CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
Post time 22-12-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
d_alighieri replied at 8-9-2017 07:21 PM
Best baca kisah anak TT, hampir mirip dengan anak kedua saya sulung lelaki juga. Tumpang share kisah ...

Macam suami Saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 21-9-2017 04:35 PM
Haah..memang tak bagi. Bagi dia dengar lagu Baby Shark je.
Nak tau tak, tadi dia hilang dalam 10 ...

Forest gum
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabah betul TT ni .. moga Allah mudahkn urusan TT sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
menarikk la cerita tt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 04:34 PM | Show all posts
dah khatam..menarik kisah ni..baca yg mula2,terus terikut nak tau semua..haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 04:37 PM | Show all posts
xde sambungan dah ke?? alahaiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2018 04:51 PM | Show all posts
Assalam TT. suka baca cerita TT. takde apa2 sambungan ke...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 04:31 PM | Show all posts
dah khatam akhirnya. istimewa sungguh ucop dan family ni.

suka dengan penulisan akak tt, mohon update cecepat ye nak tau kesudahan hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2018 02:58 PM | Show all posts
Salam uols..

Sori betei dah lama tak masuk sini. Bukan aje tak masuk tulis, baca pun idok. Sebenarnya start dari hujung thn lepas tu membawak ke tahun baru ni... ada banyak benor cabarannye hidopku ini. Memula tu Ucop bertukor behaviour menjadi pemarah dan memberontak yang hamat. Aku stress gile sampai hampir tahap kemurungan la jugak. Jumpa psychiatrist kanak2 barulah aku tau rupanya ni disebabkan perubahan hormon. Ucop dah nak masuk usia pra-remaja so dia kompius ngape badannye jadi beso, dan dia ada 'rasa' yg sebelum ni dia takde. Walaupun umur dah hampir remaja tu, kalau kita tanya dia dengan konpiden tahap tertinggi dia cakap umur dia 6 tahun. Sbb tulah dia stress...sebab mental age dan physical age dia tak sama.

Masa dia di fasa ngamuk tu, apaknye si Ucop pernah bawak dia jumpa seorang ostad. Ostad tu scan kat tulang belakang dia. Belum cecah jari kat blkg si Ucop, dia dah jerit dan matanya cecepat renung ostad. Ostad kata kalau gitu gayanye ada benda yg menumpang diri beliau tapi setau aku budak autism ni memang sensitip terhadap sentuhan fizikal lagi2 pulak dari orang yg beliau tidak kenal...so antara percaya dengan idok jugaklah kitorang ni berkenaan 'benda' tu.

So, di suatu hari yang indah, dekat-dekat nak Chinese New Year ari tu. Kalau tak salah aku hari last sekolah sebelum start cuti CNY.  Itu jam aku nak hantar dia pergi intervention centre yang dia biasa pegi belah petang untuk after school program tuh, dan kitorang tengah travel dekat jalan seakan lebuh raya la..2 lorong. Jalan tu memang straight aje dan tak berapa ada simpang2 keluar masuk. Selalunya kereta dekat situ mmg akan speeding la..lori pun laju dan selalu potong keta aku yg ikut speed limit ni. Time tgh hari rembang dlm pukul 1-1.15 camtu la. Tetiba nun jauh di sana kat tgh paneh tak jauh dari flyover, aku tengok ada seorang lelaki mcm orang cina dok berdiri tepi hiway itu. Dia pakai seluar bermuda warna beige dan pakai t-shirt. Nothing unusual la.. eh ter'sepeaking' pulak. Pendeka kata mcm orang yg biasa kita nengok kat psr malam ke, supermarket ke..

Gaya orang tu mcm nak melintas so aku pun slow down dlm jarak 100 meter camtuh. Pelik la jugak sebab itu kawasan selalunya takde orang lintas. Bukan ada rumah pun kiri kanan tu. Dah tu orang tu jalan kaki pulak. Kiri kanan jalan takde pulak nampak motor ke, kereta ke kot2 rosak khen.

Masa kereta aku dah dekat dengan lelaki tu, tetiba dia langkah ke tengah jalan dan...zuppp! Hilang  ....

Nyaris nak terbabas aku terperanjat tahap super saiya..dah melilau dah kete aku masa tu. Cepat-cepat aku kontrol stereng bagi stabil balik. Mujur jugak belakang aku takde keta kalau tak sure kena tibai sebab tetiba break mengejut dah tu menggelepar ke kiri ke kanan. Masa aku dah cool tu,  aku tanya Ucop "Ucop nampak orang kat jalan tadi tak?" Dia cakap "Yes." Pastu dia diam je.

Selama ni aku selalu dengar kwn2 yg cina cakap nanti masa hari perayaan diorang, roh saudara-mara diorang yang dah meninggal akan balik utk visit family. Dan family akan bg offering bentuk makanan dan bakar duit kertas utk diorang punya ahli keluarga yang dah meninggal tu. Tak pernah pulak aku terfikir aku akan nampak one of them betul-betul on the way balik rumah, kalau betul la kan... maybe jugak benda lain tapi yg sure mmg aku tau takde orang bleh invisible tetiba camtuh.

Sekian kisah yang pendek ini... saja je aku tulis masa aku ada masa sikit ni sebelum aku terlupa pengalaman ni... thanks for reading gais!


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 03:20 PM | Show all posts
Acik pun dah lama tak masuk & baca forum cari akibat dihambat kesibukan bekerja & urusan kehidupan (cewahhh!!)
Thanks tt, meriahkan balik thread ni dgn cerita tt
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 11:15 AM | Show all posts
check in balikk sekian lama tak check in dari tahun lepas

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 11:27 AM | Show all posts
cek in balik setelah sekian lama x masuk board seram ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 05:10 PM | Show all posts
nak lg nak lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 09:44 AM | Show all posts
ffawwaz replied at 24-10-2017 04:18 PM
wah..lama nya xmasuk sini..
anyway suka dengan crita2 tt..
budak2 ada sixth sense ni memang lain c ...

tq..tu laa.. tp kekadang susah jgk kalau dia nampak apa2 kat tempat yg kita pegi dia takmo masuk. kalau kita dah book mcm hotel ke, tetiba dia tanak masuk. tak ke haru..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:00 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-3-2018 09:44 AM
tq..tu laa.. tp kekadang susah jgk kalau dia nampak apa2 kat tempat yg kita pegi dia takmo masuk.  ...

mcm anak buah sy la..
dia baru masuk asrama tahun ni..
merengek2 kat parents dia mintak keluar sebab macam2 dia nampak..
sebab sekolah lama kan..memang bersepah kata dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 02:29 PM | Show all posts
ShrekFiona20 replied at 4-9-2017 10:28 PM
aiyooooo... mimpi buaya laaa..
aduhhh moga2 xda pape yg buruk terjadi buat keluargamu yer..

yela apa ertinya ye?.. pernah mimpi buaya berulang2. tp lama2 sekali, banyak kali sampai lupa dh mimpi macamna.
tp yg paling ingat pernah mimpi seiring jalan dgn buaya saya didarat buaya kt sungai.buaya ni sekor.


pastu mimpi saya dalam sungai tengah2 dikelilingi buaya banyak gila mcm melindungi saya.

ni paling teruk, mimpi bersetubuh dgn buaya.

last baru2 juga, mimpi buaya makan anak buah kecil yg saya pegang dalam sungai.

tapi why buaya???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2018 01:40 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 24-9-2018 01:48 PM

Assalamualaikum ...

Lama aku tak cerita pasal anak aku kan? Sebenarnya dari bulan Mac aku dah berhentikan dia sekolah kat kelas pendidikan khas sebab cikgu2 tak suka anak aku. Kalau nampak muka aku je nak komplen. Nak komplen je nampak muka aku. Sapa yang tahan hari2 didesak dengan perkara yang bukan kuasa aku nak mengubahnya. Katanya anak aku kuat menjerit, mengamuk, membaling barang, memukul meja. Disebabkan anak aku gitu, depa buat report ke unit psikiatri hospital dan doktor bg 2 jenis ubat. Ubat jenis org dewasa pun ada cuma dosnya kecil la. Tak dan seminggu makan ubat, komplen datang lagi. Katanya "Kenapa macam sama je takde perubahan?"

Abih tu aku kan pergi jumpa doktor, bukan jumpa wizard yg boleh buat magic cam Albus Dumbledore. Ingat boleh yang boleh sembuhkan disability dgn sekali jampi je gamaknye. Ubat tu tak sempat bertindak lagi diorang dah komplen tak menyabor-nyabor. Suruh tukar dosage la, tukar waktu bagi makan ubat la. Nak senangkan keje dorang. Mengalahkan doktor pulak suruh tukar2. Tension sangat sampai aku dah macam orang gile termenung, nangis, mengurung diri dalam bilik. Masa buat test depression, aku punya anxiety dah severe. Depression masih mild lagi sebab baru kena.. so aku masih under treatment sampai la baru2 ni aku dah ok la sikit.

Nak dijadikan cerita, semasa aku dilanda kemurungan tu, laki aku ni ada seorang kawan perawat dan tercerita dekat dia masalah kami anak beranak yang dah idup tak serupa orang. Dengan anak macam stress je memanjang, orang (read:cikgu) jadi benci. Aku pulak dah tak macam diri aku lagi.

Ustaz tu pesan, suruh datang rumah. Mula2 laki aku bawak anak aku si Usop je pegi sorang (yans ni aku dah cerita sikit kot dalam entry yang lepas). Lepas tu, suami aku bawak anak aku yg bongsu sebab masa tu dia pun mcm mengamuk2 jugak (yang ni pun aku kena gi sekolah jugak mengadap cikgu HEM..ni nanti kendian aku cerita). Malam yang sama laki aku balik dari bawa anak aku yg bongsu tu ke rumah ustaz perawat tu, sampai rumah je dia cakap ustaz suh aku pegi rumah dia malam ni jugak. Aku dah nak tido time tu..mula2 cam malas la ya ampunnn.. Mata pun dah berpasir rasa, ngantuk gile. Tapi dah laki aku membebel-bebel suruh pegi jugak, aku pegila salin baju dan terus pergi rumah ustaz. Kebetulan rumah dia tak jauh dengan rumah aku so takde la lama sangat perjalanan tu. Budak2 pulak aku tinggalkan dengan anak aku yang sulung, pandailah akak dorang menjaganya.

Masa kami sampai, anak dia yg jemput masuk sebab ustaz tengah solat hajat. Lepas dia dah setel solat hajat, barulah dia keluar jumpa kami dengan bawak air milo, kuih raya bagai (masa tu baru lepas cuti raya).  Dia interview la dulu sikit2 kat aku lepas tu dia suruh aku duduk atas lantai menghadap ke sliding door rumah dia yang dibukak beso2.

Tetiba aku rasa geli hati yang amat sangat...nak ketawa sesangat ya ampun. Aku tak tau nape aku rasa nak tergelak dan aku takleh describe sampai sekarang perasaan yg geli hati tu..tapi masa ustaz tu scan aku, aku punya la tahan nak tergelak sampai merah2 muka. Tapi laki aku cakap masa tu mata aku memandang dengan tajam dan muka aku senyum semacam... Jeng jeng jenggg...
Masa ustaz tu 'scan', dia suruh aku duduk melunjur dan luruskan tulang belakang. Aku tak nampak dia buat apa tapi ni laki aku la cerita, dia halakan tapak tangan dia ke tulang belakang aku dari kepala sampai bawah pinggang. Hala je...tak bersentuhan pun antara tapak tangan dan belakang aku tu. Dalam masa yang sama aku rasa mcm ada 'vibration' kat tgh2 tulang belakang. Tak sakit tapi rasa mcm disentuh sesuatu padahal masa tu memang ustaz tak sentuh pun belakang aku.

Lepas tu aku tengok ustaz tu tiup dan tolak sesuatu yg tak nampak ke luar sliding door rumah dia yang terbuka luas tu. Dah setel2 semua dan aku yang terpinga2 ni just ikut jelah arahan dia bila dia suruh bangun. Lepas tu dia jemput kami duduk balik dekat sofa tadi dan dia tanya la macam2 soalan.

Dia tanya pernah ke mimpi baby? Tengok baby ke..pegang baby ke..timang ke, agah baby ke..menyusukan baby ke? Aku cakap opkos la pernah ...tapi mimpi aku tu dalam situasi yg biasa je.. Contohnya mimpi agah baby dalam pangkuan kawan, baby dekat kenduri, peluk baby sepupu yang kita kenal dan biasa jumpa. Bukan mimpi baby yg dalam situasi mencurigakan atau seram. Lepas tu ustaz tanya, ada ke mimpi tu agak2 dalam pukul 3 pagi ke subuh? Aku cakap mungkin la time tu, sebab aku bangun pagi selalunya sebelum azan subuh sebab aku nak masak bekal utk semua org. Pernah la mimpi camtu, pastu terjaga dan terus bangun sebab dah pukul 5 pagi.

Ustaz cakap, mungkin la ada benda yang nak mendampingi aku sebenarnya. Bila dia tak dapat aku, dia kacau anak2. Masa tu jugak aku tau, rupanya setan ni kuat memperdayakan..sebab ustaz kata memang la dia buat situasi tu mcm takde seram ke apa2 sebab dia tau kita tau dan berjaga2 bila mimpi baby. So dia cuba membuat kita menerima diri dia tu dalam keadaan kita tidak bersedia. Iyalah kan..dah ko mimpi aum cak dengan baby member opis ko ke apa..takkan subconcious mind ko terpikirkan baby tu saka pada masa tu kan?

Ustaz jugak cakap kalau aku rasa sesuatu di tulang belakang, itulah tempat 'dia' melekap kat kita. Selalunya benda2 yg mendampingi kita ni akan duduk di tulang belakang. Dan pasal aku geli hati tu...dan nak tergelak waktu ustaz 'scan' tu, rupanya 2 orang anak aku yang datang awal2 tadi pun mempunyai reaksi yang sama. Tak taulah apa motipnya..mungkinkah 'benda' itu sedang 'mocking' si ustaz atau apa, ustaz pun takde jawapannya.

Lepas tu aku tanya lagi, kalau betul ada benda macam tu yang nak ganggu aku dan anak2 aku, bolehkah ustaz tolong buangkan? Dia cakap dia takleh buat sebab tangan dan bahu kanan dia baru injured semasa mengubat seorang pompuan. Saka tu dah sebati dengan pompuan tu dan sgt kuat melawan, masa ustaz cuba tarik dan buang dia, dia sentak tangan ustaz sampai lari tulang bahu. Tapi ustaz ada nombor gurunya dan dia beri pada laki aku kalau2 aku nak buang benda tu sebab dia kata benda tu mcm tak kuat sangat lagi berpegang kat aku, maybe sebab aku selalu berjaga- jaga dan ada la protection dari amalan2 dan ibadah harian aku.


Sebelum aku balik, soalan last aku kepada ustaz tu ialah, kalau betul benda tu asalnya kepunyaan keluarga yang aku tak tau dari keluarga sebelah mana, kenapa benda tu pilih aku? Sepupu sepapat aku ramai di kedua-dua belah keluarga. Kenapa aku dan bukan diorang? Ustaz cakap...selalunya benda tu memilih orang yang memenuhi kriteria pewaris. Kalau korang baca cerita2 aku dari yg awal2, korang tau yg aku boleh dengar dan rasa keberadaan benda-benda halus, dan kadang aku boleh nampak juga. Anak aku plak takyah citer la, memang telus mata.

To cut the story short, ewahh tersepiking london pulak , sampai ke hari ni sebenornya aku tak pegi pun berubat. Aku dan suami selalu la amalkan doa2 yang kami dapat dalam buku doa Darul Syifa'. Lepas Subuh dan Asar memang suami aku amal ayat Al-Mathurat. Aku tengok anak aku pun macam ok je dua-dua orang tu. Anak aku si Usop pun, aku dah masukkan ke pusat intervensi swasta. Alhamdulillah serasi walau bulanannya botak nak membayor, asalkan dia happy, aku tak kisahla. Duit boleh cari ye tak?

Sekian dulu cerita aku buat hari ni...kalau aku berjaya gi berubat nanti aku cerita pulak apa yang jadi k... Wassalam.



Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 02:02 PM | Show all posts
Edited by dewi at 27-9-2018 02:12 PM
Gabanistur replied at 24-9-2018 01:40 PM
Assalamualaikum ...

Lama aku tak cerita pasal anak aku kan? Sebenarnya dari bulan Mac aku dah ber ...

Wsalam,
akak ni tak de masa baca panjang2 .. skip2 je just nak kongsi je anak akak pun istimewa, masalah pembelajaran, dia pun boleh nampak hijab terbuka.
masa kecik akak minta perawat tlg tutupkan . tapi bila dah besar ni dia terbuka semula. Memula nak terbuka semual tu anak akak confuse dan ingat dia dah giler ke dgr bisikan2 macam2.  and dia leh rasa kehadiran bende2 ni tapi dia tak tau nak explain.

bila akak nikah baru2 ni (thn lepas) suami ajar anak akak few zikir dan pelindung diri. masa ni hijab dia terbuka semula semua nya and dia dah leh handle la apa yg dia leh nampak. for info anak akak now dah kerja n umur 27 thn .

betul ustad tu cakap amalan dan zikir2 adalah pelindung terbaik diri kita. akak pun ada gangguan saka dan alhamdullillah suami n anak akak berjaya halau saka tu dr akak. saka tu tak mati pun cuma tak leh nak dekat dah la. Pagar rumah dan dgn amalan zikir alhamdulillah x de dah gangguan semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2018 02:24 PM | Show all posts
dewi replied at 27-9-2018 02:02 PM
Wsalam,
akak ni tak de masa baca panjang2 .. skip2 je just nak kongsi je anak akak pun istimewa, ...

Saya baru tau hijab yg dah tutup boleh terbukak balik. Kesiannya dia... Anak saya sejak dia dah boleh cakap sikit2 ni, maybe hijab tu dah tertutup sendiri. Kdg2 ada juga dia baca fikiran kita dan tu sekali sekala dia bg hint ada benda nak jadi tapi dah tak sekerap dulu la... Setakat ni kalau dia nampak benda dia pejam mata taknak bukak. Dia takde la sampai taknak masuk kedai mcm dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 02:27 PM | Show all posts
Edited by dewi at 27-9-2018 02:30 PM
Gabanistur replied at 27-9-2018 02:24 PM
Saya baru tau hijab yg dah tutup boleh terbukak balik. Kesiannya dia... Anak saya sejak dia dah bo ...

boleh tutup tapi tak ramai yg pandai . akak pun lupa ustad mana yg tutup kan . kalau tak jenuh nak explain sbb kita tak nampak dia nampak
dah la anak tu tak berapa nak cerdik. bukan tak nak anak ada gift tu tapi bila naka kecik susah nak handle dia pun tak paham , kita nak tolong pun payah sbb kita tak nampak

yg part buka sendiri tu ikut org la .. mmg six sense dia tinggi sebab tu terbuka juga. ada org nampak tapi macam flashes , org kata kelibat2 ada yg nampak terang tapi tak leh nak bercakap. anak akak nampak seterang2nya. dan dia leh berkomunikasi dgn benda2 ni . Kalau yg nak bercakap la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.095234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list