CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2158|Reply: 21

[Tempatan] Video Dato' Vida Terbaharu : Mandi Duit

  [Copy link]
Post time 20-9-2017 01:25 PM | Show all posts |Read mode


PEMBIKINAN muzik video lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida mencecah RM1 juta membabitkan kos pembikinan, kostum dan barang kemas.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, kos pembikinan mencecah RM180,000, pakaian dan prop RM80,000, prop tambahan RM30,000, cincin berlian RM300,000 dan beberapa barangan kemas lain bernilai ratusan ribu.


"Kos keseluruhan hampir sejuta. Saya membeli khas barang kemas untuk dipakai ketika penggambaran. Bukan apa, ini konsep yang ingin ditonjolkan sesuai dengan lirik lagu.


"Muzik video ini sangat mewah dan luar biasa. Ini muzik video pertama seumpamanya di negara kita yang digarap sebegitu. Diakui proses pembikinan sangat susah ditambah dengan jadual kerja saya yang padat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Vida, prop dan kostum yang digunakan dibeli khas di Thailand, Jepun dan Indonesia.

Sementara itu, duit yang ditabur atas tab mandi adalah duit sebenar dari pelbagai negara.

Vida turut menepis tanggapan segelintir pihak mengatakan dia riak dan sengaja menunjuk-nunjuk kemewahan menerusi muzik video itu.

"Saya bukan riak tetapi mahu ekspresikan lirik 'living lavida' yang berkaitan dengan duit. Ini kerana bila bercakap fasal duit, ia memang menarik minat orang.

"Semua elemen kemewahan yang didambakan ramai orang ada dalam muzik video ini. Apa saya boleh katakan, ia memang menarik dan tidak sabar menunggu hasilnya," katanya.

Dalam masa sama, Vida juga menafikan terdapat satu babak dalam muzik video itu meniru muzik video Look What You Made Me Do nyanyian Taylor Swift.

"Memang tidak sangka idea baring dalam tab mandi sama dengan muzik video Taylor Swift. Bezanya dia menggunakan berlian manakala saya pula duit.

"Namun saya tetap meneruskan idea ini kerana mahukan kelainan iaitu menembusi pasaran antarabangsa. Lagi pun idea untuk menghasilkan muzik video ini dibuat sejak dua bulan lalu.

"Sedangkan muzik video Taylor Swift baru dilancarkan tiga minggu lalu. Jadi tidak timbul isu saya meniru. Nanti saya akan Tweet dia apabila muzik video ini siap," katanya.

Muzik video arahan Ghaz Abu Bakar itu bakal dilancarkan hujung bulan ini.

https://www.hmetro.com.my/rap/2017/09/265035/vida-belanja-sakan-mahu-kelainan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat sangat keluar video. Lagu pun dah basi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:42 PM | Show all posts
Amboi. Nak meniru Taylor Swift.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:42 PM | Show all posts
seronok org kaya..
banyak masa lapang
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:50 PM | Show all posts
Berapa banyak video clip sheols nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:12 PM | Show all posts
alahai membazirnyaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
She buy her own happiness. Biarkan la.....yang penting pasni kemana dengan bodyguard yea.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:27 PM | Show all posts
gold bar tu pun asli ka cekelet?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mabuk duit 4x
semua org mabuk duit
siang dan malam
memikey duittt..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde yg ambik senyap2?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:08 PM | Show all posts
so, dia berbikini ka dalam tab mandi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:18 PM | Show all posts
yea yea you are filthy rich,
but you still can fix your fucking ugly face, bitch, that is for sure
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Dato Vida betulla duit tak dapat beli ketenangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
biar lah dia. asalkan bahgia.bukan usik kita pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:58 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 20-9-2017 03:18 PM
yea yea you are filthy rich,
but you still can fix your fucking ugly face, bitch, that is for sure ...

lps ni cuba2 tinjau gangnam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..nak sentiasa kekal relevan terpaksa la membodohkan diri sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 05:18 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 20-9-2017 05:19 PM

video sendu dia tu dah berbulan kat utube baru 1milion lebih view..mcm tu ada hati berangan selevel dgn taylor swift??watt a farking joke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Istidraj.. suke ati ko laa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:19 PM | Show all posts
Aku nak tau mana dia dapat income
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:28 PM | Show all posts
Lantak ler dia nak menghabiskan duit sendiri macam mana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.105742 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list