEWA

As an introduction, sebelum aku go through peristiwa dalam rumah sewa ni, aku cerita kan la sikit tentang diri aku which ada relate dgn story dalam rumah sewa ni.Aku ni berkahwin muda, 22 tahun dah kahwin and time tu aku masih lagi belajar dkt UiTM Shah Alam.Berkahwin dgn suami aku yg 3 tahun lebih tua.So nak dijadikan cerita, aku bunting pelamin (bukan edisi calculator), so rezeki Allah bgi, aku terima je la eventho masa tu agak berat la sbb memikirkan nak study lagi then nanti due date nk dkt final exam final year lagi!But then, what to do, nasik dh jadi bubur time menyedap tak ingt

So finally 2 minggu sebelum final exam utk aku punya final year, selamat lah bersalin.Jadi after 2 minggu spend time dgn baby, terpaksa aku balik ke Shah Alam utk amek exam lah.Fuh time tu cabaran dia bygkan dgn badan masih lemah, nak kena study lagi dan panjat tangga nk pegi menjawab exam, tapi somehow Allah bgi kekuatan, cuma cabaran paling sukar is rindukan anak la.Tiap-tiap hari menangis mengenangkan anak dkt kg (mak jaga buat sementara waktu).So aku tak pasti la sbb aku terpantang dgn betul menyebabkan aku mengalami episod royanan di rumah sewa yg aku akn cerita kan nanti or memg disebabkan jin laknatullah.Korang nilaikan la sendiri ye?

Alhamdulillah dgn izin Allah aku lepas semua dan dapat pointer yg agak bagus even kalau dipikirkan mcm tak logik sbb aku tinggal kelas dalam sebulan lebih (mintak cuti khas awal sbb takut terbersalin dkt kolej) dan tgh berpantang baru pulun dok baca nota, but hati aku kuat mengatakan ni semua kerja Allah, aku dapat rasa Allah memg bantu aku.Jadi bermula la episode aku as fulltime housewife dan ibu.Awal-awal tu happy sgt dan first thing yg kitorg nak buat is find our own place (rumah sewa) sementara menunggu rumah yg kitorg beli siap.

Excited sgt waktu awal2 nak mencari rumah tu and finally kitorg memilih satu lokasi ni terletak di Johor tpi kawasan dia tak perlu la aku bgtau kang marah org kat situ bila aku dok cerita pasal momok disitu (hint: berdekatan highway yg selalu ada kes accident maut, paling latest accident bas).Sampai dkt satu perumahan yg baru, tgk kawasan tu ada la dalam 7-8 buah rumah dah berpenghuni.Waktu tu aku mcm sgt jatuh hati dgn rumah tu, semacam ada tarikan gitu especially on bahagian tangga dia which is ala-ala modern.Rumah tu merupakan rumah teres 2 tingkat.So tanpa membuang masa, husband pun start contact tuan rumah tu and suprisingly sewa nya sgt berpatutan.Agak terkejut la pada awalnya sbb kitorg expect sewa nya a lot more pricey.Then tanpa buang masa terus setuju and deal on the same day jugak!

Hari yg ditunggu dah tiba, it's moving day (sebelum ni kitorg stay rumah mother in law).Bukan main seronok dan excited time tu, rasa mcm dh grown up sgt tanpa aku tau yg rumah tu sgt la berpuaka.

Sambungan sekejap lagi, post dulu takut jadi macam semalam ada kerja sikit.Nanti sekejap lagi aku sambung ye jgn mare
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.592956 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list