CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2341|Reply: 36

[Tempatan] Lebuh raya sesak: Pemandu boleh tuntut pampasan

  [Copy link]
Post time 19-8-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pemandu-pemandu yang mengalami kerugian disebabkan kesesakan teruk di lebuh raya walaupun membayar tol boleh merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan.

Bekas pengerusi tribunal pengguna Pretam Singh berkata syarikat konsesi lebuh raya adalah pembekal perkhidmatan dan oleh itu sebarang perkhidmatan yang disediakan seharusnya sesuai untuk tujuan yang digariskan.

“Ia adalah jaminan tersirat kepada pengguna. Dalam kes ini pemandu, apabila mereka menggunakan lebuh raya, perkhidmatan yang sesuai dan sepatutnya perlu diberikan sebagai pertukaran kepada kutipan tol,” katanya.

Pretam berkata dalam undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999, Parlimen memberi perlindungan awam daripada “gergasi perniagaan.”

“Ini kerana pengguna, yang juga seorang pemandu tidak mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih baik jika dibandingkan dengan pembekal,” katanya.

Pretam berkata demikian susulan surat seorang pembaca FMT, TK Chua yang menulis tentang pengalaman beliau terperangkap dalam kesesakan berhampiran Seremban pada Sabtu lalu ketika menggunakan lebuh raya PLUS.

Chua berkata oleh kerana kesesakan tidak menurun, ramai termasuk beliau memutuskan untuk keluar dari lebuh raya tetapi kemudiannya terperangkap dalam 1 lagi kesesakan lalu lintas.


Chua berkata kemudian beliau mendapati kesesakan lalu lintas di lebuh raya itu disebabkan oleh kemalangan berhampiran tol Jalan Senawang pada awal pagi.

Oleh itu, Chua mahu PLUS, sebagai syarikat konsesi lebuh raya, mengembalikan tol yang dikutip dan mencadangkan beberapa bentuk pampasan kepada pemandu apabila kesesakan lalu lintas berlarutan lebih daripada 2 jam.

“PLUS benar-benar menjejaskan hari saya pada hari ini. Saya membazir masa dan membayar tol tetapi gagal sampai ke destinasi saya,” kata Chua.

Peguam Harpal Singh Grewal berkata konsesi lebuh raya akan memasuki kontrak ketika tiket dikeluarkan kepada pemandu.

“Kontrak hanya tamat apabila pemandu menunaikan bayaran tol,” katanya sambil menambah, pengendali tol harus memenuhi tanggungjawabnya untuk melaksanakan kesepakatan sebagai pertukaran kepada tol yang dikutip.

Pretam, yang kini merupakan aktivis hak pengguna aktif berkata, penyedia perkhidmatan lebuh raya umumnya harus mematuhi tahap minimum perkhidmatan (LOS), langkah kualitatif yang digunakan untuk mengaitkan kualiti perkhidmatan trafik.

“LOS digunakan untuk menganalisis lebuh raya dengan mengkategorikan aliran lalu lintas dan menetapkan tahap kualiti lalu lintas berdasarkan ukuran prestasi seperti kelajuan dan kepadatan,” katanya.

Beliau berkata tahap “A” adalah aliran bebas, yang bermaksud kepadatan lalu lintas yang rendah, “B” adalah kelewatan minimum dan aliran trafik yang stabil, “C” adalah keadaan yang stabil dan pergerakan agak terhad disebabkan oleh jumlah yang lebih tinggi tetapi tidak sesuai untuk pemandu.

Tahap “D” adalah di mana pergerakan lebih terhad dan kelajuan perjalanan mula merosot sementara “E” di mana lalu lintas memenuhi kapasiti jalan dan kenderaan jarak jauh dan kejadian boleh menyebabkan kerugian serius.

Pretam berkata, tahap “F” bermakna terdapat aliran melebihi kapasiti, menyebabkan pecahan jumlah aliran lalu lintas.

“Ia adalah norma yang diterima umum di lebuh raya yang pembekal perkhidmatan harus membenarkan trafik pada tahap minimum ‘C’,” katanya.

Bagaimanapun, Pretam berkata pengendali lebuh raya sepatutnya diberik pengecualian apabila lalu lintas perlahan semasa musim perayaan kerana ramai pemandu akan menggunakan lebuh raya untuk mencapai destinasi mereka.

“Tuntutan hanya dapat diterima jika pemandu mengalami kesesakan setiap hari di jalan raya terpilih,” katanya.

Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan pada tahun 1999 dan matlamat utama adalah untuk menyediakan forum alternatif kepada orang ramai mendapatkan perlindungan undang-undang dengan mudah, murah dan cepat.

Akta Perlindungan Pengguna juga mentakrifkan pengguna sebagai orang yang membeli barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan peribadinya atau untuk tujuan domestik.

Semua tuntutan mesti difailkan dalam masa 3 tahun dari tarikh punca pertikaian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 09:03 PM | Show all posts
bumper tayar kereta akak pecah pun leceh nak claim .. kesimpulannya guna lampu high beam
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:58 AM | Show all posts
berapa lama nk dpt? setahun?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:10 AM | Show all posts
i assumed this will only happens in my dreams...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:23 AM | Show all posts
kau bawa idea kau ini kepada kerajaan negara PRC, Yendia, amarika...tengok mereka layan kah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:04 PM | Show all posts
Simunggu replied at 21-8-2017 11:23 AM
kau bawa idea kau ini kepada kerajaan negara PRC, Yendia, amarika...tengok mereka layan kah..

macai dungu sebok hal negara luar tu apesal
dungu sungguh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2017 02:09 PM | Show all posts
renko replied at 21-8-2017 02:04 PM
macai dungu sebok hal negara luar tu apesal
dungu sungguh

aku punya suka lah...kalau itu idea org bodoh & kau pula setuju..aku akan cakap kau bodoh basung...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:41 PM | Show all posts
Simunggu replied at 21-8-2017 02:09 PM
aku punya suka lah...kalau itu idea org bodoh & kau pula setuju..aku akan cakap kau bodoh basung.. ...

selalu macai dungu bodoh cam ko reti halau orang je kan kalau xsuka
dasar macai paloi
tapi sebok hal negara lain pulak
paloi celeng punya macai munggu dungu
sesuai nama simunggu sidungu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 02:56 PM | Show all posts
renko replied at 21-8-2017 02:41 PM
selalu macai dungu bodoh cam ko reti halau orang je kan kalau xsuka
dasar macai paloi
tapi sebok ...

bukan tak suka tapi kita berdiri didunia yg nyata...bukan setakat komen merunggut mcm kamu....

kalau negara maju & kaya pun tak buat yg kamu memandai mandai nak buat memang bijak sangat lah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 03:01 PM | Show all posts
dah kalau ramai-ramai menuntut ni..
ada jaminan ke leh dapat?

mana cekau?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 03:03 PM | Show all posts
Simunggu replied at 21-8-2017 02:56 PM
bukan tak suka tapi kita berdiri didunia yg nyata...bukan setakat komen merunggut mcm kamu....

...

kau mane tau xbuat
kau duk sana ke dungu
bodoh punya macai
sembang macam paria mabuk todi sbb kalau rakyat wat tuntutan n menang
rakyat untung kan
macai2 cam ko mana bole tgk rakyat untung
kena rugi salu je ditindas
sakai punya si dungu

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 03:24 PM | Show all posts
mcm ni tol ldp tu sekejap je la boleh bankrap.

warga puchong semua claim
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:20 PM | Show all posts
sapa yang nak mula buat tuntutan,
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 05:17 AM | Show all posts
bulalof replied at 21-8-2017 11:10 AM
i assumed this will only happens in my dreams...


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 07:34 AM | Show all posts
Kalau dilaksanakan, BESRAYA boleh bankarp kut. Selalu jem pada waktu petang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa nk mula dulu saman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 08:20 AM | Show all posts
renko replied at 21-8-2017 03:03 PM
kau mane tau xbuat
kau duk sana ke dungu
bodoh punya macai

siapa yg kena tindas?? kalau tak tahu bersyukur baik kau masuk kubur...

anjing pun tahu berterima kasih....

MRT dah bagi di selangor.....pun masih x tahu berterima kasih...

apa punya manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 08:36 AM | Show all posts
Simunggu replied at 22-8-2017 08:20 AM
siapa yg kena tindas?? kalau tak tahu bersyukur baik kau masuk kubur...

anjing pun tahu berteri ...

level macai bodoh dungu
tetibe spin ke mrt apesal
tongong
buat pengangkutan awam tu suma mmg tugas kerajaan
yang ko nak menyalak dah kenapa
dari cerita pasal highway g spin ke mrt n selangor
betul2 dungu macai pilak ni

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:18 AM | Show all posts
punca kesesakan tu kebanyakannya bukan dari lebuhraya bertol tu. selalunya jalan yang bersambung dengan susur keluar lebuhraya tu dah memang sesak. so, sesak tu memanjang sampai lebuhraya (tailing). lebuhraya dah 3- 4 lorong, bersambung dengan jalan sedia ada yang 1-2 lorong, jadi bottle neck, pun salah satu punca jugak. susah nak justify kalau saman pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:23 AM | Show all posts
Simunggu replied at 22-8-2017 08:20 AM
siapa yg kena tindas?? kalau tak tahu bersyukur baik kau masuk kubur...

anjing pun tahu berteri ...

Sebenarnya aku kesian tengok kau. Asal kau komen je mesti kena kecam. Kau dah jadi macam punching bag. Selalu diperkotak-katikkan. Pastu geng-geng umno/bn lain pun takde nak sokong kau. Tak ke semua ni patut membuatkan kau terfikir mengapa kau bersendirian di sini.

Adakah parti yang kau sokong tu salah atau perbuatan kau yang salah. Aku rasa ini karma hukuman tuhan.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.138713 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list