CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 2

“Awak tak layak cakap isu Memali, awak bekas ketua samseng”, kata Idris kepada A

[Copy link]
Post time 22-8-2017 03:06 PM | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Dr Idris Ahmad membidas kenyataan bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang mendakwa peranan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terbongkar sekiranya Suruhanjaya Diraja (RCI) peristiwa Memali ditubuhkan.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Rahim itu sebagai tidak tepat, Idris turut menegaskan beliau adalah individu yang tidak layak untuk bercakap mengenai perkara itu ekoran pernah mengasari Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memegang jawatan ketua polis negara.

“Yang terbukti jelasnya dia tumbuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia tak payah bercakap pasal hal lainlah. Dia tu sebagai orang yang pernah tumbuk Anwar, tak layak bercakap (isu ini).

“(Tan Sri Rahim) Awak tu tak layak cakap (isu Memali), awak bekas ketua samseng,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Idris yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang turut menyindir Abdul Rahim yang sepatutnya menjaga keamanan negara sewaktu menjadi pihak berkuasa, dan bukannya menjadi samseng memukul orang.

Abdul Rahim pada tahun 2001 pernah dijatuhi hukuman penjara dua bulan selepas disabitkan bersalah menumbuk Anwar pada tahun 1998.

Sehubungan itu, Idris menegaskan RCI ini wajar ditubuhkan bagi merungkai kebenaran mengenai situasi sebenar yang berlaku 32 tahun lalu di Kedah itu.

Katanya lagi, PAS juga sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk sama-sama menubuhkan RCI ini.


“InsyaAllah ahli RCI tu bukan orang seperti Tan Sri Rahim. Ya kita akan jumpa (kerajaan),” ujar beliau.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu untuk menyiasat peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 03:25 PM | Show all posts
entahlah..maybe dia dh insop
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah insaf g mintak maaf dengar nuar la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066753 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list