View: 4774|Reply: 66
|
[Tempatan]
Pasar Besar Gombak sentiasa lengang
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Lengang dan suram! Itu masalah yang dihadapi warga peniaga di Pasar Besar Gombak di Jalan Gombak, dekat sini, yang jarang menerima kunjungan pelanggan meskipun pelbagai cara sudah dijalankan bagi mempromosi kawasan berkenaan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Peniaga Pasar Besar Gombak, Mohd Yussof Sahib Sahul Hamid berkata, ketiadaan pelanggan di pasar berkenaan menyebabkan peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat lambakan barang yang tidak laku.
“Di mana silapnya pasar ini sehingga tidak mendapat sokongan masyarakat setempat?” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian berkenaan sudah lama berlarutan malah turut menarik perhatian Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk sama-sama meringankan beban peniaga.
Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati hampir separuh lot kedai di bangunan dua tingkat itu tidak beroperasi.
Meskipun lot niaga berkenaan disewa dengan harga RM50 sebulan bagi pasar basah dan kedai makan serta RM153 untuk pejabat, ia masih tidak memberi pulangan pada peniaga di sana.
Hingga kini, hanya satu kedai menjual hasil laut, penjual ayam (2), daging lembu (2) dan daging kambing (1) yang masih bertahan selebihnya Kedai Rakyat 1Malaysia, kedai makan, jahitan, urut refleksologi serta baiki kasut.
Yussof berkata, pelbagai aktiviti dan program sudah dijalankan bagi menarik kedatangan masyarakat setempat namun hanya seketika sebelum ia sunyi kembali.
“Pasar ini perlukan suntikan dan pembaharuan kerana kedudukannya di tepi jalan besar sesuai sebagai kawasan tumpuan ramai.
“Saya berpendapat wujudkan pejabat kerajaan atau swasta yang banyak berurusan dengan masyarakat agar menjadi lokasi persinggahan ramai.
“Sebagai contoh dengan adanya mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) sedikit sebanyak dapat menarik kunjungan orang awam sekali gus menjana ekonomi peniaga di sini,” ujarnya.
Bagi peniaga pusat kecantikan, Rosnah Mohd Osman, 52, berkata, sudah lebih 20 tahun dia menjalankan perniagaan di Pasar Besar Gombak namun nasib peniaga masih ditakuk lama.
“Rata-rata peniaga mampu bertahan kerana perniagaan itu sudah lama diusahakan dan sukar untuk mereka mencari tapak perniagaan baru dengan sewa murah seperti di sini.
“Kami turut menyediakan kelas mengaji al-Quran dan kelas bahasa Arab terbuka pada setiap minggu namun saya berharap pihak tertentu prihatin dengan masalah peniaga dengan memberi nafas baru kepada pasar ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa, kenapa kat gombak ada tpt tumpuan yg lain lg kah?? iols xpernah pg gombak tp kesiannya lenggang sgt ni. . |
|
|
|
|
|
|
|
paso ni tempat berteduh kala hujan jah... |
|
|
|
|
|
|
|
pasor klu kat tingkat atas, sapa yg nak pegi dik....
tak tau ke msian ni pemalas & bdn gomok gomok....nak suruh kerabat tangga nun sayup tu? idak le....
|
|
|
|
|
|
|
|
sian peniaga................................... |
|
|
|
|
|
|
|
pasor ni mcm paso siti khadijah KB, rindu nk pi sini..yg lama ke yg baru ni? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga kalau pasar jadi lengang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin harga brg mahal sangat...dan tiada kemudahan parking percuma |
|
|
|
|
|
|
|
mee bandung muar sedap kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah gak gi pasar ni dulu..iol jadi blur2 je bila masuk sebab memang lengang je |
|
|
|
|
|
|
|
klu speedmart 99 yg bukak kt sini ramai org kot.. 1 msia brg xbyk choice |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa ada Maybank ramai la juga org dtg sana.. nak gi sana wat pe mcm tak de apa je pun kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
similar tu medan mara di jln raja laut, kalau takde kakitangan gomen, sudah pasti sendu juga |
|
|
|
|
|
|
|
bkn psl lambakan hypermarket ke?
menyebabkn
pasar2 kt bandar mmg dh xlaku |
|
|
|
|
|
|
|
utk hidup kan kembali kawasan perniagaan suram senang aje...adakan carboot sales setiap hari sabtu dan ahad..
buat mcm amcorp mall di petaling jaya..ada flea market every weekend
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mengata aku je ni
|
|
|
|
|
|
|
|
cannot blame competition...hypermarket lebih selesa utk bershopping...kadang2 harga lebih murah dan harga borong...
pasar2 melayu ni will die a slow death...painful but surely...
|
|
|
|
|
|
|
|
ipan, medan mara meriah kalau weekdays ja...huhu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|