View: 6562|Reply: 26
|
Einstein Junior! Kanak-kanak Ini Alami Sindrom Rambut Menggerbang
[Copy link]
|
|
Pernah tak anda merasakan seksanya apabila rambut kusut dan tidak dapat disikat? Mesti stres kan?
Begitulah keadaan dialami seorang kanak-kanak berusia 7 tahun apabila dilahirkan dengan sindrom rambut kusut dan menggerbang.
Rambut Shilah Yin mula mengalami perubahan ketika berusia 3 bulan apabila ibu bapanya menyedari rambutnya mula tumbuh kemerahan sebelum menjadi perang keseluruhannya, lapor Oddity Central.
Kanak-kanak dari Melbourne, Australia berkenaan menyedari keadaan rambutnya apabila berusia 4 tahun selepas rambutnya yang unik itu mendapat perhatian daripada orang ramai termasuk rakan sebaya.
Menurut ibunya, Celeste Calvert-Yin, Shilah mula suka dengan rambut uniknya itu selepas menerima sokongan positif daripada keluarga dan rakan-rakan.
"Dia sering menyamakan dirinya dengan unikorn yang disifatkannya istimewa dan unik seperti dirinya," katanya kepada TODAY.
Rambutnya yang menggerbang itu susah diurus sehingga ibunya terpaksa menyemburnya dengan sejenis semburan setiap pagi untuk memudahkannya disikat. Itupun akan mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit.
Menurut Institut Kesihatan Negara, sindrom itu kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak yang berambut pucat atau keperangan dan dipercayai merupakan penyakit genetik.Sehingga kini, tiada penawar ditemui.
Tetapi difahamkan, tekstur rambut akan menjadi semakin mudah diurus apabila kanak-kanak membesar dan berkemungkinan kembali kepada keadaan asal dan sembuh sepenuhnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 ok lah rambut camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh mcm profesor gaya rambut mcm tu dik |
|
|
|
|
|
|
|
dh mcm profesor gaya rambut mcm tu dik |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 ni nampak comey.. takpe la dik.. dah besar kalau maintain sama je rambut tu buat dreadlocks je |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak sindrom gini...cicak jatuh atas rambut tu boleh mati gamaknya.
mujur muka budak ni comel |
|
|
|
|
|
|
|
Comel jer kecik2 ni besar kekgi mcm mno la |
|
|
|
|
|
|
|
Ok apa. Rbut negro lg teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
Comel la.. dh bsr nnt pandai2 la ikat rmbt ir cover ngan beanie |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya..unik betul.da macam professor pun ada..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh le buat rebonding geng afrika ramai je buat lurus je rambut memasing lepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Comel je rambut camni. Lebat plak tu {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
mata aku nampak budak ni comey |
|
|
|
|
|
|
|
Comel je |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba da besar rambut camtu..
tak ke haru biru kena bahan dengan org. |
|
|
|
|
|
|
|
In 10 yrs when she have to go for her prom nights, agak style apa dia buat |
|
|
|
|
|
|
| |
|