|
sumber : http://img.astroawani.com
Berikutan banyak laporan diterima daripada orang awam berhubung terdapat segelintir penumpang berkelakuan tidak berhemah semasa menaiki tren MRT.
Justeru pelbagai langkah diambil oleh Rapid KL yang mengendalikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).
Sebelum ini, Rapid KL telah memaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu bahawa rakaman akan dilakukan ke atas sesiapa yang berkelakuan tidak berhemah ketika menaiki tren MRT.
Terbaru, memetik laporan Astro Awani, Rapid KL memuat naik dua foto patung seram Anabelle yang sedang berada di dalam tren serta stesen MRT, Rapid KL menyeru agar pengguna tren MRT lebih berhemah ketika menggunakan perkhidmatan awam tersebut.
“Dear valued customers, lately we've been receiving surprise visits from Annabelle. Mind your manners while you're on our trains or.... She will haunt you FOREVER. #annabelleisnear #citizenwithmannerswanted #forabetterfuture,” tulis laman Facebook Rapid KL.
Cara santai dan menghiburkan itu disambut baik netizen dan rata-ratanya memuji tindakan pengendali laman Facebook Rapid KL.
“Danise Liew: I decide to like this page due to the funny admin, salary increment for admin please Rapid KL.”
“Thahirah Jamaludin: Whoever is handling the Rapid KL social media platform, he / she deserves a raise.”
“Ima Sofieya: I think I really fall in love with you admin. Laki ka perempuan masalahnya ni?”
“Nor Fauziah: Admin, kita tak naik lagi MRT, tapi all your FB postings make me tak sabar nak naik MRT.”
“Azura Ali: Caya lar Rapid KL! Ayat power, lepas tu rajin melayan komen. Cer kalau page corporate lain, jangankan nak reply complain, komen apetah lagikkk. Good job! Hati akak mudah terhibur. Korang yang balik lewat malam tu, jangan buat-buat tekejuttt bila jumpa Annabella plak naaa.”
Sehingga kini, entri itu mendapat hampir 3,461 komen serta lebih 8,474 perkongsian di laman Facebook semenjak dimuat naik pada petang kelmarin.- CARI
|
|