CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5909|Reply: 45

[Tempatan] pabila buaya klang munculkan diri, jalan terus menjadi sesak..

  [Copy link]
Post time 23-9-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by dodifarid at 24-9-2017 01:16 AM

Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah Sungai Klang.

Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.

Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015. -

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan jakun warga bandar Klang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak nya sg.klang dh makin pulih, sampai buaya pun nk berhijrah balik ke situ ape ke peliknya org klang, xkn xpnh nengok buaya dlm sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru aku tau nape Kak Mah suke henbeg kulit boye..  Pesonanye memukau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Serius bangang sangat sape yang berhenti. Menyusahkan orang. Peghak sangat ke tak pernah tengok buaya. Kalau aku ada kereta kebal, aku langgar je semua motor dan kereta yang berhenti tu. Perangai indon caprut.
Dulu sebab ada tayar pancit pun jadi jem. Padehal kereta tu pancit di bahu jalan betul. Bukan menghalang jalan pon. Bangang sangat nak perlahankan kereta sebab nak usha hijabista tayar pancit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak penah tengok buaya ke dorang nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2017 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Video tu record pakai nokia 3310 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
motif dlm video tu mcm batu batu sungai je?

guna fon oppo ke apa x reti zoom ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Buaya katak ni.... )
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 04:12 AM | Show all posts
menunjukkan sungai sudah tidak tercemar, hidupan liar mula kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama je Sg Klang, tapi ni kawasan Puchong.

Aku sendiri sebagai orang Klang, kalau Sg Klang area Tepi Sg ada buaya, turut merasa eksaited. Bukan sebab first time tengok buaya, sebab tak sangka Sg Klang berpotensi ada hidupan di dalamnya. Dari kecik tengok Sg Klang tu kotor bersampah, kalau ada buaya pun dah lama mati  tercekik makan plastik, takpun muncung tersangkut dalam balang kuih raya saiz sederhana. Tetiba bila dah tua gini ada buaya. Rasa macam, 'Oh Wow! Buaya tu tak mati semasa bayi! Syabas!'
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. sah buaya tu sesat gamaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:39 AM | Show all posts
Dr gambar cam laluan lepas tol nak gi Subang. Mesti cam celaka jem atas jambatan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah gi Zoo kot. Kalau nak gi Zoo kena bayar. Ni tengok free jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha..tak pasal-pasal warga klang dikatakan jakun. Buaya ni kat LDP..sebelah kampung seri andalas..heading to putra heights. Aku salah seorang yang stuck dalam jammed semalam akibat buaya durjana ini. Tapi okay jugak la buaya ni membawa rezeki kepada abang roti ais krim. Laki tau ais krim dia sebab orang lapar n dahaga lepas tengok buaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-9-2017 11:27 PM
Boleh tahan jakun warga bandar Klang ini.

Jgn pggl ore jakun(pnh bincang kt thread pasai ore asli ari tu).....btw...biasanya depa ni nengok buaya darat jer...buaya ayak first time nengok kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah malaya batak xpernah lehnat boya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 24-9-2017 06:31 AM
Nama je Sg Klang, tapi ni kawasan Puchong.

Aku sendiri sebagai orang Klang, kalau Sg Klang area  ...

Hahahhahaha bukan buaya tu lahir, sekolah dan membesar dalam sungai tu tapi buaya tu sesat
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakat g zoo lah reramai tengok boye.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghak sgt la mxm tak prnh tgk boya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083663 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list