|
Hari-hari menjalani penggambaran dan jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti membuatkan Kareena Kapoor sentiasa sibuk.
Namun ia bukan alasan untuk aktres Bollywood ini untuk mengabaikan anaknya, Taimur Ali Khan yang kini sudah berusia 9 bulan.
Tapi khabar yang kurang enak didengar bila dia dikatakan jijik untuk basuh tahi anaknya sendiri!
Segala tugasan tersebut diserahkan bulat-bulat kepada orang gajinya.
Foto: Bollywoodlife
Walau bagaimanapun, menurut Pink Villa, khabar angin tersebut dinafikan sekeras-kerasnya dan Kareena menyifatkan ianya berita sampah!
"Jijik? Saya tak pernah jijik untuk basuh tahi Taimur. Dia anakku, saya yang selalu bersihkan tahi dan menggantikan pampersnya."
Kareena juga menegaskan yang dia juga seperti ibu lain yang sentiasa akan memastikan anaknya diberikan yang terbaik.
Foto: IG Kareena Kapoor
Sesuka hati sahaja main tuduh-tuduh. Sudah pasti Kareena tidak begitu, buktinya dia membawa putera kecilnya itu ke mana sahaja dia pergi. Memang comel dan menggeramkan. -CARI |
|