CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAMS

Saya Rasa Seperti Dianiaya Dan Disabotaj - Shaheizy Sam

  [Copy link]
Post time 14-8-2017 12:02 AM | Show all posts
LHDN pertahan siar notis bankrap Shaheizy Sam
Read more at https://www.malaysiakini.com/hiburan/391527#AKhqGQ0klO2iT16k.99


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

“Penyampaian ganti telah dimasukkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 7 Ogos lalu. Penyampaian ganti bermaksud LHDN sudah mengikuti prosedur dan peroleh kelulusan mahkamah.

“Saya tiada penjelasan lain, cuma hendak maklumkan segala prosedur pemungutan LHDN telah dijalankan dengan sempurna dan teratur,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Masrun diminta mengulas laporan media berhubung satu notis kebankrapan yang dikeluarkan LHDN terhadap pelakon Polis Evo itu.

Notis kebrankapan itu dikeluarkan terhadap Shaheizy melalui perintah mahkamah oleh kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.

Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media mengakui tidak tahu menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Pada masa sama, katanya dia belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini.

Menurut Masrun pula, LHDN tidak akan sesekali menyiarkan iklan berhubung kebrankapan tanpa maklumat terperinci.

“LHDN tidak akan mengeluarkan mana-mana notis dalam akhbar tanpa bukti asas yang kukuh.

“Dan apabila notis dikeluarkan bermakna semua tindakan pemungutan telah dilakukan dan ia dikeluarkan atas kebenaran mahkamah,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Masrun menasihatkan orang ramai agar melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat negara ini bagi mengelakkan pengisytiharan bankrap

“Kami nasihatkan mana-mana pembayar cukai selesaikan urusan percukaian mereka dan jangan sampai berlaku keadaan seperti ini.
“Bagi kes spesifik cukai seperti yang dimaksudkan, sila berhubung dengan cawangan Wangsa Maju untuk sebarang maklumat lanjut,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/hiburan/391527#AKhqGQ0klO2iT16k.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 12:03 AM | Show all posts
ai tempek news jah . x mampu komen , x pnh bayaq cukai  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nak cover malu keluar la macam macam alasan bodoh.. ko pikir ko sorang je manusia or artis yang kena notis bankrupt? macam special benar jah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sejak samdawan ni kahwin gn tilla aku (ah meyampah gtuhh...yela tilla kan pompan last ao sauk ajelaa..ala2 pizz perus trpksa kahwin almy nadia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sgt dia ni mmg bermasalah dlm bab bayar cukai sampaikan lhdn kne dtg rumah dia banyak kali!!! :curse
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 01:24 AM | Show all posts
Aweera MOJO dulu pun pernah ada keluar notis kebankrapan kt suratkhabar tp xdelah smpai menegakkan benang yg basah mcm sam ni.

Mungkinlah jugak lhdn ada target sape2 yg dia nk. Agen lhdn pun boleh dpt komisen. Lain kali tayang rumah mcm reban ayam kt media sosial. Holiday kt homestay dekat dgn rumah je. Pakai handbag Charles & Keith. Barulah tak nmpk kaya sgt.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2017 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ipar terus la besar kepala persoal itu ini. Terus direct masuk office la sembang. Settle. Panggil wartawan baru cita so on
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 01:27 AM | Show all posts
mm LHDN memang aggresive- super aggresive sekarang, tak tau apa motifnya, aku pun tgh agak marah nie

Feb 2017- aku terima surat dari LHDN mintak kemukakan segala resit bagai untuk tahun 2015- which  nasib baik aku ada, so pergilah aku mengadap dia orang,  so case close walaupun banyak dia tanya pasal benda nie

May 2017- selepas sebulan buat e-filing, aku tertunggu tunggu bila nak dapat balik excess payment dari lhdn tetiba aku dapat surat kena bayar lagi- mmmmm well dekat 20 tahun aku kerja x pernag aku kena tambah bayar, so pergi lagi sekalilah aku kesana, jumpa kerani tu, kerani tu check aku punya ea form, rekod e-filing aku etc dan dia cakap aku salah declare- patutnya pendapatan dikecualikan cukai aku x perlu declare so in the end, aku still dapat payment dari lhdn walaupun jumlahnya separuh dari yang patut aku dapat, kerani tu sound, duit nie akan lambat dapat which aku x kisah, janji jangan aku kena tambah bayar.

3 August 2017- aku dapat email dari LHDN katakan aku kena potong gaji bulanan aku which starts from July- take note mail in august and potongan dah start in july (mmm aku memang x pernah check payslip) dan bayaran aku kena bayar tu sama dengan apa yang surat aku terima in may itu

esok nak ke sana lagi - tanya penjelasan pasal benda nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 01:31 AM | Show all posts
Mungkin dialog antara sam dengan zizie, "Kak zizie, boleh tak nk minta tlg abg bung settle ni. Takkan dia xde duit sebanyak tu." Ni aku speku je.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dear sam,
Kejar tax agent anda
Byr la instalment itu

Dear sam's tax agent,
Mohon sekolahkn klien anda
Dia degil? Cr klien lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya bukan penjenayah nak larikan diri. Membayar cukai menjadi tanggungjawab saya, malah ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj"     sapa la nk sabotaj sam oiiii. Byk lg keja leh bt la
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 14-8-2017 12:01 AM
'Dah di rumah, kenapa tak bagitau?'https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/252907/dah-di-rumah-kenap ...

dia ingat dia kena sepina ke lhdn agaknya
org lhdn tu datang rumah bukan utk sepina ko supaya pergi ke lhdn atau court, tapi mereka nak serahkan notis tunggakan cukai yg perlu ko settlekan
bila dah serah surat tu kat empunya diri, buat apa lg lhdn nak hubungi ko?
they are not after you, but your money!
bila duit yg mereka dambakan tu tak kunjung tiba, they will resort to next step i.e put notice in local newspaper
and all you have to do once you've received the letter is, bayarlah berapa tunggakan cukai tu or if ko tak pueh hati, pi lah lhdn sana bincang and dapatkan pencerahan
jangan buat dono & buat bodo jek mcm negara ni ko yang punya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 02:50 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 14-8-2017 02:57 AM

Benda macam ni boleh agak jelah. LHDN dok perati je Instagram dia ni kot. Kolaborasi bisnes siap tunjuk stok tahap satu kontena. Duta sana sini. Nak tunggu isytihar harta memang tak lah kan. So LHDN agak-agak n suruh bayar dulu. Tak puas hati, sila isytihar pendapatan semasa & boleh dapat amaun baru. Kalau terlebih bayar, boleh claim balik per.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully lofake ke amerika tu bukan sebab nak elak notis lhdn ye. Ingat kan jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai
Terasa diri dolandtrump
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 06:44 AM | Show all posts
mesti pekerja LHDN yg kecewa kerana sam kawin dgn si stella (tak tau betoi tak nama binik sam)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 07:46 AM | Show all posts
ingat lhdn boleh sesuka hati ke keluarkan notis tu kt paper..dh confirm2 kena dapatkan perintah mahkamah dlu..klo dh masuk peringkat mahkamah, mana leh main suka2 hati... semua ikot prosedur n SOP yg btol.. si sam ni je mmg jenis liat n degil..bila nama dh kuar paper baru pandai dtg lhdn nk bg kerjasama
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 08:15 AM | Show all posts
kemaik ko dik, kata lhdn nak aniaya ko ya, kalau tak betul dah kira ko firnah lhdn elok2 ko nak saman depa, depa saman ko balik dik
ko igt lhdn takde sop ke? celik2 mata staff lhdn tu terus cari org "berpengaruh" mcm ko siarkan notis kebankrapan dlm sokabar sbb nak sedarkan masyarakat? *puiiiii
ada prosedur/SOP dik sebelum notis kebankrapan tu masuk sokabar, pjg jalannya sebelum nama ko terpampang kat sokabar tu
ramai dah ckp psl SOP ni, so ko hadamkanlah dik, kita ni kalau tatau kita belajar, jgn tunjukkan lg ketidakcerdikan kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn memain ngan LHDN wey... bayar ajela cukai tu. x yah argue dah diorg ikut SOP aje. samala PTPTN pun. tak bayar sangkutla korg kat airport nanges.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 08:53 AM | Show all posts
redapple10 replied at 13-8-2017 02:11 PM
Bayr je la.. pastu ko saman lhdn.. biar diaorg ternganga

btl tu, kalau ko x salah, tegakkan kebenaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094803 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list