CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6451|Reply: 27

Anak Rizalman Pernah Belajar Di Pusat Tahfiz Yang Terbakar Itu

[Copy link]
Post time 15-9-2017 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Ramai tidak tahu pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman pernah menghantar anaknya, Umar Nail ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terlibat dalam tragedi kebakaran semalam.


Rizalman meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan apa yang berlaku terhadap anak-anak di pusat tahfiz itu.


Katanya menerusi Instagram itu, dia menganggap sebahagian daripada mangsa tragedi sebagai anak angkatnya.


"Saya merasa amat terkesan akibat kejadian ini kerana ada antara mereka (mangsa) menjadi sahabat Umar, saya sendiri dan sudahpun bergelar 'anak-anak angkat' saya selama ini.





"Ini kerana mereka sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah sambutan hari jadi saya, tahun lalu.

"Kekayaan doa mereka yang disampaikan kepada Allah, pada saya dan keluarga cukup besar maknanya.

"Ketulusan dan kesucian hati mereka, wajah-wajah suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui al-Quran dan perasaan hormat mereka ketika mencium tangan setiap kali berjumpa dan berpisah, bagai terasa dingin syurgaNya," katanya.


Rizalman juga mendoakan dan menitipkan ingatan buat ustaz yang terbabit dalam kemalangan tersebut.


"Kepada ustaz @yusufdqi yang berkorban menjaga kebajikan anak ini hingga ke akhir hayatnya, saya hanya mampu berdoa.





"Kepada ibu bapa anak ini, Allah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang. Anda semua yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini,"  ujarnya.


Pastinya apa yang dirasai oleh pereka fesyen ini sangat mendalam kerana pernah mendekati sendiri mangsa-mangsa di pusat tahfiz tersebut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Indah n tenang sgt baca tulisan rizalman..tersusun kata2 nya..
Btw,Al-fatihah utk mangsa kebakaran..sebak sgt tgk muka ank2 syurga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aisheteru abam
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:28 PM | Show all posts
taktau pula dia ni dah kawin
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:31 PM | Show all posts
harrypoter replied at 15-9-2017 02:28 PM
taktau pula dia ni dah kawin

tu anak angkat dia la you.. dia bela since baby lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:31 PM | Show all posts
harrypoter replied at 15-9-2017 02:28 PM
taktau pula dia ni dah kawin

tu anak angkat dia la you.. dia bela since baby lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 03:37 PM | Show all posts
ninjago replied at 15-9-2017 03:31 PM
tu anak angkat dia la you.. dia bela since baby lagi..

ooo.. tq info
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:46 PM | Show all posts
nasib ank dia xde mse insiden ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 04:10 PM | Show all posts
AmandaRollins replied at 15-9-2017 03:24 PM
Indah n tenang sgt baca tulisan rizalman..tersusun kata2 nya..
Btw,Al-fatihah utk mangsa kebakaran. ...


peminat law & order svu eh

sory ot


channel life inspired klu xsilap
kisah ala2 upclose & personal die
ats feri di putrajaya
majlis smbutan hr jd dato r ni
anak2 ni lh ye yg dijemput sm masa tu
lahai....





Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:12 PM | Show all posts
sedihnyaaa....
semua nya masih kecil2 lagiii
nmpak comel2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:14 PM | Show all posts
tgk video R ni upload d Ig beliau...menusuk hati
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp anak dia x dok asrama tu la ye??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg majlis tema kain pelikat tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:18 PM | Show all posts
haryatie replied at 15-9-2017 04:12 PM
sedihnyaaa....
semua nya masih kecil2 lagiii
nmpak comel2..

kann...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Perenggan yg terakhir tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:30 PM | Show all posts
sedihnyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillawainnailahirojiun. Syurga tempat kalian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
blue^panther replied at 15-9-2017 04:16 PM
Tp anak dia x dok asrama tu la ye??

Tak lerr, dulu. Skag anak dia skola asrama lain dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:00 PM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-9-2017 04:10 PM
peminat law & order svu eh

sory ot

Yup,mmg minat sgt..now waiting for latest episode..

Rizalman mmg sgt humble..kudos to him..slalu terlibat dlm majlis amal jariah

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.192068 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list