Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sekarang ini sedang bercuti di Maldives.
Berkongsi gambar pemandangan yang cantik di sana melalui Instagram, keluarga ini memang selalu menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi bila tengok gelagat anaknya, Yusuf Iskandar.
Foto: IG Theyusufiskandar
Bukan itu sahaja jadi bualan netizen, hotel tempat mereka menginap pun boleh buat terbeliak mata! Memang terbaik, siap ada gelongsor untuk terus terjun ke laut.
Bukan calang-calang sebab menurut sumber, harga Hotel Soneva Jani yang mereka diami itu mencecah RM64 ribu untuk satu malam.
Hanis Zalikha juga sempat merakamkan video untuk menunjukkan rekaan dalaman hotel tersebut.
Tak dapat pergi, tengok gambar-gambar mereka pun jadilah betul tak? -CARI
Foto: Instagram
|