Setiap keluarga pasti menyimpan seribu satu cerita dan segala memori itu pastinya menjadi kenangan suka dan duka.
Tapi rasanya kisah yang berlaku pada Mary Grams ini sangat istimewa sebab cincin tunangnya yang hilang ditemui semula selepas 13 tahun.
Paling mengejutkan sebab cincin bertatah belian tersebut ditemui tersekat pada sebatang lobak oleh menantunya, Colleen Daley yang ketika itu sedang mencabut lobak.
Foto: Twitter Sarahnkraus
Menurut BBC News, ianya memang logik sebab Mary menyedari kehilangannya selepas bercucuk tanam di ladang miliknya di Alberta pada tahun 2004.
Pada masa itu dia cuba mencari di rumah dan beberapa tempat, namun gagal menjumpainya.
Mary Grams, Foto: BBC
Cincin tersebut adalah pemberian suaminya Norman pada tahun 1951 dan disebabkan tidak mahu dimarahi, Mary telah membeli cincin lain yang serupa dengannya.
Walaupun Mary gembira menjumpai cincin kesayangannya itu semula, namun dia sedih tidak dapat menceritakan kejadian sebenar kepada si suami kerana Norman sudah meninggal dunia lima tahun lalu.
Foto: Twitter Sarahnkraus
Nak kata lucu pun ada juga, sebab ianya dijumpai di tempat yang memang tidak disangka-sangka. Tengok sahajalah tumbesaran lobak tersebut pun macam terbantut disebabkan halangan dari cincin tersebut.
Foto: BBC
Sebelum ini seorang wanita, Lena Paahlsson yang kehilangan cincin perkahwinannya turut menjumpai cincin perkahwinannya semula, juga pada lobak yang tumbuh di belakang rumahnya.
Apa pun, tidak kira cincin atau barang lain, jagalah baik-baik sebarang pemberian dari yang tersayang.
Nilai sentimental darinya sudah pasti tidak dapat ditukar ganti dengan yang lain. -CARI |