View: 2274|Reply: 28
|
[Tempatan]
[2] Isteri bersalin , suami maut kemalangan!
[Copy link]
|
|
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap1 day ago
BANDAR SERI JEMPOL: Pemandu Perodua Myvi, Mohd Saufi Mohd Sidek, 33, yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong, petang semalam, baharu dua minggu menimang cahaya mata kedua.
Ibunya, Hamzah Dahlan, 63, berkata anaknya yang bekerja sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia itu, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuantan, Pahang, selepas melawat isteri yang berpantang di rumah mentua di Masjid Tanah, Melaka.
Katanya, anak ketiga daripada empat beradik itu juga sepatutnya pulang ke Batu Pahat, Johor minggu hadapan untuk menyambut Aidiladha, tetapi tidak kesampaian.
"Arwah seorang anak yang baik dan rajin membantu mengemas rumah tanpa merungut tetapi ketentuan Allah dia pergi dahulu, tanpa sempat bermanja dengan anak perempuan yang baharu dilahirkan," katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, hari ini.
Semalam kira-kira jam 4.30 petang, tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes di sini.
Selain Mohd Saufi, dua lagi yang maut adalah dua beranak iaitu Noordiana Nordin, 37 dan anaknya Puteri Nursha Sara Zainal, 10, dari Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.
Sementara itu, adik bongsu Noordiana, Mohd Azim, 22, berkata beberapa hari lalu kakaknya sempat menyiapkan surat rayuan kepada Tabung Haji, bagi membolehkan kedua ibu bapa mereka menunaikan rukun Islam kelima itu tahun hadapan.
Katanya, arwah kakaknya yang juga anak sulung kepada tiga beradik itu juga kerap berpesan kepadanya supaya menjaga kedua ibu bapa mereka yang menetap di FELDA Sungai Tengi Selatan.
"Saya tidak syak apa-apa kerana merasakan itu pesanan biasa arwah kepada saya, tetapi tidak sangka, ada sebab kakak berbuat demikian," katanya yang tinggal bersama arwah kakaknya itu.
Kemalangan itu turut menyebabkan suami Noordiana, Zainal Kinto, 38, serta seorang lagi anak mereka Mohammad Nifzal, 11, cedera ringan dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
© New Straits Times Press (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang salah, adakah pesalah salah sorang yang innalillah? |
|
|
|
|
|
|
|
takziah...huhuhu..sedih baca berita ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Inalillah. Takziah buat isteri dan anak-anak arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih sungguh....
Innalillahi wainna ilaihi roojiuunn...
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..tak terkata..takziah buat keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. dapat baby, hilang suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan ni memang menduga kesabaran yah.baru 2 hari lepas akak ikut jalan ni |
|
|
|
|
|
|
|
kosmet dan rumet aku ni masa belajar
br plan nak jumpa raya haji ni
mmg org yg baik amalan, perbuatan, dan pertuturan
insyaAllah nasib yg baik2 di sana
moga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah, takziah.....
berita bercampur campur, melalut lalut |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Inalillah..
Ya Allah.. kesiannya baby .. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah wainna ilai hirajion |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah dan rest in peace. Muda muda lagi dah mati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|