CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pendeta

[Tempatan] 20 Maut Sekolah Tahfiz Terbakar Di Keramat

    [Copy link]
Post time 14-9-2017 03:54 PM | Show all posts
ashcroft86 replied at 14-9-2017 12:56 PM
Bende basic macam fire extinguisher pon xde ke??? Seriusly????? Babinye management. Fire extinguishe ...

Bukan rakyat yg beragama Islam saja yg marah seluruh Malaysia naik darah bila keselamatan tak diambik kisah. Berapa banyak kes besar yg terjadi selama ni org tak akan ambil sebagai pengajaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 03:56 PM | Show all posts
atira replied at 14-9-2017 03:42 PM
ko sekolah tahfiz mana lobai?
mai habaq sat...
jgn gebang je lebih bang

dah marah dah aiii. Pi amik wuduk cepat. Aku tak gebang kalu hang tak main terjah ja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:56 PM | Show all posts
atira replied at 14-9-2017 07:53 AM
tak semestinye semua sekolah tahfiz ada kurikulum begitu uols..
bnyk je yg mmg menghafal semata.. ...

pusat tahfiz mana yg pprt sgt tu sister?  setahu kakak pusat tahfiz ada kurikulum mereka, ingat mereka ni mengangguk hafal Quran saja ker?

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:56 PM | Show all posts
ada one vdeo i tgk..budak yg selamat terjun keluar..dia mention dpt selamatkan kanak2 4 & 5 tahun 2 org je..and i was like what?!.. umur gitu xyah la masuk asrama dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 14-9-2017 02:03 PM
anak meninggal sebab cuai... mak pak dapat kredit nak claim syurga..
anak tu baru 7 tahun dah hant ...

Kesian budak2 yg rasa beban nak bawa  mak ayah ke syorga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:57 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 14-9-2017 01:56 PM
Dah boleh buat teka teki dah.
Banyak2 asrama, asrama apa yang sering terbakar?

pedepam kena kat muka, kenyataan tu mmg sakit utk diterima
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2017 03:58 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 14-9-2017 03:45 PM
Setuju sgt dgn ape yg awk ckp. Nak msk syurga masuk  la. Ape paksa2 ank.  Korang x de ur own merit ...

setuju mende? Mak bapak mana yang selfish. Hang dah tgk video tu ka? Apa mak dia cakap? Sila Tabbayyun
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:00 PM | Show all posts
akuperatijee replied at 14-9-2017 03:56 PM
ada one vdeo i tgk..budak yg selamat terjun keluar..dia mention dpt selamatkan kanak2 4 & 5 tahun 2  ...

video mana? Sila tepek sini tgk. Hang tak tgk ka video Ketua Polis KL yang berserban tu ckp? Paling kecil 7 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 04:02 PM | Show all posts
Modngengade replied at 14-9-2017 03:56 PM
pusat tahfiz mana yg pprt sgt tu sister?  setahu kakak pusat tahfiz ada kurikulum mereka, ingat me ...

pusat tahfiz rumah2 org ni... yg kawan aku gi hantar tu kat sek 3 tak silap... tak ingat ...
kalau tahfiz mcm al-amin... atau rizQ kot la ada diajar tafsir.. mmg daftar dgn kementerian bagai..
yg kecik2 kat banglo2 tu.. belum tentu...
mostly hafaz aja....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:03 PM | Show all posts
rock_stars_roll replied at 14-9-2017 03:57 PM
Kesian budak2 yg rasa beban nak bawa  mak ayah ke syorga.

Beban apa nih? bawa mak ayah masok syurga apa nih? Bodoh betul la kalau hang tak boleh faham mak ayah antar anak belajar agama supaya jadi insan yang taat pada Allah dan jadi umat Islam yang baik. Motif camni pun hang tak boleh nak cerna ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:06 PM | Show all posts
kakiselit replied at 14-9-2017 04:00 PM
video mana? Sila tepek sini tgk. Hang tak tgk ka video Ketua Polis KL yang berserban tu ckp? Palin ...

sorry..xtau mcm mna nk msukkan vdeo tu..i dgr mcm ank cikgu dlm tu jgk..bdk ni kta dlm 5 tahun, 4 tahun..dia yg 1st person keluar dr paip tepi bangunan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:06 PM | Show all posts
white_musk replied at 14-9-2017 03:52 PM
Janji parents tu dapat masuk sorga fast lane dik...  Peduli apa nk memanja begitu..

white musk, what more I can say; u are forever in the stupid mode.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:08 PM | Show all posts
single_mom replied at 14-9-2017 03:54 PM
ALLAHU...

Kenapa nak salahkan mak bapa hantar anak ke tahfiz? yang bercakap mcm tu rasa takde ana ...

kalau gini pemikiran nye..
senang hati la org yg cuai / tak ikut undang2 ni lepas tangan... tak rasa bersalah langsung la depa..
ye la..semua sbb qada qadar takdir kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 14-9-2017 03:47 PM
kalau mcm tu.. sambung menceceh...
kat website jakim ni .. aku google
tak berdaftar ni maksudnye ...

Kemudahan asrama - tiada????
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:09 PM | Show all posts
akuperatijee replied at 14-9-2017 04:06 PM
sorry..xtau mcm mna nk msukkan vdeo tu..i dgr mcm ank cikgu dlm tu jgk..bdk ni kta dlm 5 tahun, 4  ...

Aku tak dgr lagi video hang (nak kena cari dulu) tapi yang valid statement dari Ketua Polis KL adalah 7 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:10 PM | Show all posts
cecehan panjang lebar

DrMAZA.com46 mins ·







Buat sekian kalinya kita mendengar trajedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas;
SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA: ANTARA KEMURNIAN NIAT DAN PENGURUSAN YANG LEMAH
Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat. Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyiksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibubapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib. Antaranya;
1) Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Namun ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak begitu memahami ataupun memikirkan secara seimbang apakah yang mereka mahu bagi masa depan anak-anak tersebut. Kalangan mereka, disebabkan tidak begitu memahami agama menganggap hanya dengan belajar di sekolah agama maka itu sudah memadai. Tidaklah mereka faham apa yang dimaksudkan dengan ‘tafaquh’ atau mendalami agama dalam ertikata yang sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menilai walaupun secara umum kedudukan ataupun kualiti sekolah agama yang mereka hantar anak-anak mereka belajar.
2) Ibubapa hendaklah sedar, bahawa anak-anak kita membesar dan akan hidup di era ini. Era yang penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan memahami teks dalam konteks yang betul. Justeru itu, pendidikan agama yang baik hendaklah diseimbangkan dengan keperluan cabaran masa kini. Demikian, amat penting untuk difahami bahawa menjadi ilmuwan agama bukan sekadar menghafal nas dan bernasyid semata, tetapi hendaklah mampu memahami apa yang dihafal dan dapat menghuraikan makna Islam selaras dengan tuntutan semasa.
3) Jika hasrat ibubapa itu sekadar memberikan pengetahuan asas agama kepada anak-anak mereka, hendaklah mereka sedar bahawa anak-anak mereka selain dari bersolat dan berzikir, juga perlu hidup seperti manusia lain. Maka ilmu yang membolehkan mereka mencari rezeki yang halal amatlah diperlukan. Ini sama ada mata pelajaran akademik lain selain mata pelajaran agama, ataupun ilmu kemahiran hidup yang membolehkan penerusan hidup mereka di masa hadapan.
4) Ibubapa hendaklah tahu bahawa bukan semua yang dipanggil ustaz itu baik kualiti bahasa Arab dan bagus pengetahuan agamanya. Lebih daripada itu, gelaran ustaz bukan jaminan kemaksuman seseorang sehingga kita boleh mempercayai segala yang dia beritahu tanpa penelitian dan siasatan. Maka, langkah berwaspada untuk masa depan anak-anak kita adalah sesuatu yang dituntut.
5) Terdapat sekolah tahfiz dan agama swasta yang baik , mengikut peraturan dan berkualiti. Ini dapat diukur dengan banyak ciri, antaranya kualiti kelulusan guru-guru yang mengajar, sukatan pelajaran dan persekitaran pembelajaran. Secara umumnya, sekolah-sekolah agama ataupun tahfiz di bawah Kementerian Pendidikan diurus tadbir dengan baik di sudut kualiti pelajaran.
6) Namun tidak boleh dinafikan di sana terdapat sekolah agama dan tahfiz diwujudkan tanpa melengkapi keperluan yang sepatutnya. Sebahagiannya hanya kerana semangat ‘ustaz-ustaz’ tertentu yang ingin menubuhkan sekolah sendiri di atas pelbagai tujuan peribadi lalu diwujudkan sekolah mereka sendiri sekalipun tidak memenuhi keperluan pendidikan yang sepatutnya. Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya gagal dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran.
7) Sekolah-sekolah yang tidak berkualiti itu, bagi menjimatkan kos gaji guru, mereka mengambil sesiapa sahaja yang bersedia mengajar sekalipun bukan bidang berkaitan. Maka tenaga pengajar yang tidak cekap, tidak berpengalaman dan ‘bidan terjun’ ataupun ‘tangkap muat’ mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Individu yang tidak begitu tahu bahasa Inggeris mengajar Bahasa Inggeris, yang tidak mahir matematik mengajar matematik, sains, sejarah dan seterusnya. Sebahagian mereka bekerja ini hanya sementara menunggu peluang pekerjaan lain, maka tahap tanggungjawab juga rendah.
8) Terdapat pemilik-pemilik sekolah tahfiz dan agama yang menubuhkan sekolah mereka untuk kepentingan diri mereka. Mereka guna nama tahfiz dan agama untuk mengutip derma dan sumbangan. Wang yang disumbangkan itu, tidak mempunyai jawatankuasa ataupun badan audit ataupun amanah yang mengawal. Akhirnya jika tidak amanat, pemilik tahfiz ini mewah dengan sumbangan orangramai, sementara sekolah mereka dalam keadaan daif. Lebih dukacita lagi, ada yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma sehingga kita lihat, anak-anak tahfiz di lebuh raya, kedai makan, pasaraya dan seumpamanya untuk mengutip wang daripada orang ramai.
9) Dukacita, akhirnya yang menjadi mangsa ialah ibu bapa dan anak-anak muslim yang ingin mencari ilmu agama tetapi tersalah tempat kerana ‘sangkaan’ baik kepada pusat-pusat tahfiz ataupun sekolah agama yang sedang tumbuh bagaikan cendawan ini.
10) Justeru, bagi menyelamatkan masa depan anak-anak umat Islam, perkara ini hendaklah diteliti dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab.
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 04:11 PM | Show all posts
bit replied at 14-9-2017 04:08 PM
Kemudahan asrama - tiada????

kan...
dideclare tak de...
tapi tak tau la kalau kat database jakim ni info tak update
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahiroji'un ..takziah buat keluarga yg terlibat..
Ya Allah jadi kan lah satu iktibar utk semua..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cecite replied at 14-9-2017 09:13 AM
Bangunan di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling. pic 2013.



Erk.. Mimtahul ulum ni mcm nama tahfiz yg nak dibuka di kg sy.. Tp byk sgt kontroversinya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 14-9-2017 03:19 PM
dlm WA group aku ni dua budak ni adik bradik
dua dua ninggal..
sorang umur 11 tahun, adik nya umu ...


Jenis mak bapak yang nak ajar anak solat pun tak mampu kot.
Tak masuk asrama tahfiz, anak2 tak tau mengaji kot.

Tak boleh hadam jenis mak bapak macam ni.
Macam takde rasa sayang kat anak.
Jenis tak manjakan anak, malas didik anak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.164974 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list