"Saya harap dia tengok posting tu."
Penyampai radio Suria, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz berkata sedemikian ketika mengakui lirik video lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Datuk Jamal Abdillah yang dimuatnaik di akaun Instagramnya pada Ahad ditujukan kepada seseorang.
Memetik mStar Online, dah lama Zulin, 28, menutup mulut mengenai sikap individu terbabit yang berpura-pura baik di hadapan tetapi tikam di belakang.
"Tiada niat lain selain saya mahu individu tersebut terasa dengan perbuatannya yang pada saya sangat hipokrit. Saya harap dia tengok posting tu.
"Apa-apa pun, status tersebut juga boleh bersifat umum kerana saya percaya bukan saya seorang melalui situasi kawan sendiri tikam belakang," katanya kepada mStar Online.
Lirik video berdurasi 52 saat itu disertakan kapsyen menunjukkan dirinya sudah memaafkan insan tersebut.
"Jika pernah kau menfitnah, sengaja menyakitkan hati, melaga-lagakan kami, busuk hati, fikiran kotor, hasad dengki. Aku sudah maafkan kamu," tulisnya.
Zulin bagaimanapun menegaskan, individu yang dimaksudkan itu bukanlah daripada kalangan teman sekerjanya di Suria FM.
"Saya tidak mahu ulas secara peribadi siapa yang saya maksudkan.
Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas," katanya kecewa.
Foto: IG Zulin Aziz
Ha, siapalah agaknya yang buat Zulin sakit hati ni? - CARI |