CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 8

[Tempatan] 22% atau 7.12 juta orang tidak bekerja di Malaysia

[Copy link]
Post time 22-8-2017 04:07 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Seramai 22% atau 7.12 juta daripada 32 juta populasi Malaysia tidak bekerja ketika ini, peningkatan sebanyak 510,000 orang dalam tempoh 4 tahun, kata Jabatan Perangkaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak boleh dianggap penganggur kerana ada di kalangan mereka yang melanjutkan pelajaran, suri rumah, pesara, orang kelainan upaya atau tidak berminat bekerja.

Sin Chew Daily memetik Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial di Jabatan Perangkaan sebagai berkata, kadar penyertaan tenaga buruh meningkat secara stabil sehingga 67.7% dan 7.12 juta orang yang tidak bekerja itu ialah tergolong dalam baki 32.3%.

Mengikut definisi Jabatan Perangkaan, populasi sesuai bekerja berada dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun dan populasi tenaga buruh di Malaysia meningkat setiap tahun dengan suku ke-2 tahun ini mencecah 14.93 juta orang.

Daripada jumlah itu, seramai 14.41 juta orang mempunyai pekerjaan, dengan lelaki terdiri daripada 8.88 juta atau 62% dan selebihnya 38% atau 5.53 juta orang ialah wanita.

Seramai 511,600 orang hilang pekerjaan membabitkan penurunan seramai 2,600 orang berbanding suku pertama tahun ini.

Kadar pengangguran di kalangan generasi muda berusia 15 hingga 24 tahun tertinggi dan secara keseluruhan, wanita yang hilang pekerjaan lebih ramai daripada lelaki.

Walaupun dua pertiga daripada orang hilang pekerjaan berjaya mendapat kerja baru dalam tempoh 6 bulan, tetapi masih ada 8.5% yang menganggur selepas lebih setahun.

Daripada 5 sektor ekonomi terbesar negara, sebanyak 61.9% populasi bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan 16.9%, pertanian 11.8%, pembinaan 8.7% dan perlombongan 0.7%.

Dalam sektor perkhidmatan pula terbahagi kepada 10 industri dengan industri peruncitan mempunyai paling ramai tenaga kerja, iaitu 17.2% manakala 9.2% berkhidmat dalam industri makanan dan minuman (F&B).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg menanggung diorang ni agaknya? Sebab kategori yg memang tak bekerja kan. Guna duit biasiswa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:16 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 22-8-2017 04:11 PM
Sapa yg menanggung diorang ni agaknya? Sebab kategori yg memang tak bekerja kan. Guna duit biasiswa  ...

suri rumah... suami la tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:31 PM | Show all posts
sesetengah tu bila ditanya knp berenti keje, ada je jawapan nak salahkna org lain

kalau ko betul, ko pandai, knp sampai ke sudah ko tak dpt2 keje baru
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:42 PM | Show all posts
krustykrab replied at 22-8-2017 04:31 PM
sesetengah tu bila ditanya knp berenti keje, ada je jawapan nak salahkna org lain

kalau ko b ...

siapa ni ye kak??? macam pernah baca cerita masyarakat ni tapi dimana ya???
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:48 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 22-8-2017 04:42 PM
siapa ni ye kak??? macam pernah baca cerita masyarakat ni tapi dimana ya???

takde la dik...saja2 je buat citer kak hasanah

tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2017 04:51 PM | Show all posts
Penjual loteri haram & pusher dadah antara yg dalam 22% tuuuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:53 PM | Show all posts
Antara nya bewak idop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 05:31 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 22-8-2017 04:11 PM
Sapa yg menanggung diorang ni agaknya? Sebab kategori yg memang tak bekerja kan. Guna duit biasiswa  ...

diantaranya KWAP...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.258028 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list