CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6408|Reply: 25

KONGSI PENGETAHUAN ANDA DALAM PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ALAM GHAIB

  [Copy link]
Post time 17-9-2017 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kongsi apa-apa sahaja pengetahuan anda seperti jenis-jenis jin,kaedah rawatan dalam menangani kes gangguan jin,ayat-ayat dan alat-alat untuk perlindungan diri dari gangguan jin,keadaan alam jin,pontianak tu dari jenis jin apa,tempat-tempat hotspot untuk jin dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2017 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku start dulu la ye...

Kenapa kita menggunakan garam kasar,lada hitam dan belerang dalam kerja-kerja mengekang gangguan jin?

Kerana bahan-bahan tersebut memancarkan frekuensi yang tinggi yang boleh mengganggu jin-jin yang merupakan makhluk frekuensi rendah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli sihir dikatakan tidak akan mampu menggunakan sihir mereka ketika terjadinya letusan gunung berapi kerana asap sulfur (belerang) akan memerangkap sihir tersebut dan mengganggunya dengan kekuatan frekuensi yang dipancarkan oleh sulfur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kemenyan digunakan dalam aktiviti memanggil Jin?

Kemenyan menghasilkan frekuensi yang rendah yang bersesuaian dengan frekuensi Jin.Tambahan pula asap dan bau busuk adalah makanan dan daya penarik kepada jin-jin kafir dan jahat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jin terbahagi kepada 3 kelompok utama iaitu Jin Islam,Jin Kafir dan Syaitan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jin adalah makhluk yang diberikan akal dan nafsu sepertimana manusia namun agresif dan bertingkah laku seperti haiwan.

Mereka mampu berubah bentuk dengan menyerupai haiwan atau manusia atau makhluk-makhluk pelik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2017 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow lagi lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari segi zahir,Jin terbahagi kepada 3 jenis iaitu

1) Jin yang bersayap/boleh terbang
2) Jin yang menyerupai ular dan anjing
3) Jin yang hidup melata di atas tanah

Pontianak boleh dikategorikan sebagai Jin yang boleh terbang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2017 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kebanyakkan kes gangguan atau rasukan ,majoriti entiti yang merasuk seseorang manusia adalah dari golongan Jin kafir.Jin kafir ini ada banyak peringkat kejahatan.

Dan Jin Kafir ini menerima arahan dari syaitan yang boleh dikatakan sebagai tentera elit untuk Iblis.

Jarang kita dengar berlaku close encounter dengan syaitan.kalau ada pun,Jin Kafir itu berbohong dan mengatakan dirinya itu syaitan.

Syaitan hanya melakukan pekerjaan-pekerjaan khusus seperti membisikkan kejahatan ke telinga atau hati manusia dengan niat untuk menjauhkan manusia dari Allah SWT.

Syaitan juga biasanya terlibat dalam ritual-ritual besar atau menjadi pengantara dalam perjanjian yang melibatkan dengan Iblis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jin suka duduk di kawasan:

-air yang bertakung dan tidak mengalir seperti kawasan paya atau tasik.
-dikawasan antara gelap dan terang seperti bawah rimbunan pokok atau disebalik bayang-bayang.
-dibahagian sudut atau penjuru bangunan contohnya antara dinding dengan siling.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Syaitan plak suka duduk di kawasan:

- dalam tandas.
- di pasar-pasar.
- tempat-tempat yang kotor

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu paling aktif untuk syaitan adalah waktu senja.Jin pula aktif antara pukul 2 pagi hingga 4 pagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jin mampu berkomunikasi dalam banyak bahasa dunia termasuklah bahasa-bahasa kuno yang telah lama pupus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 03:09 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 17-9-2017 11:27 PM
Dari segi zahir,Jin terbahagi kepada 3 jenis iaitu

1) Jin yang bersayap/boleh terbang

Jin @ hantu air kategori mana?

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 03:28 PM | Show all posts
betul ker org cakap...sebaik2 jin..sejahat2 manusia...
org cakap la..bukan aku cakap..tp aku orang..bukan jin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 19-9-2017 03:09 PM
Jin @ hantu air kategori mana?

Jin yang melata atas tanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 19-9-2017 03:28 PM
betul ker org cakap...sebaik2 jin..sejahat2 manusia...
org cakap la..bukan aku cakap..tp aku orang. ...

Yang ni xsure cuma yang diketahui Jin ni suka bercakap bohong...sebab tu masa sesi berubat kita tak boleh percaya kata-kata Jin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 04:42 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 19-9-2017 04:36 PM
Yang ni xsure cuma yang diketahui Jin ni suka bercakap bohong...sebab tu masa sesi berubat kita ta ...

setahu aku yg biasa kaco manusia ni jin jahat...jin Islam buat ibadat jek kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 19-9-2017 04:42 PM
setahu aku yg biasa kaco manusia ni jin jahat...jin Islam buat ibadat jek kan?

Jin Islam ada kehidupan sendiri.tapi tengok keadaan.kalau kita tersalah buat sesuatu tanpa sengaja pun,diorang boleh hangin satu badan.tapi xdelah sampai kita terpaksa terjebak dalam perkara syirik masa nak settle masalah dengan diorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 19-9-2017 05:19 PM

Banyak perkara-perkara yang diluar kebiasaan dari alam ghaib timbul apabila:

1-Berlaku perhubungan di antara Alam Jin dengan Alam manusia secara sengaja melalui amalan sihir atau meminta perlindungan/bantuan kepada Jin.

Surah Al Jinn Ayat 6

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat"

Aktiviti ini menyebabkan timbul upacara menjamu jin,melakukan pembunuhan sebagai korban sembahan untuk syaitan,Jin atau syaitan menjadikan darah sebagai makanan n etc

2-Keterlibatan roh-roh manusia yang dikatakan tidak diterima oleh Allah dan roh-roh ini berkeliaran di antara langit dan bumi.Walau bagaimanapun roh adalah rahsia Allah.

Surah Al Isra' Ayat 85

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

Banyak kes berlaku penampakan roh-roh manusia yang berkeliaran walhal roh-roh itu sebenarnya adalah syaitan-syaitan yang menyamar dan menyerupai arwah yang telah meninggal dunia kerana kita maklum bahawa apabila seseorang manusia itu meninggal bermakna dia telah memasuki Alam barzakh.dan diantara Alam dunia dan Alam barzakh ini ada dinding yang menghalang seseorang itu untuk kembali ke Alam dunia.

Ada juga sebahagian Jin yang menyerupai arwah seperti Jin-Jin belaan atau saka atau disebut Jin Qarin.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075372 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list