CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
Post time 26-9-2017 11:45 AM | Show all posts
Edited by sranua at 26-9-2017 01:02 PM

Best baca thread ni..rasa meriah, ingin tahu, kesian semua bercampur baur. Ayat yg diguna pun mudah dan dekat dgn kita.
Lagu Baby Shark tu mmg tak boleh blah..anak aku aku yg baru setahun 5 bulan..asal bkk youtube Baby Shark..mula lah tangan montel dia bukak katup tiru lagu baby shark..do..do..do
Ha..ha..Keep on writing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2017 11:56 AM | Show all posts
cikpah27 replied at 21-9-2017 04:49 PM
wah.. kiranya memang betullah cik cong ni wujud.. sebelum ni memang lah ada baca cerita pasal cik  ...

Yer..jin dan setan ni pandai kan..nak menyesatkan umat adam. Dia boleh menyerupai ape aje yg kita takut. Kalau kita ni melayu, dia muncul dgn gaya antu yg ditakuti org melayu..begitu juga kalau kita ni bangsa lain, dia akan menampakkan diri mengikut rupa hantu paling menakutkan sekali bg kaum tu. Aku ada kawan menetap kat Jepun. Dia pernah cerita apartment yg dia duduk tu ada hantu jepun. Hantu suka menampakkan diri secara sekilas2 gitu. Kdg2 rasa seperti ada orang di sebalik langsir. Kadang2 hantu tu siap tumpang kereta member aku. Member aku cakap ada sekali tgh drive. Dah la jalan waktu snow licin, mujur dia tak terbabas sbb terkejut. Pasang ruqyah pun benda tu tak lari. Last sekali dia cakap dalam bahasa jepun ketika berada dlm rumah supaya hantu tu jangan mengganggu dia dan family dia lagi. Baru lps tu kurang penampakan beliau... tp tak lama pun dia duduk rumah tu. Dia dapat sewa apartment yg lebih dekat dgn sekolah anak dia dan pindah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 02:47 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 21-9-2017 05:24 PM
Allahu....
maksudnya anak tt ni kalau ada peluang mmg die cuba utk teroka i rasalah
die jenis ya ...

Tq ols... anak punya pasal mmg mak2 senang nak kena heart attack kan. Mcm Ucop ni, kalau time dia regress dan dia start buat balik kelakuan dia masa umur 5-6 thn, mmg jenuh la. Benda ni ekceli benda biasa..nanti sampai satu masa tu dia akan ulang balik perangai dia yg dah lama dia tak buat. Mcm sekarang la dia hyper balik padahal masalah hyper ni dah setel dalam 2 thn dah sebenarnya. Kita jelah tetiba rasa penat nak kena ulang balik terapi nak bg kurang hyper tu. Kalau time dia ok, ok sesangat budak Ucop ni. Budak camni tak degil, tak pandai menjawab, tak pandai buat akal. Tp ni kalau time dia ok la.. Time dia tak ok, dia buat tak reti je bila aku cakap dgn dia..phewww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 02:56 PM | Show all posts
manismanisan replied at 22-9-2017 01:45 PM
Ya Allah aku yg baca pun alahai.. Semangat ko dah naik balik tak tu? Tak leh down lama2 lah kan. L ...

Alhamdulillah dah ok. Tq for asking. Hari minggu lepas aku pegi hiking sensorang tp tak tinggi mana pun la elevationnye. Hutan pun ala2 je. Sampai half way jumpa satu group chinese, terus folo. Folo group chinese mmg siap la ko..depa ni makan apa tak tau..laju gile. Turun siap berlari. Terkontang-kanting aku kejo. Aku kalau aku sakit jiwa, aku mmg kena buat aktiviti fizikal mcm gini barulah release tension. Kalau lepak dgn stangers mmg best mcm aku borak dgn korang la..strangers. Tenang jiwa aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 03:01 PM | Show all posts
coyote_ugly0911 replied at 22-9-2017 02:09 PM
Sabar TT.... meollls plk rase nk nanges... tabah yee... TT kne kuat demi ucop...

Tq sayam..aku tak tabah mana pun tapi kena la tabah sbb nak buat apa lagi kan... Budak ni untouchable. Kalau nak pukul pun dia bukan paham. Lagi pun, sapa pukul dia dgn tangan, tangan org tu yg akan lebam dan bengkak. Aku tak tau camana leh jadi camtu.. padahal bukan kuat pun pukul. Bila aku borak2 dgn kwn2 aku yg sama ada anak cam Ucop, diorang pun cakap benda yg sama. Budak2 ni Allah jaga kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 03:06 PM | Show all posts
LostStar replied at 22-9-2017 08:32 PM
Eiii tt, bdebar baca kesah cong tu..

dalam bnyk2 bende.. cong tu la aku bharap xkan jmp.. mintak  ...

Weh...aku pegi jugak pameran tu. Tak tau lak citer pameran tu ada encik chong. Tp bukan nak kata..Muzium ni tempat yg keras la sebenarnya. Bahaya kalau aku bawak Ucop. Sesetengah ruang pameran dia mmg takkan pergi. Dia akan tengok terpaku dari jauh lps tu ajak keluar. Barang2 lama kdg2 ada yg jaga kot..budak ni pulak nampak penjaga tu. Mmg taklah dia nak pergi tgk

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2017 03:07 PM | Show all posts
LostStar replied at 25-9-2017 03:12 PM
betul la ejaan dia berembang kan?
ada la, kami semua panggil tok haji.. slalu pakai jubah.. dlu2 ...

kat mana lokasi kampung berembang tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 03:08 PM | Show all posts
sranua replied at 26-9-2017 11:45 AM
Best baca thread ni..rasa meriah, ingin tahu, kesian semua bercampur baur. Ayat yg diguna pun mudah  ...

hahaha..ok akhirnya aku jumpa org yg memahami perasaan aku dengar lagu Baby Shark doo doo doo...hahahah..tq ols sudi baca benang ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 05:21 PM | Show all posts
LostStar replied at 25-9-2017 04:38 PM
lupe.. tp dekat la uma dia dengan jalan utama tu.. xtaw mana dah depa.. arwah ayah pon da meningga ...

aah berpecah. ada yang dekat jinjang. ada dpt rumah dekat bukit belacan and ada yang dekat puchong. setakat ni tu 3 lokasi je la..tak pasti yang lain-lain tu ada ke dapat tempat lain. tapi situ memang kenangan sungguh sbb parents pernah eksiden dekat main road ampang simpang nak masuk kg berembang tu. penunggang moto tu meninggal pastu my mom pergi amik helmet tu simpan dekat rumah plak. memang kenangan sungguh

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:22 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 26-9-2017 03:07 PM
kat mana lokasi kampung berembang tu?

kg berembang tu dekat jalan ampang. depan kelab nihonkan and bangunan risda. permulaan kg tu dr jalan ampang la..pengakhiran dia dkt jalan enggang keramat.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 03:09 PM | Show all posts
assalamualaikum TT. semoga TT terus diberi kesabaran dlm menjaga anak istimewa.

nice stories

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 06:29 PM | Show all posts
salam
terima kasih tt sudi berkongsi pengalaman yg sangat menarik
bertabah lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt update citer baru..citer2 tt semua best2..Sgt dekat ngn hati, maybe sbb kita sekampong kot..
Citer ttg kelebihan Abah tt yg pandai mncari barang ni, I nk share jgk la..pernah jumpa sorang makcik yg gifted mcm Abah tt..Alkisahnya, I pernah hilang cincin kt rumah mak..jenuh mncari  tk ketemuan, blk jgk KL dlm kehampaan sbb sayang bebenor dgn cincin2 tu..Kebetulan mak sedara kenal dgn makcik yg terer cari barang hilang tu, jd mak sedara I pn trus g menjoyah dengan makcik tu sesambil mntak tolong tengokkan cincin2 I tu..makcik tu just mintak my full name dgn birth date kalo x silap..then makcik tu tulis dlm jawi n lukis2 atas kertas (mak sedara I story balik kt mak I ttg situasi tu)..makcik tu ckp cincin tu ada lg dlm rumah, dlm bekas yg gelap dlm ruang yg gelap..so, mak I saspek dlm laci..habes semua laci dlm rumah dibukak..last jumpa dlm laci console table, elok je trsimpan cincin2 tu dlm beg mekap kecik yg kaler hitam and dlmnya kain velvet hitam...yg musykilnya mmg dah cari berkali2 dlm beg tu, dlm laci tu tp tk jumpa pn..makcik tu ckp maybe 'ada' yg nak main2 kot dgn I and mak I
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 10:52 AM | Show all posts
assalamualaikum sis gaban..
penceritaan dan perkongsian cerita yg baik.. ai polo yu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis tt nnt update cite baru k..i follow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2017 05:04 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 2-10-2017 05:18 PM

Salam korang sume..sorry lama tak menyampuk. Demam siap dgn selesema batuk lelah complete... Penat tau tarik hingus. Sampai pening kepala...hahaha

BUDAK POMPUAN MISTERI MASA TENGAH DEMAM

Cerita ni pasal demam jugak la..dah alang2 tgh tak sihat ni. Dulu masa kecik aku ni kengkonon anak manja abah la kan. Tetiap kali demam je ngade tahap nak bg penampor. Nak makan yg abah masak je, nak abah yg mandikan, abah yg tepuk..abah, abah, abah. Sampai tak pegi kerja orang tua tu melayan anak dia yg byk songeh..hahaha. Mak masa ni tak laku...sori mak

Masa demam ni kalau tido terjaga nampak abah tgh membaca kat sebelah mmg lega rasa perasaan ni. Kalau abah ilang mula la nak melalak. Poyo kan..sabor jelah. Salah satu sebab dia ialah aku pernah kena kaco waktu tgh demam.

Masa ni family aku duduk kat rumah kuarters yang aku mimpi nenek tua bwh pokok tu la. Sapa tak tau sila baca yg atas2 ye? Masa kecik dulu kalau aku demam selesema selalunya aku akan sakit telinga sekali..apa pesen tak taulah. Selalunya nak bg baik tu abah la yg ubatkan. Dia akan cari satu pelepah daun betik. Batang pelepah tu berongga. Dalamnye kosong la. Selalunya batang pelepah betik tu abah akan layur di ats api dulu sampai panas je..idak le sampai layu. Lepas tu abah akan baca ayat2 Quran..sori aku tak tau ayat apa sbb dalam keadaan gitu aku sibuk melayan sakit aku je. Dia akan pegang batang tu dan hembuskan ayat2 suci tu melalui batang pelepah tu ke dalam telinga aku. Angin yg dihembus masuk dlm telinga tu suam2 gitu ...sangatlah selesa. Tak tipu...mmg sedap rasanya. Dan sangat membantu mengurangkan sakit dalam telinga tu.

Selalunya kalau aku demam selesema abah akan letak tilam bujang depan TV supaya aku bleh rest sambil tgk tv. Ada pulak gula2 satu tin kecik kat tepi kepala aku. Thn 80an dulu ada jual gula2 satu tin kecik mcm tabung tu utk aku kemam supaya ilangkan rasa pahit mulut..sapa sezaman dgn aku mesti tau.

Ada sekali tu, masa tu aku dalam umur 6 thn kot. Masa tu aku demam panas. Siang lagi..dalam kul 11.30 - 12 tgh camtu la. Masa tgh mamai-mamai nak terlelap, aku ternampak budak perempuan berdiri kat ujung kaki. Budak perempuan tu rupa dia cam budak Melayu. Kulit sawo matang, mungkin tua nsikit dari aku masa tu..dalam 8-9 thn dan rambut paras bahu. Pakai dress warna putih gading. (pesen semasa ketika zaman awal 80an dulu.) Budak tu pandang je aku. Tp aku tak kenal dia pun. Nak kata anak jiran, jiran sebelah aku anak dia semua lelaki. Anak uncle cina kat depan tu yg pompuan plak dah sekolah menengah dah..so mmg entah le sapa dia budak tu. Tapi sebab aku mmg tgh sakit aku tak larat nak tanya. Aku ingat aku cuma gerakkan tangan raba bekas gula2 yang kat sebelah bantal aku nak offer dia sebijik gula2..tapi sbb tgh pening2 lalat, bekas tu terjatuh. Kelentang!!.. bunyinya.

Aku pun dongak ke sebelah bantal aku sambil cuba stretch tangan nak ambik bekas gula2 yang dah bergolek. Tiba2 mak aku sampai. Agaknya sbb dengar bunyi tin tu jatuh. Mak tanya "Nak cekelat ke? Nak mak bukakkan?" Aku geleng. Aku cakap "Nak bagi kat kawan." Mak aku tanya.."Kawan mana pulak? Kan waktu sekolah ni?" Aku tunjuk hujung kaki...tengok2 budak tu dah takde. "Tadi ada kawan datang". Mak aku cakap.."Mana ada sape. Mak dah kunci pintu sebab nak masak. Macamana pulak orang boleh masuk? Tak dengar pun orang ketuk pintu?".

Aku toleh2 tengok abah takde. Aku dah mula cebik nak nangis. Mak cepat2 cakap " Abah kamu pegi bengkel kejap. Kejap lagi balik le tu karang, dia nak makan nasik tengahari. Kamu tido. Karang abah balik abah suap makan ye? ". Aku nak cakap lagi tp mak buat eksyen dengan jari suruh diam. Suruh sambung tido. Mak aku ni masa aku budak2 dulu, kalau aku citer bende pelik2, memang dia akan buat muka tak senyum dia tu dan tanak teruskan perbualan. Lagi-lagi kalau malam, memang dia cpt2 suruh pegi tido. Dah beso2 ni aku tanya ngape mak selalu asal aku kabo je bende2 pelik asyik suruh tido? Mak cakap "Mak pun takut juge. Kome ni kalau nampak apa2, kome je nampak. Mak tak nampak pulak apa bendenye. ishhh..Suke benor buat orang meremang bulu roma". Hahaha! Rupanya mak pun saspen jugak la masa tu...

Lepas tu, walaupun aku nak argue lagi dengan mak tapi aku tengah tak larat sangat. Takleh nak pikir aku pun sambung tido. Lepas dah bangun tu dan hari-hari seterusnya mmg aku terpikir2 dan tertanya-tanya..sapa budak yang datang melawat aku masa demam hari tu? BIla aku tanya mak, mak cakap aku mimpi..entah la. Tp real kot..muka budak tu pun aku ingat lagi....

-end of part one-

JERITAN DALAM KEBUN GETAH...

Haha..saje aku bagi teaser. bagi korang saspen...jap lagi aku sambung citer aa..solat dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2017 09:12 AM | Show all posts
mimi77 replied at 27-9-2017 03:09 PM
assalamualaikum TT. semoga TT terus diberi kesabaran dlm menjaga anak istimewa.

nice stories {:1 ...

Waalaikumsalam... InsyaAllah. Selagi Allah masih bagi pinjam budak ni aku akan jaga dia baik2. Thanx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2017 09:13 AM | Show all posts
soul_fly replied at 27-9-2017 06:29 PM
salam
terima kasih tt sudi berkongsi pengalaman yg sangat menarik
bertabah lah

InysaALlah..terima kasih jugak sudi folo benang ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2017 09:29 AM | Show all posts
Omeyya replied at 27-9-2017 09:53 PM
Tq tt update citer baru..citer2 tt semua best2..Sgt dekat ngn hati, maybe sbb kita sekampong kot..:l ...

Wahh..menarik gak citernye. Mujur la jumpa balik cincin uols tu. And yes, mmg ada kes pandangan kita terhijab oleh sesuatu. Pernah jadi jugak beberapa tahun dulu, masa tu Ucop dalam 3 tahun rasanya. Masa tu smartfon baru lagi di pasaran dan harga smartphone dulu mahal nak mampus kan? Masa tu aku berjaya la beli Samsung Galaxy ape tah..dah arwah dah fon tu..hahah. Anak2 selalu main la psl ada game Angry Bird pastu bleh download citer Upin Ipin. Semua orang pun suka sangat fon tu. Termasuk la aku..dah fon aku ye tak? haha..

Ada satu hari minggu tu fon tu hilang dalam rumah. Puas cari. Sejam pun tak jumpa. Punggah segala tempat yg possible aku tersalah letak sampailah dalam kereta dua2 bijik aku selongkar mmg tak jumpa fon tu. Laki aku siap call. Walaupun dapat tak dengar plak bunyinya. Tengah sibuk mencari tu Ucop keluar dari bilik dia. Out of frustation, aku tanya Ucop, "Ucop..nampak fon mama tak? Ucop ada main ke? Letak kat mana?" Ucop masa tu non-verbal, hyperaktif dia pun teruk. Kalau tanya dia, normally macam tanya dinding..mmg dia tak paham pun. Tapi pada hari kejadian tetiba dia tarik tangan aku dia tunjuk.... tu diaaa! Tengah2 jalan dekat depan pintu sliding yang aku dengan laki aku dah lalu seratus kali kot!! Nak kata Ucop yg main dia duk dalam bilik dia masa tu tgk DVD..masa tu dia tgh giler tgk Bee Movie dgn Raratouille.

Tu la..kekadang pandangan kita ni dihijabkan oleh sesuatu. Macam fon aku tu sah2 tengah2 dunia letaknya mcmana tadi lalu byk kali situ boleh tak nampak? Ucop sbb dia spesel jadi dia nampak je sebenarnya kat situ. Kita ni lah yg tak nampaknye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2017 09:31 AM | Show all posts
deana0211 replied at 29-9-2017 05:04 PM
Sis tt nnt update cite baru k..i follow

Ok..jap ye..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.323947 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list