Susulan baru-baru ini tular di media sosial berhubung sebuah video yang menyaksikan kejadian sekumpulan lelaki bertindak membelasah seorang lelaki yang didakwa cuba mengambil telefon bimbit milik pekerja Pasar Besar Kota Kinabalu.
Mangsa itu dipercayai kurang siuman sedang dijejaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, ketua polis daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu di hadapan bangunan KK Plaza di Kota Kinabalu.
Difahamkan, mangsa terbabit dibelasah oleh beberapa lelaki sehingga mengalami cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan batang besi sebelum melarikan diri.
“Mangsa pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting."
Tambah ACP M Chandra, laporan polis sudah diterima dan siasatan masih diteruskan.
Orang awam dinasihat agar tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang, tegas ketua polis daerah Kota Kinabalu itu.- CARI
Post time 31-7-2017 06:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sian. Kadang bkn dia tau benda tu salah or x. Dah nama x siuman. Yg sihat akal fikiran tu xbleh pk waras
Tringat berita sorg oku (mental kot) ditinggalkan kawan kt highway, blik umah jalan kaki mengamuk2 la org tu kt kawan dia guna senjata. Penghabisan kena tembak mati bkn kat kaki ok. Cukup adil dan saksama kan
selain indon, india, bangladesh, pakistan dan negara dunia ketiga lainnya yang masih kurang bertamadun, malaysia juga termasuk negara yang memukul dan membelasah org secara berkumpulan sesuka hati di atas jalan raya dan di tepi2 kaki lima.....