CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 14

[Tempatan] PERJANJIAN SETAN’ DI PULAU PINANG

  [Copy link]
Post time 22-9-2017 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Dalam satu tulisan yang terbit di portal Malaysian Insight kelmarin, saya sebutkan sudah sampai waktunya Pulau Pinang perlu mempunyai seorang ketua menteri Melayu.

Sangat tidak munasabah jawatan itu digilirkan hanya kepada seseorang daripada etnik Cina. Lebih-lebih tidak masuk akal kalau calon itu datang dari satu keluarga pula. Warisan lapuk ini aneh kalau diteruskan oleh Pakatan Harapan yang menjadikan merit sebagai pertimbangan utama untuk melantik seseorang ke jawatan sepenting ketua menteri.

Dalam undang-undang tubuh Pulau Pinang juga tiada halangan kalau seorang ketua menteri Melayu dipilih. Maka, apa yang diamalkan di Pulau Pinang hari ini bukanlah sesuatu yang diwarisi sangat daripada BN, tetapi lebih tepat ia adalah daripada pemikiran penjajah. Inilah yang saya namanya sebagai “perjanjian setan”.

Sepanjang 60 tahun kemerdekaan negara, Pulau Pinang pernah mempunyai hanya empat orang ketua menteri. Sebagai perbandingan, Malaysia ini pun dalam tempoh sama sudah mempunyai enam orang PM dan nak masuk yang ketujuh tak berapa lagi lagi.

Tidak ada sebuah negeri pun di Semenanjung yang mempunyai jumlah ketua menteri atau menteri besar sesikit Pulau Pinang. Negeri sekecil Perlis sekalipun sudah mempunyai lapan orang menteri besar sejak merdeka.

Ketua menteri pertama Pulau Pinang adalah daripada MCA sebelum beralih kepada Gerakan pada 1969. Kemudian Gerakan menyertai BN dengan seorang ketua menteri paling lama yang memegang jawatan sehingga empat penggal iaitu Dr Koh Tsu Koon. Pada 2008, BN kalah dan kini sudah dua penggal Lim Guan Eng dari DAP menjadi ketua menteri.

2 parti perkauman Cina

Daripada susur waktu itu sahaja cukup untuk menunjukkan bahawa percaturan politik di Pulau Pinang tak pernah lebih daripada hanya antara dua parti yang perkauman Cina iaitu Gerakan dan DAP. Maka berdentam-dentum pun guruh di langit, politik Pulau Pinang sama sekali bukan untuk orang Melayu. Saya tak pasti berapa lama lagikah rakyat boleh dikhayalkan dengan isu-isu semasa tetapi menutup pula perihal dasar.

Pakatan Harapan sebagai gabungan yang selalu menyebutkan dirinya membawa “politik baru” perlu memecahkan pemikiran penjajah dan perjanjian setan di Pulau Pinang. Mereka tidak boleh bersenang-senang menuding menyalahkan BN atas kelemahan sendiri termasuklah tidak tahu apa yang perlu dibuat apabila berkuasa.

Tidak keterlaluan untuk ditanya, apakah benar politik baru termasuk yang berasaskan merit itu menjadi gaya politik Pakatan Harapan, atau sesungguhnya penyedap bicara sahaja?

Kebetulan Guan Eng sudah dua penggal menjadi ketua menteri. Waktunya beliau berundur kini tiba. Pengunduran beliau bukan kerana beliau tak layak, tetapi atas perkara prinsip dan moral di mana Pakatan Harapan sendiri mahukan jawatan tertinggi seperti PM dan ketua menteri, dihadkan kepada dua penggal sahaja. Seseorang ketua negara atau negeri yang terlalu lama dikesan menjadi punca wujudnya perlakuan seperti korupsi dan cenderung menjadi kuku besi.

Azam dan janji politik sebegini tidak perlu sampai ke Putrajaya baru hendak dilaksanakan. Di peringkat negeri pun sudah boleh dibuat. Bahkan perbincangan mengenai perkara ini bukanlah baharu dan berkali-kali diulangi oleh Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin dalam ucapannya.

Apa yang penting diwujudkan ialah satu sistem pentadbiran yang baik di mana siapa pun yang menjadi ketua menteri dapat dijamin sistem pentadbiran tetap bergerak dengan baik dan bermanfaat kepada rakyat. Politik yang terlalu bergantung kepada tokoh dan individu adalah politik lapuk dan tidak berjiwa reformasi.

Amerika tetap baik-baik sahaja

Kita lihat di beberapa negara di mana jawatan kepala negara dihadkan kepada dua penggal seperti Indonesia dan Amerika Syarikat. Mungkin ramai yang tidak menyukai Donald Trump, tetapi kemenangan Trump tidaklah sampai menyeret Amerika Syarikat jatuh ke lembah kehancuran. Amerika tetap baik-baik sahaja dan berjalan sepertimana perlunya sebuah negara maju berjalan.

Begitu juga di Indonesia—contoh dari jiran kita yang dekat. Tidak kurang ramai yang menjangkakan betapa buruknya keadaan Indonesia dengan kemenangan Jokowi. Beliau bukan sahaja belum satu penggal sebagai Gabenor Jakarta, tetapi karektor Jokowi yang ‘lembik’ juga akan menjadikan Indonesia turut jadi lembik.

Selepas tiga tahun sebagai presiden, republik itu tetap berjalan seperti perlunya sebuah negara berjalan. Dua bukti ini menunjukkan bahawa sesebuah negara yang mempunyai sistem yang ampuh dan berkesan, maka sesiapa pun yang menjadi kepala negara hanyalah satu keperluan berbanding sekian banyak keperluan lainnya.

Inilah perbezaan ketara dengan negara-negara yang percaya bahawa tokohlah yang menyelamatkan bangsa. Sekali lagi contoh yang dekat boleh diambil iaitu dari Singapura. Sejak merdeka dan sejak berpisah dengan Malaysia, Singapura baru mempunyai tiga PM.

Bermula daripada Lee Kuan Yew yang berkuasa selama 25 tahun, beralih kepada Goh Chok Tong selama 13 tahun sebelum kembali semula kepada keluarga Lee iaitu anaknya, Lee Hsein Loon sejak 2004 sehingga kini. Dalam tempoh yang begitu lama dengan hanya tiga PM, apa yang terbayang oleh kita ialah betapa kurangnya bakat kepimpinan di Singapura. Selain itu, kita juga wajar mencurigai bagaimana berkesannya sistem kenegaraan di Singapura sehingga segala-galanya perlu bergantung kepada politik tokoh.

Saya tak fikir Malaysia terlalu lemah, termasuklah Pulau Pinang. Keseriusan Pakatan Harapan dalam hal merit hanya boleh dilihat apabila mereka dengan segara menamakan calon-calon ketua menteri Melayu sebelum PRU tak lama lagi. Itu barulah “harapan” layaknya!

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

– M’kini

.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apake nyanyok...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
I tak kisah apa bangsa sekalipun janji berintegriti dalam menjalankan amanah yg diberikan. Msia tak perlukan pemimpin yg korup mcm skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
So point nya nak suruh tukar MB Penang kpd Melayu kan? Lepastu banding dgan singapork lgi. Nampak dh permainan penulis
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali ko pegang jawatan, x akan engkau lepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
No thank you. We are doing good with current CM. Tak nak jadi negeri isle mcm negeri lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pru nak dekat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno menang majoriti di penang sekalipun... jo ingat pemimpin umno ug akan jadi KM....? Kirim salam bebanyak laa... cina gerakan tuh juga jadi KM.... tuh perjanjian umno dan gerakan lepas 13 mei 69 dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula dah...
Bukan nak tukar KM  melayu tapi nk tukar pada dot dot dot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 04:25 PM | Show all posts
orang umno jadi km pun, korang ingat melayu bole senang hidup? mitos
ambik pi la cacai umno jawatan km ni...


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 04:40 PM | Show all posts
dah lupa ke kat sabah camne..dulu janji nak gilir2 KM..sekali dapat kat musa aman trus tak turun2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 04:45 PM | Show all posts
saladin780 replied at 22-9-2017 04:40 PM
dah lupa ke kat sabah camne..dulu janji nak gilir2 KM..sekali dapat kat musa aman trus tak turun2 da ...

dah lupa melaka ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
No thank you, , tak sanggup ber CM kan puak songlap UMNGOK
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa diorang bermaharajalela yg kaya puak UMNGOK saja, buat projek kedai separuh diberi ke puak songlap ni. Konon la nak jaga Melayu. Nak jaga periuk nasi mereka aja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Ketua Menteri Melayu tapi KM Mamak. Mamak kan dah klaim bangsa majoriti kat bahagian pulau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075338 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list