View: 1606|Reply: 29
|
[Tempatan]
Petaling Jaya Selatan, area parti politik dapatkan anak muda upah RM50 demi demo
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Sebuah kawasan kejiranan di Selangor yang dihuni penduduk yang rata-rata berpendapatan kecil dan sederhana merupakan antara “sumber manusia” bagi pelbagai aktiviti politik, dan mungkin juga menyertai perhimpunan bertujuan menimbulkan kekecohan, menurut tinjauan FMT.
Taman Lindungan Jaya yang terletak di Petaling Jaya Selatan sarat dengan rumah teres dan rumah pangsa kos rendah, dan pemandangan anak muda dan remaja berpeleseran sesuatu yang biasa di sini.
Pengunjung ke sini mungkin tidak sukar mengaitkan kawasan ini dengan ekonomi sempit dan masalah sosial. Di sinilah juga antara kawasan yang terkesan daripada pergaduhan berbaur perkauman hampir 2 dekad lalu selepas salah faham melibatkan tuan rumah sebuah majlis perkahwinan dan sebuah keluarga yang menguruskan jenazah.
Walaupun pergaduhan seumpama itu kini menjadi sejarah hitam yang cuba dilupakan, tidak banyak yang berubah di kawasan ini dari segi ekonomi dan sosial.
Apa yang menarik adalah kawasan ini menjadi pembekal sumber manusia kepada parti politik yang mahu penyertaan anak muda untuk meramaikan pelbagai majlis dan perhimpunan anjuran mereka, termasuk yang kerap menimbulkan kekecohan.
“Sebenarnya, remaja di sini tidak aktif untuk menyertai mana-mana parti atau terlibat dalam politik. Mereka kebanyakan tidak campur dan aktif bersukan,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.
“Tetapi mereka mungkin dibayar RM20, RM30, diberi makanan percuma dan disediakan pengangkutan. Itu perkara biasa,” katanya.
Ia tidak memeranjatkan, kerana salah seorang daripada 3 remaja yang ditahan pada forum “Nothing to Hide” dianjurkan PPBM Ahad lalu beralamatkan kawasan kejiranan ini.
Polis semalam menahan reman 3 remaja berusia antara 17 dan 19 tahun yang disyaki mencetuskan kekecohan pada program itu dengan membaling suar dan objek lain ke arah pentas, ketika ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad, memaksa penganjur menamatkan forum tersebut serta merta.
Selain Taman Lindungan Jaya, 2 remaja lain masing-masing berasal dari Setapak, Kuala Lumpur dan Perlis, menurut alamat tertera di kad pengenalan mereka.
Portal The Malaysian Insight pula memetik sumber yang rapat dengan polis sebagai berkata mereka diupah RM50 ringgit bagi menimbulkan kekecohan.
Percubaan mengunjungi ahli keluarga salah seorang remaja itu bagaimanapun gagal, dan kehadiran FMT tidak disenangi beberapa jiran sekeliling yang enggan bercakap dengan media dengan alasan mempunyai hubungan baik dengan keluarga suspek.
Seorang penduduk tempatan bagaimanapun berkata adalah sesuatu yang biasa remaja menjadi sasaran pemimpin politik.
“Remaja ini juga mungkin diceritakan perkara yang tidak betul sehingga menyebabkan mereka marah dan sanggup melakukan kekecohan itu,” katanya.
Menurutnya, upah RM20 dan RM30 kepada anak muda di Taman Lindungan Jaya suatu perkara biasa,
Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman mendakwa wujud usaha sistematik untuk mensabotaj forum pada Ahad lepas, dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada “remaja upahan” yang menyamar sebagai ahli sayap itu dengan memakai baju T palsu PPBM.
Dalam pada itu, percubaan FMT untuk mendapatkan komen daripada saudara mara salah seorang remaja ditahan di Taman itu tidak berjaya dan tidak mendapat kerjasama daripada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
semurah rm50 maruah... |
|
|
|
|
|
|
|
Alah.. benda biasa dalam politik. Mcm UMNO x biasa umpan makcik pakcik datang all the way dari felda nun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah. Level budak-budak aje |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 si jamal la ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 19 reti sangat pasal isu memali
Pasal isu anwar ibrahim
Alahai.. memang nampak sangat kene upah.
Nape la remaja melayu benda camni pon boleh kene tipu? Dah 60 tahun merdeka melayu masih dibawah |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 19 reti sangat pasal isu memali
Pasal isu anwar ibrahim
Alahai.. memang nampak sangat kene upah.
Nape la remaja melayu benda camni pon boleh kene tipu? Dah 60 tahun merdeka melayu masih dibawah |
|
|
|
|
|
|
|
Bengong forum akak malas nk edit
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Jika benar mereka ini diupah..
Siapa yang upah ? sebab mereka ini tiada pegangan politik..hanya pegangan duit semata-mata asalkan dapat upah..
pakai baju apa pun, mereka sanggup..
Baju merah atau baju kuning atau baju hijau atau baju biru atau baju oren...
|
|
|
|
|
|
|
|
dh tnye2 pastu bg signal, sorg bling kasut terus buat kecoh, nmpk sgt mmg nk sabotaj |
|
|
|
|
|
|
|
Bila jadi terjadi kejadian begini terutamanya melibatkan pimpinan PH...as usual... persepsi dari berbagai lapisan datang menerjah...ada persepsi yang nampak lojik, ada yang hampir lojik dan ada yang hauk.... overall kambing hitamnya ialah UMNO.... nak tala kepada sapa lagi ? Well dude...good luck with your so called wise perception on and on..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja FMT pemalas hidup susah semua reka cerita dongeng macam ini pun cacai kat sini dah melatah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pekerja freemalaysiatoday miskin hina semua mengaku diri sendiri terima upah 20 ringgit untuk sertai prhimpunan Bersih ...boleh gak setiap pembaca percaya
|
|
|
|
|
|
|
|
yg biasa aku tgk
dia org belanja makan kedai mamak
budak2 muda
dpt makan nasi beriani pun dh cukup
ni kan pulak sogok extra RM50 |
|
|
|
|
|
|
|
Those wretched freemalaysiatoday employees were paid rm20 to join each Bersih rallies and now they want to accuse other people. WTF? |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 15-8-2017 05:45 PM
yg biasa aku tgk
dia org belanja makan kedai mamak
budak2 muda
Lu mau bullshit sama siapa cai ? Ingat aku tak tau ka lu terima 20 ringgit untuk pergi himpunan Bersih aritu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja malaysian insight miskin hina berhutang keliling pinggang semua bila dibayar 20 ringgit saja terus masuk himpunan Bersih aritu ...ada hati nak tuduh orang lain. Kharkptuih |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 15-8-2017 03:28 PM
Patutlah. Level budak-budak aje
Kalau kata budak kampung cina kat jinjang terima duit untuk buat kecoh macam masuk Bersih aritu barula boleh caya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trakea at 15-8-2017 06:18 PM
Malaysian insight employees got paid 20 ringgit to attend Bersih rallies because tney are so poor but now they want to accuse others. WTF? |
|
|
|
|
|
|
| |
|