|
[Tempatan]
Malaysia Bantu Perkukuh Ekonomi AS - Najib
[Copy link]
|
|
Engkau takda sekelumit pun rasa sayang dan conscience terhadap
negara sendiri, sebab tu kau boleh sokong perbuatan Najib melebur
masa depan bangsa sendiri demi propaganda untuk dirinya.
Oleh itu, elok kau diam.
Makan je dedak yang diberinya sebab tak lama lagi tabung dedak
pun akan kosong untuk dilaborkan ke US.
Aku takkan ada sekelumit pun rasa sedih bila si Bijan ni nanti diheret
naik turun mahkamah lepas PRU14.
Mungkin satu Malaysia akan bertepuk tangan.
Cukup-cukuplah membodohkan orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Angkuh nye trumph.... najib bawah tapak kaki die je disebabkan 1MDB
Sakit hati baca news hari ni... padahal ekonomi kite yang makin tenggelam ade hati nak bantu US...
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga kesan ekonomi disebabkan decision najib ni kena direct kat u... Kalau baik... baik lah... kalau buruk... u faham ape yg kami rase sekarang...
Doa org yg teraniaya insyaAllah makbul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari gua mana you baru keluar??? EPF tu stabilizer saham2 GLC kat KLSE dah berapa lama,macam budak2 lowyat kata dulu,KLSE sehari tanpa EPF punyerrr investor,macam tak sah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Typical jawapan orang yang takda sekelumit conscience.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesan apa?? Standard laaaa EPF ke,ASB ,bank ke atau insurance etc mana2 pun nak hedge asset dia kat luar negara sambil menjana keuntungan, invest dalam negara pun dia buat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluar dari gua maaaa,ayooooo..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah bijan kerana berjaya menjajah Amerika.... |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 13-9-2017 12:41 PM
semua pandang , amerika, china, arab ...demi kepentingan negara dan untuk kemakmuran rakyat jelata ...
Rakyat Mesia hidup melarat merata takpe asalkan nama dan maruah Jibby harum di serata Amerika. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu minyak asyik naik..bodoh nya statement..klau kukuhkan nilai ringgit boleh lg...ni USD..dk us ka dk Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Orang melabur kalau ade duit lebih... tapi kalau hutang keliling pinggang dan pembayaran pun lewat dari tarikh... terpakse pinjam here and there... what do u expect? Kalau u baca article tu pun advantage kpd US... ape return Malaysia dapat daripada investment tu? Supaya US tutup siasatan kes 1MDB?
|
|
|
|
|
|
|
|
Engkau yang duduk dalam gua, berfantasi sama Najib.
Konon Ekonomu Malaysia bagus - poodah!
Masuklah BSKL - takda volume langsung.
Cuma share yang sokong Index je yg bergerak, takat nak upkan Index.
Saham lain semuanya turun teruk.
Asset negara dijual kat CINA PRC. Mesti Cina ketawa b erdekah-dekah
tengoklah perangai Melayu ni, biar papa asal bergaya.
CCTV di balai polis pun tak mampu nak pasang, ada hati nak derma berbilyon kat US. Pakai duit titik peluh rakyat...........
|
|
|
|
|
|
|
|
EPF hal EPF maaaa, treasury gomen lain citerrr maaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan duduk dalam gua lama sangat....
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret replied at 14-9-2017 08:53 AM
rosmah menempel sbb nak sopping beg michael kors
Michael kors je? Terhina Kak Mah... |
|
|
|
|
|
|
|
tppa dibatalkan ganti benda mengarut ni.sapa2 jadi presiden us mmg x pernah bawak keuntungan pada kita.lebih2 lagi selagi najib jadi pm.senang diugut. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang nak dividend epf angkat tangan, Yang tak nak dividend epf sila ketuk2 kepala di dinding...
|
|
|
|
|
|
|
|
bajet post 1MDB tu je laa yg dapat
kalo masa 1MDB dulu selamba je Hermes
|
|
|
|
|
|
|
|
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Razak di White House baru-baru ini di mana Malaysia bersedia melibatkan diri dalam pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat.
Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin berkata kenyataan itu hanyalah “cakap besar” lebih-lebih lagi ekonomi Amerika 60 kali ganda lebih besar daripada Malaysia.
“Ia umpama Najib akan ke Brazil dan menawarkan kepakaran bola sepak kita untuk memperbaiki pasukan kebangsaan Brazil,” kata Rais.
Selasa lalu dalam pertemuannya dengan Trump, Najib berkata Malaysia mahu meningkatkan pelaburan di negara itu melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk membantu usaha membangunkan semula prasarana AS yang menjadi antara bahan kempen Trump pada pilihan raya presiden November lalu.
“Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Ia memiliki modal yang besar untuk dieksport, ia melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan ia berhasrat untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” Najib memberitahu Trump di akhir mesyuarat yang dihadiri anggota pentadbiran kedua-dua negara.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib.
Pada pertemuan itu, Trump mengalu-alukan niat Malaysia untuk membeli pesawat Boeing dari AS, manakala Najib turut mengumumkan pembelian pesawat itu akan mencecah RM20 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.
“Inilah cakap besar daripada 2 pemimpin yang berdepan siasatan persekutuan,” kata Rais.
Trump kini berdepan siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) atas salah guna kuasa untuk cuba menutup siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan mengenai hubungan penasihat keselamatan lantikan Trump, Michael Flynn dengan kepentingan di Rusia.
DoJ juga terlibat dalam siasatan aset AS$1.7 bilion milik syarikat 1MDB yang diilhamkan Najib, yang didakwa dilarikan dan dicuri untuk membeli pelbagai barangan dan hartanah mewah. Siasatan DoJ itu menamakan beberapa individu termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz, yang mengetuai sebuah syarikat filem Hollywood.
Rais mempersoalkan dari mana datangnya dana untuk membeli pesawat Boeing.
Menurutnya, Najib sepatutnya memohon supaya aset berbilion dolar yang dibekukan DoJ diserahkan kembali kepada Malaysia.
“Hakikatnya, pertemuan Najib dan Trump adalah sandiwara. Daripada cuba untuk mendapatkan semula dana dirampas DoJ, Najib langsung tidak menyebut mengenainya,” kata Rais.
“Selepas pelbagai tawaran Najib kepada Trump, apa manfaatnya kepada Malaysia? Kosong. Melainkan 3 kali istilah ‘great’ (hebat), dan penghargaan untuk pelaburan ‘besar’ Malaysia di AS, pujian atas pendirian mengenai IS, dan sudah tentu kerana Najib tidak berurusan dengan Korea Utara.”
|
|
|
|
|
|
|
| |
|