"Jika ada peluang, kenapa tidak kan?"
Walaupun lama menghilang dari radar industri lakonan, Sazzy Falak tetap merindui detik-detik beraksi di hadapan kamera.
Namun, memetik Astro Awani, niatnya itu terpaksa ditangguhkan kerana kekangan masa.
"Memang ada ketikanya rasa rindu nak berlakon tetapi masa tidak mengizinkan.
"Saya kini sibuk menguruskan perniagaan dan juga anak-anak yang semakin membesar," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Sazzy, 36, dia akan menerima tawaran berlakon sekiranya skrip menarik dan mempunyai mesej mendalam.
"Tetapi jangan salah anggap, saya bukan sombong. Cuma jika terlibat dengan lakonan, saya harus pastikan ia berbaloi kerana saya perlu bahagikan masa antara anak-anak, perniagaan dan juga lakonan.
"Sebagai contoh filem Gol & Gincu dan juga biografi Saloma yang sarat dengan mesej-mesej tertentu," katanya.
Foto: IG Sazzy Falak
Tambah Sazzy, tak mungkin dia akan menguburkan karier lakonannya.
"Kerana itu adalah 'passion' saya.
"Jika ada peluang, kenapa tidak kan? Lagipun kita tak tahu peluang seperti apa yang akan datang di masa hadapan," ujarnya.
Lama juga tak nampak Sazzy berlakon. Ada yang merindui lakonan Sazzy di sini? - CARI |