View: 7236|Reply: 64
|
[Jenayah]
Pencuri Berselipar, Seluar Pendek Larikan RM600,000 Dari Bilik Kebal Bank
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 19-9-2017 08:53 PM
PETALING JAYA: Seorang lelaki hanya berselipar dan berseluar pendek berjaya melarikan sejumlah RM600,000 daripada bilik kebal sebuah bank di Damansara Heights.
Akhbar The Sun melaporkan lelaki yang menyamar sebagai penyelenggara alat pemadam kebakaran hanya menyandang beg, memakai kemeja-T, berseluar pendek Bermuda dan berselipar berjaya melarikan wang tersebut dalam masa 20 minit.
Tetapi jenayah tersebut hanya dikesan 2 jam kemudian oleh kakitangan bank.
Sumber menggambarkan pencuri itu kelihatan tenang dan yakin. Dia memasuki bank kira-kira jam 12.30 tengahari pada 8 September dan memperkenalkan dirinya sebagai juruteknik syarikat alat pemadam api.
Bagaimanapun pengurus bank tidak membenarkan lelaki itu meneruskan tugas setelah gagal mengesahkan identitinya, sebelum pengurus itu keluar makan tengahari.
Lelaki dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun tidak beredar sebaliknya kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia berlegar-legar di tempat itu sebelum menyelinap melalui pintu di belakang kaunter bank.
Dia berpura-pura memeriksa alat pemadam berkenaan sewaktu kakitangan sibuk dan kemudiannya menghampiri bilik kebal.
Apabila ketua juruwang masuk ke bilik itu, lelaki tersebut meletakkan sekeping magnet pada selak pintu kunci berautomatik – menghalang selak itu terkunci secara automatik apabila ditutup.
Beberapa minit selepas ketua juruwang keluar, lelaki itu masuk ke bilik kebal dan memasukkan wang ke dalam beg galas yang dibawanya, dan dengan tenang keluar daripada bank.
Pada jam 2.30 petang, selepas pengurus bank kembali daripada makan tengahari, dia bertanya perihal lelaki tersebut dan dimaklumkan suspek telah beredar.
Pengurus bank yang mulai curiga kemudiannya membuat pemeriksaan peti besi di bilik kebal dan mendapati RM600,000 telah lesap.
Sumber berkata tidak lama selepas kes itu dilaporkan kepada polis, penyiasat menahan pengurus bank berusia 40-an.
Pengurus itu direman 2 hari untuk membantu siasatan dan dibebaskan selepas dia didapati tidak terlibat dalam kes itu.
Pada Ahad, polis menahan ketua juruwang tetapi dia dibebaskan beberapa jam kemudian selepas disoal siasat.
Difahamkan kedua-dua kakitangan itu digantung kerja.
Penyiasat berkata, suspek pernah membuat percubaan yang sama di syarikat lain dengan memperkenalkan diri sebagai juruteknik penghawa dingin.
Bagaimanapun, kakitangan syarikat tersebut curiga dan tidak membenarkannya masuk.
Sumber berkata penyiasat juga terkejut dengan kecuaian kakitangan bank itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LOLLLL byk tgk movie la pencopett ni
so cane? tak dpt tangkap lg ke hahaha
brilliant sgt mamat ni
nk tgk sikit rupa dia |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya dia..
cool jerk dtg merompak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kuat nengok moviee..pastu praktikkan... habislaa sape yang kne nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Kompiden giler perampok ni. Bank apa ni, teruk sangat security? |
|
|
|
|
|
|
|
so tak dapat tangkap lagi ye pencuri tu..
macam ni la bagus..
ko nak curi pegi bank terus..
pastu takde nak usik bunuh orang ke apa..
guna otak je dapat duit |
|
|
|
|
|
|
|
pagi tadi baca The Sun & tgk gambo mamat tu...wah, inspired by film ke apa ni...setakat pakai selipar je & rilek je keluar takyah tutup2 muka dpn cctv... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kalah cerita wayang ni kecuali cerita tamil... |
|
|
|
|
|
|
|
kalah dominic toretto rompak, tak perlu ahli yg ramai pun hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
memang kira hebatlah.. buat kije sorang2.. pakai simple.. orang bank boleh jadi lalai.. bank apa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
pak guard subahat kot
bagi tau selok belok bank
polis tk soal pn pak guard
mana2 bank klu org asing masuk, muke guard cm nk bunuh org pn ada bila pandang |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Rompak Bank Tanpa Senjata, RM600 Ribu Lesap Dalam Masa 20 Minit
sumber : The Sun Daily
Seorang lelaki dilaporkan berjaya mencuri wang sebanyak RM600,000 dari bilik simpanan di sebuah bank yang terletak di Damansara Heights dalam masa 20 minit sahaja tanpa menggunakan sebarang senjata dan dalam keadaan yang tidak disedari oleh sesiapa pun.
Memetik laporan The Sun Daily, lelaki yang berpakaian T-shirt, berseluar pendek, berselipar dengan membawa sebuah beg memasuki sebuah bank di Damansara Heights sambil menyamar sebagai pegawai teknikal syarikat pemadam api.
Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki itu memberitahu bahwa dia ingin menjalankan pemeriksaan ke atas pemadam api sambil meminta kebenaran untuk masuk ke adalam kawasan larangan dalam bank tersebut.
Apabila diminta menunjukkan kad identiti oleh pengurus bank itu, suspek dikatakan gagal berbuat demikian.
Justeru pengurus itu tidak membenarkannya untuk masuk menjalankan pemeriksaaan tetapi suspek itu masih berkeliaran di dalam bank.
Berdasarkan paparan kamera litar tertutup CCTV, suspek kelihatan menyelinap masuk ke belakang kaunter bank, kemudian berpura-pura memeriksa pemadam api.
Oleh kerana tidak mengetahui hal yang sebenar, kebanyakan kakitangan bank hanya sibuk melayan pelanggan dan tidak mengendahkan suspek.
Walaupun hanya pengurus bank dan ketua unit kredit yang mengetahui nombor laluan atau password bilik simpanan, tetapi lelaki itu sempat meletakkan seketul magnet di tempat kunci automatik ketika ketua unit kredit memasuki bilik simpanan supaya pintu automatik itu tidak terkunci.
Apabila ketua unit kredit itu keluar dari biilk simpanan wang, suspek segera masuk dan mengambil sejumlah wang kemudian terus keluar dari bank itu.
Sehingga jam 2.30 petang, pengurus bank terbabit mendapati jumlah wang dalam bilik simpanan telah kurang sebanyak RM600,000.
Laporan polis telah dibuat dan pihak polis turut menahan pengurus bank serta ketua unit kredit untuk soal siasat.
Namun, mereka berdua telah dibebaskan dari tahan reman dua hari setelah mengesahkan mereka tiada kaitan dalam kes itu.
Sehubungan itu, polis mengedarkan keratan gambar pencuri itu yang merupakan seorang lelaki berusia 30an daripada rakaman CCTV.
Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pengawai penyiasat kes tersebut melalui talian 017-2336343 ( ASP Mohd Hafizi bin Ishak ) atau balai polis Brickfields 03- 90516222.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Aku google jap nak tengok gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
@adm7
@spiderman80
thread dh ada
mohon delete thread ni sekali dgn akaun Wartawan CARI-LTS
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo satu bank kt Hartamas tu, x perlu bantuan guard utk tau selok belok bank tu. Coz branch tu cuma sekangkang kera, setiap tempat dan pergerakan boleh dilihat hanya dengan berada di ruang legar bank .
Btw jenuhla mereka2 yg terbabit nak menjawab kiri kanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik kebal tu mmg takder org jaga ker? Ker jaga tgh tido? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah annan!! Ini macam lah jadi perompak. Bukan pegi rompak duit tabung masjid
|
|
|
|
|
|
|
| |
|