CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 4

Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2017 Terima Insentif Dari Kerajaan Negeri

[Copy link]
Post time 11-9-2017 03:33 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian



Pencapaian cemerlang atlet negara dalam usaha memenangi pingat emas untuk kontinjen kebangsaan ketika temasya Sukan SEA KL2017 yang lalu wajar diberi pujian.


Sebagai penghargaan, setiap atlet dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan negeri masing-masing sebagai tanda menghargai usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka demi kejayaan negara.


Memetik laporan Berita Harian, antara atlet yang menerima hadiah tersebut adalah pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang menerima wang tunai bernilai RM8,000 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.


Manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan insentif kepada atlet negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Muhammad Ziyad Zolkefli pada Majlis Penyerahan Insentif Kepada Atlet dan Jurulatih Negeri Selangor yang Mewakili Negara di Kejohanan Sukan SEA KL2017 di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.


Tahniah dan syabas buat semua atlet negara, semoga pencapaian yang lebih besar bakal dikecapi di temasya yang selanjutnya seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan sebagainya.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 05:12 PM | Show all posts
sikitnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 07:01 PM | Show all posts
atlet selangor macam dpt five figure.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 07:14 PM | Show all posts
kejayaan mereka ini mmg wajar diberikan insentif. Selain dari mengharumkan nama negara, mereka dah korbankan macam2 utk pencapaian ini. Masa, wang, masa bersama keluarga dan sebagainya...

TAHNIAH
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 09:47 AM | Show all posts
Tahniah  laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.564673 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list