CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2874|Reply: 53

[Tempatan] Banjir Pulau Pinang, PAS buat laporan polis terhadap kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 23-9-2017 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by finesse at 23-9-2017 09:12 PM

Panas sangat hari ni. Panas terik sampai dek fin terpaksa naik kereta membeli air nyok ais di gerai di tepi jalan. Selepas seminggu dua Penang ditenggelami hujan bala, akhirnya panas terik juga hari ini. Berita pun kena panas, tak gitu??




PAS Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini menggesa polis menyiasat kegagalan kerajaan negeri pimpinan DAP menangani masalah banjir di negeri itu. Mereka akan membuat laporan SPRM pada Isnin ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.



PAS Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan dipimpin DAP berkaitan banjir yang berlaku baru-baru ini di negeri itu.

Pengerusi Biro Tanah PAS Pulau Pinang Yacoob Omar berkata mereka mahu polis menyiasat sama ada wujud unsur salah guna kuasa ketika kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan.

Katanya, banjir kilat yang melanda negeri itu baru-baru ini adalah disebabkan pembangunan tidak terancang dan penggondolan bukit dan penebangan pokok, bukan hanya disebabkan cuaca buruk seperti didakwa kerajaan negeri.
“Kerana itu kita lihat kawasan yang tak banjir sebelum ini tetapi banjir sekarang…tempat macam Balik Pulau, Batu Feringgi, Teluk Bahang, Farlim.



“Saya dah duduk di kawasan Sungai Pinang sejak 50 tahun. Saya tahu banjir Pulau Pinang. Kita dapat banjir selalunya sekali atau dua setahun.“Tetapi sekarang kita banjir 20 kali setahun. Kami dapat statistik ni daripada pihak berkaitan,” katanya tetapi tidak menamakan sumber itu.

Yacoob, bekas ahli Majlis Bandar Raya Pulau Pinang berkata kerajaan perlu meluluskan pembangunan setelah memastikan adanya infrastruktur perparitan yang sesuai dan mencukupi dibina di sesuatu tempat.

“Ini yang mereka buat di negara lain,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani hari ini.

Yacoob yang juga merupakan pengerusi PAS Bahagian Tanjong turut menuduh kerajaan negeri kurang serius menangani masalah banjir.

“Dia mungkin fikir perkara ni tak serius, tetapi cuba basuh rumah selepas setiap banjir. Hanya kerana air hujan tinggi, anda salahkan Taufan Doksuri,” katanya.

Minggu lepas, kerajaan negeri berkata Pulau Pinang mencatatkan jumlah air hujan sebanyak 270mm Jumaat lalu, rekod tertinggi di negeri itu. Pihak berkuasa mengatakan ia bersamaan dengan jumlah hujan sebulan dalam masa sehari.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tiada sistem perparitan boleh menampung jumlah air hujan sebanyak itu dalam tempoh beberapa jam sahaja. Beliau juga melawat kawasan dilanda banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat yang turun beberapa minggu lepas dan awal minggu ini.


Seorang lagi pemimpin PAS, Iszuree Ibrahim berkata laporan polis itu juga dibuat kerana keangkuhan kerajaan negeri.
“Mereka suka tuding jari kepada kerajaan Kelantan sedangkan mereka (Pulau Pinang) yang perlu jaga hal sendiri,” kata setiausaha PAS negeri itu.


Bekas ahli majlis itu juga mengkritik kerajaan negeri kerana terlepas pandang kegagalan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) menyalurkan RM22 juta sumbangan perparitan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) untuk projek mitigasi banjir.


“Bagi kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, bagaimana ia boleh terlepas pandang,” katanya merujuk kepada prinsip pentadbiran yang ditawarkan kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Isu sumbangan perparitan sebanyak RM22 juta itu ditimbulkan dalam Laporan Jabatan Audit Negara 2016 Siri 1. Ia kembali menjadi tumpuan pengkritik kerajaan negeri susulan banjir Jumaat lepas itu.

Dilaporkan yang kerajaan negeri sudah menjelaskan isu itu sebelum ini dan Pengerusi Jawatankuasa Mitigasi Banjir Negeri Chow Kon Yeow sudah mengarahkan MPSP menyerahkan dana itu kepada JPS bulan lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar PAS Pulau Pinang Saiful Lizan Mohd Yusof berkata parti itu juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin depan.

“Kami akan sediakan dokumen kepada SPRM yang menunjukkan beberapa dasar tidak dilaksanakan kerajaan negeri untuk tangani banjir,” katanya ringkas.

Chow tidak dapat dihubungi untuk maklum balas mengenai laporan polis ke atas kerajaan negeri. – 23 September, 2017.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
DAP tak pandai tadbir pulau pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar cerita ketua kerajaan DAP ni seorang khalipah agong yang PANDAI mentadbir dan bijak katanya.

Dibantu oleh juak2 yang hebat-hebat tapi masalah banjir pun tak boleh settle.

Ke nak kata pembalakan di Kelantan punca banjir di Pulau Pinang.... KAHKAHKAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:18 PM | Show all posts
negeri lain tak mau saman sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:18 PM | Show all posts
bukannya tiap tahun penang tu banjir..
yg kat kelantan tu boleh dikatakan tiap2 tahun banjir..korang taknak nak report polis pulak kannnn

tak paham betul org politik nihh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 23-9-2017 09:15 PM
Dengar cerita ketua kerajaan DAP ni seorang khalipah agong yang PANDAI mentadbir dan bijak katanya.
...

Mabuk ke bang??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 23-9-2017 09:18 PM
bukannya tiap tahun penang tu banjir..
yg kat kelantan tu boleh dikatakan tiap2 tahun banjir..koran ...

Dlm kes ni org pas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
joeyss replied at 23-9-2017 09:18 PM
negeri lain tak mau saman sekali ke?

Saman negeri bauksit juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Khalipah Kulup luluskan projek untuk kroni la ni...sondol abih bukit2...makin kerap pulau pinang banjir sejak DAPigs memerintah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:27 PM | Show all posts

aku tau ...kalau kelatan tu zero banjir every year make sense jugak ko nak sibuk2 dgn neg lain...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ni mesti DAPigs menarah bukit membabi buta...ingatkan lagi bagus dari BN,rupanya lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:31 PM | Show all posts
kat  penang je ke? kat kedah perlis xnak buat?
hari tu kat melaka dan n.sembilan xde sape nk buat report?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
banjir pergi buat report polis? hmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Canang seantero dunia kononnya kerajaan bersih,rupanya lagi jahanam dari BN..mungkin ni balasan sebab khalipah kulup beli banglo murah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la buat report polis...biar polis siasat projek-projek pembinaan yang diluluskan DAPigs tu patuhi requirement jabatan Alam sekitar ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:05 PM | Show all posts
ni kedah pulak banjir, kena repot la juga,

nanti perak pulak banjir, repot lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah pun banjir besar hari tuhhh tak nak report polis ka? kalau dah hujan lebat berjam2 mcm mana jugak... kau nak lawan kuasa alam ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 23-9-2017 10:05 PM
ni kedah pulak banjir, kena repot la juga,

nanti perak pulak banjir, repot lagi

Polis pun pening kepala layan report pasal banjir hahahaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:26 PM | Show all posts
cHimo replied at 23-9-2017 10:19 PM
Polis pun pening kepala layan report pasal banjir hahahaaa..

musim banjir,polis pun kena buat kaunter khas utk aduan pasal banjir...

pas2 kena buat no giliran lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:28 PM | Show all posts
maaf banjir balak kt kelantan lagi teruk. mohon cermin diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.666387 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list