|
Kalau ke Brazil jangan lupa singgah untuk berjemur dan bermandi-manda di Pantai Ipanema kerana di sini ada sebuah kejutan menanti pengunjungnya.
Bayangkan bila datang ke sini, ada pula duyung melambai-lambai. Nampak rambut mengurai panjang, melentik pula badannya dari kejauhan.
Mesti teruja nak datang mendekati, lebih-lebih lagi bila membayangkan mesti cantik orangnya! Tapi jangan terkejut sebab duyung ini adalah dari spesies duyung jantan.
Foto: Getty Images
Ya, tapi itulah keistimewaan yang memang tiada di tempat lain kerana lelaki yang dikenali sebagai Davi Moreira ini mendedikasikan dirinya untuk cuba menceriakan orang di sini.
Siap dengan tiara yang dihiasi dengan cangkerang dan sirip ikan yang dibeli secara atas talian, lelaki berusia 22 tahun ini akan menunjukkan aksinya berenang persis duyung sebenar dalam cerita dongeng.
Foto: Top Agitos
Mengakui dirinya obses dengan Ariel dalam siri animasi The Little Mermaid, Davi juga mempunyai cacahan tatu watak tersebut di badannya.
"Saya berasa seperti orang lain ketika berada di dalam air," katanya kepada Daily Mail.
Foto: Jconline
Diberi julukan nama sebagai Merman Brazil, duyung jadian ini akan berada di pantai setiap hujung minggu.
Bukan senang nak jumpa duyung depan mata, ayuh ke Pantai Ipanema, Rio de Janeiro, Brazil. -CARI
|
|